Wednesday, February 29, 2012

Muhasabah Diri - KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Seperti biasa, sebelum tidur..aku selalu mencari bahan untuk diriku..untuk aku me'refresh'kn diriku..aku juga nk share dengan rakan2 semua.. (^^,)
malam ni meh kita baca kisah ni..menarik..

" Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. 
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Siapa Aku di Depan Tuhanku

Allahuakbar, Allahuakbar 
Allahuakbar, Allahuakbar 

Subuhnya 
di mana aku berada 
masih enak dalam kelambu rindu 
sambil berpoya-poya dengan waktu 
masa bagaikan menderu 
langkah tiada arah tuju 
fikiran terus bercelaru 
terlupa aku semakin di hujung waktu 
siapa aku di depan Tuhan ku. 

Zohornya 
aku lebih memikirkan kelaparan 
kehausan dan rehatku 
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku 
aku bertolak ansur dengan waktu 
aku terlupa betapa besar kerugian 
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan 
siapa aku di depan Tuhan ku. 

Asarnya
aku lupa warna masa 
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak 
aku masih dengan secawan kopiku 
terlupa panas tidak di hujung kepala 
aku masih bercerita 
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka 
siapa aku di depan Tuhan ku 

Maghribnya
aku melihat warna malam 
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya 
mencari sisa-sisa keseronokan 
tidak terasa ruang masa yang singkat 
jalan yang bertongkat-tongkat 
ruginya bertingkat-tingkat apa aku di depan Tuhan ku. 

Isyaknya 
kerana masanya yang panjang 
aku membiarkan penat menghimpit dadaku 
aku membiarkan kelesuan mengangguku 
aku rela terlena sambil menarik selimut biru 
bercumbu-cumbu dengan waktuku 
siapa aku di depan Tuhan ku. 

kini aku menjadi tertanya-tanya 
sampai bila aku akan melambatkan sujudku 
apabila azan berkumandang lagi 
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi 
kerana di hujung hidup ada mati 
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini 
jika ruangku dibiarkan kosong 
jika wajahku menjadi asing 
pada mentari dan juga bintang-bintang.



Siapa Aku di Depan Tuhanku - Isyak

Isyaknya 
kerana masanya yang panjang 
aku membiarkan penat menghimpit dadaku 
aku membiarkan kelesuan mengangguku 
aku rela terlena sambil menarik selimut biru 
bercumbu-cumbu dengan waktuku 
siapa aku di depan Tuhan ku. 


Siapa Aku di Depan Tuhanku - Maghrib

Maghribnya
aku melihat warna malam 
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya 
mencari sisa-sisa keseronokan 
tidak terasa ruang masa yang singkat 
jalan yang bertongkat-tongkat 
ruginya bertingkat-tingkat apa aku di depan Tuhan ku. 


- sambung selepas isyak....akhir~

Siapa Aku di Depan Tuhanku - Asar

Asarnya
aku lupa warna masa 
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak 
aku masih dengan secawan kopiku 
terlupa panas tidak di hujung kepala 
aku masih bercerita 
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka 
siapa aku di depan Tuhan ku 




- sambung selepas maghrib....(^^,)

Oh tidak..aku terjebak lagi...

bila takde kerja nak dibuat aku mula teroka alam maya ni..
singgah sana sini..macam2 benda dah dijelajah..
boleh plak aku terjumpa page ni i-komik

aduhai...macam2 komik ada kat situ..
bacalah sampai lebam...hehehe (^^,)

aku memang penggemar komik dulu..
penuh rak buku dengan komik aku..
sampai mak marah la..xbagi beli dah komik2..hehe

aku minat komik lawan2... antara koleksi aku Wira Tunggal..
aku kumpul sampai lah episode Wira Tunggal Pheonix.
pastu aku stop dah baca komik..dan stop beli komik tu..

bayangkan senaskah RM3.90..keluar seminggu sekali..
bermakna sebulan aku belanja RM15.60 untuk beli komik..
hehehe..mahunya mak aku tak membebel..hahaha

berbalik pada jalan2 di alam maya tadi..aku terjumpa page i-komik
dan ada plak sambungan Wira Tunggal yang aku tinggal dulu tu...

hehehehe..apa lagi..sekarang ni melekat je aku depan pc mengkhatam
komik2 yang aku tinggalkan dah kat 10 tahun....
hahahaha...aduh..hobiku kembali~ (^^,)

baik baca komik dari baca gosip...hehehehehehe.. (^^,)





Mudah Tapi Susah

benda yang paling asas dan wajib dibuat...
TAPI adakah kita buat? mengadu pada ALLAH...
aku pun jarang begitu.. ya Allah jahilnya diriku ini..

sepatutnya pada Dia kita utamakan..jumpa Dia dulu..
ini tidak..ke FB, ke blog ke aweks yang didahulukan..

senang jer..tapi amatlah jarang dilakukan...
dah terdesak..dah tersungkur..dalam kesusahan
baru lah nak cari Dia...
hinanya aku~
ampun aku ya Allah..aku lalai.......

Siapa Aku di Depan Tuhanku - Zohor

Zohornya 

aku lebih memikirkan kelaparan 

kehausan dan rehatku 
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku 
aku bertolak ansur dengan waktu 
aku terlupa betapa besar kerugian 
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan 
siapa aku di depan Tuhan ku. 


- sambung selepas asar......

Players - Citer Hindustan

bosan-bosan takde kerja nak dibuat..aku terlayan movie hindustan..hehe
citer Players..mantap gak jalan citer movie ni..

story line dia..1 team gi rompak emas..
pastu ada ahlinya belot..da belot ada yg belot lagi..
skali imbas citer Players ni ala-ala citer The Italian Job!
emm...malas la nk taip..hahahaha.. gi layan sendiri..(^^,)

Lindungilah Aku.....

aku hanya nk berkongsi dengan rakan2 semua...
pic ni aku amik dari fb,ada rakan fb yg share pic ni...
meh muhasabah diri sat meh.. sat saja.. sama2 kita renungkan...




















yang salah kita sama-sama perbetulkan...
masih belum terlambat..
ya Allah, ampunkan dosa hambamu ini

Tahukah Anda?


  • Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali
  • Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.
  • Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
  • Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  • Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  • Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
  • Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
  • Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Tuesday, February 28, 2012

Muhasabah Diri - 5 Syarat Untuk Buat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia  berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong  berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim  berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu  melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan  tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba  Ishak?" 

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya ." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga . Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya! " Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, " Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh' ." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima ?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah."
katanya sambil terisak-isak.

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman Abul Qasim Al-Junaid

Inspirasi


Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Latarbelakang Ringkas Syed Mokhtar
- Tahun lahir : 1951
- Pendidikan: SPM
- Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan: AS$1,700 juta
- Ke 8 terkaya di Malaysia
- Ke 655 terkaya di Dunia (Forbes)
- Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta: Proton Perdana
- Sumbangan sosial :
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.



info : #/Gempak.Org

Jepun Bina Lif ke Angkasa

























TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.  Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.
"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan. Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.   Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP

Friday, February 24, 2012

Adnan Sempit 2

Layan Adnan Sempit 2 at KL Festival


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 23, 2012

Santai Petang

Petang-petang ni relax sambil layan cucur udang pon sodap..hehe


Published with Blogger-droid v2.0.4

Pegang Babi Tak Dosa

aku tertarik dengan gambar bawah ni...
dapat dari Oh!Media kat facebook.. (^^,)



pegang babi tidak berdosa sebab babi hanya najis berat. Boleh disertu semula.
bila dah pegang babi atau anjing kena samak.

Tapi bila pegang tangan bukan mahram adalah HARAM dan berdosa besar.
bak ayat Oh!Media, Basuk tak boleh, samak pun tak boleh, apa pon tak boleh!
kecuali bertaubat memohon keampunan ALLAH s.w.t

TAPI jangan saja-saja pi pegang babi/anjing..ia boleh mengundang fitnah dalam masyarakat.
kalau takde sebab tak payah la dok pegang babi/anjing...

lagi hina sentuh bukan mahram dari sentuh babi
sama-sama beringat lah ye...(^^,)

Percuma itu FREE!!

kisah benar ini berlaku di Planetarium Negara (PN)..hehe

akak   : dik, nk masuk PN bayar berape ye?
aku     : kak nak masuk pameran sahaja ke nak tengok tayangan sekali?
             kalau pameran percuma, tayangan kena bayar
akak   : oooo..kalau camtu pameran je lah
aku     : okey..akak boleh masuk, ini tiketnya..percuma je kak
akak   : ooo ye ke...percuma berape ringgit?
aku     : percuma je kak, akak boleh masuk terus je..
akak   : ye laa..berapa ringgit?
aku    : percuma kak, tak payah bayar.. percuma! (kuatkn sikit suara)

dengan nada yg tinggi dan marah..sedikit muka sememeh (muka taik) haha

akak   : akak tahu la percuma tapi berapa ringgit??!!! (sambil hulur note RM50)
aku    : (muka yg hampir bebal tp still senyum sikit2)
            akak, percuma itu free.. maksud free tu percuma, iaitu tak perlu bayar..
            free je kak, xyah bayar pun
akak   : ooooo...free ei (terus pusing dan jalan masuk PN)

maybe da malu kot..hahahaha

rasa nak je jentik dahi akak tu...nk kena cakap omputih rupanyaaaa...
percuma tak faham... FREE baru faham..hahaha

ada jugak ye macam ni..hehe (^^,)

Sarapan Pagi

Sebelum mula kerja wajib sarapan dulu...

Tak boleh biar perot kosong..alas sikit pn jadilah...

Janji sarapan..perot beralas.. (^^,)


Apa sarapan anda pagi ini?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Info Pagi Khamis 23.02.2012

meh amik tahu sikit pagi-pagi ni..hehe
  • 'Judi pasar malam' - sebuah bangsal kosong tepi sungai di Jalan Bagan Tanjung Karang  'port' judi yg digelar 'judi pasar malam' diserbu polis. Taruhan mencecah jutaan ringgit.Polis rampas wang RM23780
  • Kilang tak serik curi elektrik tumpas - Perlabuhan Klang, walaupun dah pernah didakwa atas kesalan itu,tapi tak serik cuti lagi.
  • Terdetik hati pulang kerja awal - tindakan itu menyelamatkan kedua orang tua beliau (Abdullah Busu) yang uzur dari kecelakaan apabila rumah beliau hangus dijilat api di Pontian.
  • Dataran rekriasi - Dataran Kajang bakal jadi dataran rekreasi. kos ubahsuai RM2juta.
  • “MULUT saya tidak ditutup Datuk Karim, bahkan bukan kerana sokongan diberikannya kepada saya membuatkan saya berdiam diri dalam isu ini termasuk takut mengambil tindakan,” tegas Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim mengulas dakwaan beliau ‘dibisukan’ timbalannya selepas didakwa terhutang budi.
  • Malaysia kempunan - Malaysia tewas menentang Jepun 4-0
  • AirAsia catat perolehan RM4.47b
  • Sungai Cantik - KUALA LUMPUR: Kawasan pesisiran Sungai Klang dan Sungai Gombak khususnya sekitar Masjid Jamek, di sini, yang menjadi ‘port’ lepak bagi warga asing bakal muncul sebagai lokasi pelancongan bertaraf dunia menerusi pelaksanaan projek Sungai Nadi Kehidupan tidak lama lagi.

Wednesday, February 22, 2012

Si Kecik Keletihan


ni lah akibat tinggal bini sorang-sorang.. dia takde kerja.. 
snap pic aku dan di kecil tidur.. hehehe (^^,)

pic ni di snap selepas kitorang balik dari berkelah di Sungai Kedondong...
maklumlah, main air tak ingat dunia.. letih sudah..hehe

Mandi Manda di Sungai Kedondong

ahad lepas, Mr Izzo berkelah mandi manda di Sungai Kedondong
bersama isteri yg kucintai..hehe..dan family mertuaku (^^,)

Sungai Kedondong ni terletak lebih kurang 15km dari Batang Kali...
di kaki bukit Genting.. kalau nk ke Genting Highland ikut jalan lama
mesti jumpa Sungai kedondong ni...
airnya teramatlah sejuk...sejuk giler! best! fresh!
tempat mandi pun luas, pasir..syok weh! hehe

ahad ujung minggu ni nk pegi lagi..buat bbq sana..
sapa nk join? jom la..ramai2 lagi best!

sarapan dulu..hehe




sapa kenal brader rambut panjang tu? orang lama..huhu








Pusat Sains Negara

Baru-baru ni Mr Izzo beriadah di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara
bawa si kecil Aliya dan isteriku tersayang melawat PSN

pada mereka yg nak bawa anak-anak berjalan, elok sangat lah kesini...
macam-macam aktiviti ada..sesuai untuk semua golongan..
nk bawa anak mandi manda pun boleh..
ada kolam macam kat belang KLCC tu..
macam-macam lg lah ada kt PSN ni..
PSN superb!

Pusat Sains Negara 
mengah ke kak? hehe 


muka takot! sebab kena angkat ngan semut besar..hehe

oh..aku da berat..angkat xnaik..hahaha
robot ni cute sangat bila cakap melayu..hehe














aku yg dah kepenatan..hehe (^^,)