Wednesday, April 25, 2012

Cita-cita Mohammad Faiz Imtiaz

Ahad lepas aku ke Pekan menghadiri majlis kahwin DeQno
klik sini untuk tengok ---> Kahwin DeQno

selepas majlis tu, aku singgah rumah sahabat aku Pija
kitorang study sama2 dulu di Pekan juga, Kolej Shahputra
dah alang-alang ada di Pekan, amik kesempatan ziarah kawan2 (^^,)

alkisahnya yg nk cerita ni pasal anak buah,anak saudara si Pija ni...
baru berusia 3 tahun lebih...petah sungguh..aktif! siap bersilat haaa..
Mohammad Faiz Imtiaz namanya

the best part is dia punya cita-cita! Makcik Pija dia la suruh tanya..

Aku      : Imtiaz cita-cita nak jadi ape?

Imtiaz   : Nak jadi orang tua...

Aku      : Orang tua? kenapa nak jadi orang tua?

Imtiaz   : Sebab nak pegi masjid...

Aku      : (???????) wah! 

ini kali pertama aku dengar cita-cita yang unik bg aku...
unik sebab jarang lah nk jumpa budak yg bercita-cita macam tu...
hehehe, hebat lah kamu Imtiaz

pakcik (eceh,pakcik ke?) abang lah, abg suka dengan cita-cita Imtiaz
moga kamu menjadi anak yg soleh ye Mohammad Faiz Imtiaz...(^^,)

pija Dato Hamid - kemain lagi posing..heheh
Mohammad Faiz Imtiaz  yg bercita-cita nk jadi orang tua! hehe

1 comment:

Cik Farhana said...

Ameen~ da besar nti bg dye tgk entry nih . msty dy bangga ! hee