Saturday, May 19, 2012

Muhasabah Diri | Wahai Orang Yang Sakit



Wahai orang yang sakit, InsyaALLAH, sakit yang anda deritai menjadi pembersih dairi anda. Ini kerana anda telah dibersihkan dari kesalahan, disucikan daripada dosa, hati anda telah disepuh, nafsu anda telah mereda dan kesombongan serta keangkuhan anda telah lenyap.

daripada sakit yang menimpa itu ada sesuatu yang akan mengingatkan anda tentang makna sihat, yang akan mencabut pohon kesombongan dalam diri anda dan yang akan menurunkan tingkat ujub dalam diri anda agar hati anda terjaga dan tidak tidur seperti tidurnya orang-orang yang lalai.


No comments: