muhasabah diri sebelum tidur...
" Sesiapa yang tidak mendekati kepada Allah dengan halusnya kebaikan yang Dia berikan, maka ia akan diseret (supaya dekat) dengan rantai cubaan "
Sesiapa yang tidak mahu mengingati Allah ketika lapang, ketika senang, ketika selesa, ketika sihat, dia akan dipaksa untuk segera mengingatiNya dengan memberikan kepada hambaNya cubaan, musibah atau bencana. Dan ketika itu, Allah s.w.t berkenan mencurahkan nikmat yang tiada bandingan kepada hambaNya, atau dengan kata lain Dia sangat mencintai hambaNya.
Allah s.w.t Maha segala-galanya..tapi kita masih lalai, masih leka, masih tidak mahu kembali kepadanya. Ramai dikalangan kita yang ego dan bongkak tidak mahu bersolat. Buat sekadar boleh jer. Bila kita lalai, Allah s.w.t akan bg ujian. Ujian itu bertujuan untuk kita kembali dekat padaNya.
Ya Allah ampunkanlah dosa hambamu yg hina ini Ya Allah..ampunkan aku Ya Allah.. aku lalai..