dah pandai hisap jari dah Muhammad Izz Zayyan sekarang ni.. penuh tangan dengan air liur.. boleh ke biarkan anak isap jari? ok ke?
ni hasil bacaan aku yg aku search di Google (^_^)
“ Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi anda bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah normal.
Janganlah risau. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya,tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun. Menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun
.” – sumber dari
momslittleones.
Pensyarah dan Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Wan Salwina Wan Ismail berkata, puting kosong merupakan transitional object yang boleh menenangkan anak yang sedang menangis. Ia ibarat 'pengganti' ibu yang sentiasa memberi perlindungan kepadanya apabila dia memerlukan sesuatu. Dengan adanya puting kosong ini, anak akan berhenti menangis dengan segera kerana ia adalah reaksi semula jadi ketika diberi susu botol. Dengan menghisapnya, bayi akan merasa lebih selamat dan terlindung serta lebih selesa walaupun ketika berjauhan dengan ibu atau penjaganya. Bagaimanapun, adalah dinasihatkan tidak menjadikanya satu kebiasaan apabila bayi sudah semakin besar. Jangka masa tidak boleh ditentukan, seboleh-bolehnya harus diberhentikan secepat mungkin.
Menurut Dr. Wan Salwina, tidak dinafikan apabila sudah dimulakan dengan menggunakan puting kosong, kebiasaan itu agak sukar untuk ditinggalkan. Pasti anak akan menangis malah tidak boleh tidur atau tercari-cari puting kosong sehingga ibu tidak sampai hati, lalu memberinya kembali. Walaupun agak memedihkan, ibu harus cuba menghentikannya secara beransur-ansur dan membantu anak melupakan puting kosong.
Terdapat beberapa pendapat, tabiat menghisap puting kosong yang terlalu lama berkemungkinan mengganggu pertumbuhan gigi dan memberikan penampilan yang kurang menarik. Gusi atas akan lari dan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata sehingga menjadi jongang. Ia akan berkekalan sehingga dewasa dan boleh menyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk akan menyusahkan untuk mengunyah makanan. Bahkan, apabila mereka dewasa, terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alatbraces atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang. – UTUSAN
No comments:
Post a Comment