Cantik kan sangkar di atas? memang superb! hasil seni yang sangat halus. Setiap batang buluh tu ada ukiran tau.. sayang tak sempat snap gambar. Memang cantik dan berseni.
Sayangnya sangkar ini terbiar begitu saja, penuh habuk dan usang. Mana tidaknya, tuan punya sangkar sudah tiada. Sangkar ini milik arwah tokwan aku. Ini sangkar kesayangan arwah. Arwah tokwan beli di Siam pada tahun 1989 kalau tak silap aku, aku baru umur 4 tahun masa tu..hehe. Tokwan beli dengan harga RM800. Mahal la jugak sangkar ni, kalau zaman tu RM800,dibanding dengan sekarang mahu RM7000-8000. WOW!
alkisahnya, aku tengok sangkar ni unik dan cantik, lagipun aku tahu sejarah sangkar ni sikit-sikit. Dari dibiar sangkar ni usang dan terbiar, aku berhajatlah nak ambil buat hiasan dirumah. Aku suarakan hasrat aku pada tok (nenek) aku.. Tok kata, ambillah...bukan sapa peduli pun sangkar tu...
Dengan perasaan yang gembira, teruja, aku ambil sangkar ni.. cuci semua kotoran, habuk, sampai bersih.. dan hasilnya macam dalam gambar. Tinggal nak gilap jer...
Petang aku balik rumah mak aku jap, sebab esoknya aku nk gerak balik KL, baru nak singgah ambil sangkar ni di rumah tok.
Esoknya bila sampai rumah tok, aku tengok sangkar dah takde! mana hilang? aku tanya tok, tok kata "paklang amik dah,dia simpan kt rumah dia" # rumah PakLang sebelah je dengan rumah tok.
aku pergi tanya elok-elok, memang dia ambil simpan, katanya aku tak boleh ambil sangkar ni sebab dia kata dia yg pi beli sangkar ni dengan arwah tokwan dulu..
aku pun hhhhmmmmmmmmmmmmmm.. malas lah nk bising-bising, aku blah jer.. lantak ko lah...
(sungguh aih!! hampa, sakit hati, geram, marah semua ada) andai kau bukan PakLang, aku tumbok muka ko! hehehe (gurau je).<--hasutan syaitan
aku pun malas nk panjangkan lara hati ini, aku berfikiran positif je lah.. maybe sangkar ni ada sentimental value antara dia dengan arwah tokwan kot, sebab zaman main burung dulu, memang dia ngan tokwan yg minat sangat. aku redha, kau nak kau ambil lah...
yang aku terkilan, kenapa setelah aku ambil cuci, bersihkan, baru nak ambil? kenapa sebelum aku sentuh sangkar ni takde siapa pun yg ambil peduli! hmmmm... aku kecewa, kenapalah kau berperangai sedemikian..... kau membuat aku hilang hormat pada kau, nk kata dengki pun ya sebab aku dah ambil cuci, bersihkan dah, senang-senang ja angkat... padahal rumah dia sebelah rumah tok ja pun, anytime dia boleh ambil, jaga, simpan elok-elok....
No comments:
Post a Comment