Asteroid yang diberi nama khas 2012 DA14 ini juga dianggarkan seberat 130,000 tan, dijangka tidak akan terhempas pada permukaan Bumi dalam masa terdekat. Orbitnya boleh dikira dengan agak tepat menggunakan pangkalan data NEODsyS kepunyaan ESA.
Asteroid ini akan melintasi Bumi pada kelajuan 7.8km/s pada anggaran jarak paling hampir 28,000km. Menariknya, jarak ini adalah lebih hampir jika dibandingkan dengan orbit satelit-satelit komunikasi seperti Measat, yang berada pada orbit geostationary. Namun disebabkan orbit 2012 DA14 yang berlainan, iaitu dari sudut bawah dijangka tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada satelit-satelit di orbit tersebut.
2012 DA14 akan berada paling hampir dengan Bumi pada 19:40GMT pada hari Jumaat ini, 15 Feb. Kemunculannya mula dikesan pada jarak 7x jarak Bulan. Observatori Negara Langkawi akan turut membuat pemantauan dari segi rakaman imej pada hari lintasan ini berlaku
No comments:
Post a Comment