Wednesday, April 24, 2013

Anak Menakan Sulungku...

Kalau orang utara, kami panggil anak menakan. Anak menakan tu anak sedara lah.. hehe. Semalam Angah ada post pasal Along yang baru ja dapat baby sulungnya.. 

Malam tadi Angah baru dapat tengok gambar anak Along, tembamnyer lah.. geram!! hehe. Beratnya 3.1kg! wow! patutlah tembamnyer.. anak Angah dulu 2.38kg jer masa keluar...

Tak sabar nak balik kampung tengok anak menakan sulung ni.. (^_^)






Tuesday, April 23, 2013

Tahniah Along, Cucu Sulung Ummi

Alhamdulillah pada pukul 4.15pagi tadi, Kak Long Angah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal. Tahniah Angah ucapkan pada Along Ridzuan dan Kaklong Sobiroh. Moga bertambah bahagia hidup berumahtangga. Bertambah lagi satu bab dalam kehidupan. Tambah lagi satu cabaran, pengalaman dan tanggungjawab. Selamat menjadi bapa dan ibu yang terbaik!

oh ya, lupa pulak. Ini cucu ke 2 buat Ummi Angah. Tetapi cucu sulung perempuan. (^_^) Anak Angah cucu sulung lelaki. Bertambah ceria hidup Ummi, In Sha Allah.

Moga dipermudahkan segala urusan. Amin ya Allah.

dalam pukul 12.00mlm camtu, KakLong masuk labour room

4.15am selamat semuanya.. alhamdulillah (^_^)


Gambar baby? belum diupdate lagi.. hehe.. Almaklumlah duduk di perantauan ni, harap update di FB dan phone je lah.. 

Nanti masa pilihanraya Pakngah balik melawat ye.. eh, dah Pak Ngah dah saya.. hehehehe




Monday, April 22, 2013

Semak Tempat Mengundi

Tinggal lagi 13 hari je lagi nak mengundi. Korang dah semak tempat mengundi ke belum? Kalau belum boleh semak di sini ---> http://daftarj.spr.gov.my/

Jangan lupa, tunaikan tanggungjawan anda. Pilihlah yang terbaik. Undi adalah rahsia. Rahsia ke? hehe


Friday, April 19, 2013

Santai petang dengan roti Lebanese

Menu minum petang harini isteri buat Sawamar ala-ala Tarbus yg tak berapa Tarbus sangatlah..hehe.. dipadankan dengan teh-o panas plak...terbaik!!!

Tq Izma fasha (^^,)

Dah Takut Klinik !!


Zayyan dah pandai takut! Takut bila ke klinik dan tengok jururawat. hehe. Pagi tadi Zayyan kene checkup doktor. Bila masuk je dalam klinik, muka Zayyan terus berubah, monyok, masam jer.. puas di agah, dia buat dek jer.. hehe.. nampak je jururawat, Zayyan dah nangis dah.. aduh!! 

kacau ni, nampak macam nk ikut perangai abah dia jer... tak suka klinik dan ubat! hehehe

chom!!
lu apahal? hehe usha panas jer

Thursday, April 18, 2013

Hanya DIA Segalanya...


Kadang-kadang kita lalai dan leka dengan duniawi sehingga terlupa pada Maha Pencipta, Dia, ALLAH!. Dalam mengejar hajat dan keinginan, kita lupa yang menentukan segalanya DIA. Bila buat sesuatu tidak berlandaskan kerna Dia, sia-sialah segalanya. Bila gagal, mulalah mengeluh, putus asa dan sebagainya. Baru nak tersedar dan kembali pada Dia. Jika dari awal niat kerna Dia, In Sha Allah sempurna segalanya. Kalau gagal pun, keyakinan diri tidak akan hilang. 

Yang memberi Dia, yang menguji Dia, kita? Doa ,usaha, tawakkal, In Sha Allah ada jalannya~ (^_^)




Wednesday, April 17, 2013

Hilang letih...

Balik kerja...tengok anak...anak pandang dan senyum...

Amannya rasa, hilang letih kerja seharian. Alhamdulillah.

Anak anugerah Allah, luangkanlah masa bersama anak anda.

Tuesday, April 16, 2013

Bila Zayyan Mengamok Dalam KTM!!!



Haritu balik kampung, Angah naik KTM lagi. Senang, mudah dan yang penting Angah boleh rehat. hehehe. Tak perlu letih2 nk drive, naik KTM ada katil, ada selimut, ada tandas, cafe... sangat-sangat relax!

Nak jadi cerita, kali ni Zayyan mengamuk! selalunya kalau naik train diam je dia, tak sampai setengah jam, terus tidur dan dah dekat nak sampai baru Zayyan bangun. Tapi kali ni tidak.. dekat 3 jam gak la pujuk Zayyan nk bg tidur..apa kena pun tak tahu lah, mengamuk, menangis, riuh satu gerabak. Puas jalan2 pun xmau diam juga, smpai kondaktor KTM datang cuba pujuk pun tak mahu juga...

Angah naik KTM dari Alor Setar pukul 7.50mlm, kul 11mlm baru berjaya diamkan Zayyan.. gambar atas Angah duduk di tengah antara gerabak. Duduk di sebelah kiri, buka pintu belah kanan, biar angin masuk, bisingnyer lah xyah kata la kan,hehehe.. Zayyan asyik ja pandang luar smbil kena angin yg kuat, terus diam dan tidur..

huh! pengalaman baru utk Angah.. Sangat menguji kesabaran.. (^_^)






Sunday, April 14, 2013

Suatu ketika dulu.... SERKAP!!!


Angah terjumpa gambar ini di Facebook tadi, teringat zaman 90an dulu, zaman kanak-kanak... bila sampai ja musim ni, masing-masing dengan serkap, ikut ja belakang traktor...

bila traktor membajak sawah, ikan-ikan dalam sawah akan terpelanting, melambung. Nampak ja ikan, kami akan serkap, masing-masing berlumba siapa dapat paling banyak...

Seronok weh, hehehe... kadang2 tu seluk ja tangan, bukan dapat ikan tapi belut! kena hati-hati juga sebab kadang-kadang ada ular! 

sakarang ni, aktiviti sekap dah kurang, mungkin dah pupus, takde dah aktiviti seperti ini.. dikampung Angah pun, dah tak pernah nampak dah aktiviti serkap ikan ni...

bukan mainan budak zaman sekarang dah.. sayangnya, aktiviti sihat seperti ini ditinggalkan... pupus ditelan arus pembangunan...