Tiba-tiba aku dapat email dan messages dari Google mengatakan baki tidak mencukupi untuk membeli aplikasi games di Google Play. Aku biarkan je, aku ingatkan messages biasa je, pastu dapat lagi messages dari Google dengan tajuk dan kandungan yang sama, baki tidak mencukupi. Aku biarkan lagi. Sekarang ni kan kerap sangat dapat messages bukan-bukan, tu yang aku biarkan kan je...
Esoknya dapat messages dari Maybank2u. Tajuk dan kandungan yang sama macam msg dari Google. Barulah tergerak hati nak semak Maybank2u, dan YA memang baki dalam akuan tinggal beberapa sen je..
Pergghhhh.. baru berderau darah cek habaq hang! Baru menggelabah nak check sana sini. Tengok Maybank statement, YA memang ada transaksi jual beli dengan Google Play menggunakan kad debit aku.
Kad aku elok je dalam warlet.. seingat aku tak de la pula kad ni pernah tercicir ke, hilang ke, cuai letak merata ke, memang selamat je dalam warlet aku ni.. Macam mana ada orang boleh gunakan kad aku ini. Aku pun terus buat laporan, terus batalkan kad tu.
Esoknya aku pergi ke Maybank untuk dapatkan penjelasan. Aku pergi Maybank Daya Bumi. Pegawai bank tu sahkan memang ada transaksi jual beli tu dan transaksi itu sah, jadi nak tahu siapa yang melakukannya kenalah buat siasatan. Kena tunggu! Kebetulan ada pegawai yg aku kenal di Maybank Dayabumi tu, aku rujuk terus dengan dia, dengan jujur dia kata, kalau macam ni, peluang nak dapat balik duit tu memang tipis,senang cakap takkan dapat katanya. Duit memang burn lah. Nasib baik dalam akaun ada RM300++ je, ralat la juga.. RM300 banyak juga tu. Aku redha je lah.
Balik dari bank, aku buat carian di internet tentang kes-kes macam ni, memang banyak kali dah berlaku. Bagaimana kebocoran maklumat kad berlaku? Logik akalnya, sapa nk tahu no kad kita selain bank kan??? YA, sekarang ni memang ada kegiatan jual beli maklumat dengan orang bank. Boleh baca di blog Mazidul, pun ada lupitan pasal kes melibatkan kad bank ni. Tak hairanlah sekarang ni kerap je orang insurans boleh call kita tanya itu ini.. ye tak??? hhhmmmmmmm
Kerana duit , kerana habuan dunia, habis integriti diri, hancur amanah, merana akhirat!!!
Hati-hati ya sahabat-sahabat semua! Jangan sampai terkena, semak lah selalu akaun anda, jangan jadi macam aku, duit dah kering baru menggelabah..huhuhu.. ujian!

![]() |
Google Image |
14 comments:
uishhhh.... sgt bahaya ni. ada org mintak no kad ko ke sebelum ni bro?
Isshh !! jahatnya orang yg buat macam tu..tapi dunia skg memang mcm2 teknik dorang ble buat kalau nak duit..hmm...
hmmmm kena hati2...apa yg berlaku kemungkinan ada sindiket org dalam atau kadang2 kita tidak sedar emel2 yg setiap hari kita terima tu kita ada klik linknya..ada hackers emel kat situ...sy juga setiap hari terima emel yg tawarkan macam2 dan menang macam2 kalau semua tu betul dah kaya sy lebih dari Bill Gates lagi..tapi logik akal sy katakan sy x ada urusan ngan dorang tetiba nak bagi duit..betul ke bohong?jangan mudah terpedaya...ingatan untuk sy juga sbb sy mmg banyak berurusan bisnes on9 in out duit melalui maybank2u.Jadi perlu betul2 beringat..terutama emel spam/junk box x yah buka terus je delete x yah fikir nnti emel mustahak....kalau dari spam 99% mmg nak kenakan kita jadi anggap 100% emel tu boleh susahkan kita jadi terus delete jangan simpan atau cuba buka terutama link yg diberikan...itu pendapat sy...moga sama2 beringat
susah juga kalau pakai debit card
@Carlos Santiago tak pernah pun.. memang selalu alert juga pasal ni.. malam tadi dah komfem dah,memang org dlm bank juga yg guna.. dan yg bodohnya, beli duit utk game pou!
@Blog Sensasi tq bro
Hurmmmmm...
saya pn kena duit hilang kt maybank.. pelik tiba2 je duit dalam akaun dikeluarkan.. rm2000.. huhu...
Allahhu..takutnya
woww takutnyer
Wowww takutnyer..
Baru je kena! 2 hari berturut2!google app service jadah..dah la nk bayar utk maintenance kereta kt perodua! Skali kad xleh gune. Rm399.90 dan service rm4.00..hari kedua rm199.90 dan rm19.90..next week nk wat report polis! Allahu akhbar..sapa la yg buat benda2 camni..zalim! Uhuu

Aduhh....2hb hritu tiba² je dlm acc aq hilang rm451.06...xtahu la apa yg terjadi....sedangkan card aq ada je dlm wallet...hmmmm....nk kene gi tnya bank ni
Post a Comment