Agak lama aku tinggalkan blog ini tidak berupdate.. huh.. banyak benda terjadi kebelakangan ni, sampaikan rasa diri ini sangat 'down'. Rasa 'give up' sangat hinggakan rasa nak berputus asa sahaja.
Arrgghhhh.. Ikutkan hati mahu tinggalkan semuanya.. bawa diri ke tempat yang tenang tanpa buat apa-apa..
Dah beberapa tahun aku ceburkan diri dalam bidang perniagaan, macam-macam ragam aku lalui, hinggakan aku jatuh tersungkur, bukan tahap tersungkur lagi dah, ni dah tahap terseret dah ni!!!
Jatuh bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa. Normal. Tapi bila dikhianati rasanya amatlah perit, pedih! Sakitnya amat sangat!! Tertekan wooo... nak pula orang yang rapat dengan kita yang buat khianat tu.. hmmmm, moga Allah merahmati kamu bro.
Aku redha, mungkin ada silap aku yang aku tidak sedar. Ada hikmah yang Allah susun untuk aku. Redha, terus usaha, tawakkal.. InshaAllah.. Tetapkan iman dihatiku ya Allah.
![]() |
Google Image |
No comments:
Post a Comment