Tuesday, September 30, 2014

KRT Danau Kota Family Day


Pada 27.09.2014 dan 28.09.2014 lepas, aku sekeluarga sertai program Family Day Kelab Rukun Tetangga Flat Danau Kota (KRT) yang diadakan di Sri Bulan Apartment, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sudah 3,4 tahun juga KRT rancang untuk buat hari keluarga ni, baru kali hajat tercapai. Alhamdulillah. Program yang hanya 2 hari 1 malam ini sangat menghiburkan. Walaupun masa bercuti singkat sahaja tetapi kepadatan aktiviti yang diatur amat memuaskan semua orang.

Kami bertolak ke Seri Bulan Apartment, Port Dickson lebih kurang jam 1 petang dari Danau Kota. Perjalanan ke sana biasanya mengambil masa 1 jam 30 minit hingga 2 jam sahaja, tetapi menjadi hampir 3 jam kerana dalam perjalan, hujan lebat sangat-sangat hingga jarak penglihatan amat terhad. Tak nampak apa-apa. Bahaya woooo memandu dalam keadaan macam tu.

Alhamdulillah kami selamat tiba di Seri Bulan pada jam 3.45 etang lebih kurang. Pada pukul 4.00 petang, kami diberi taklimat ringkas dan sesi serah kunci bilik. Selesai semua dapat kunci, kami check-in dulu, rehatkan badan sekejap, solat dan makan. Aktiviti bermula jam 5 petang nanti.

pandangan dari balkoni bilik aku. Cantik permandangan kolam dan laut.
Seri Bulan ni sebelah je dengan Teluk Kemang. Belah kanan gambar tu la TK.
Petang tu aku berjalan ikut pandai ke Teluk Kemang.

Pukul 5 petang, semua turun berkumpul untuk aktiviti sukaneka. Pelbagai acara disediakan untuk semua lapisan umur. Dari kanak-kanak sampailah ke nenek punya acara. Semua terlibat. Meriah sangat bila dah semua peringkat umur bersukaneka ni. Macam-macam gelagat boleh tengok. Hehehe

Selfie dulu sebelum join sukaneka.


haaaa, ni budah yang tak sabar-sabar nak terjum kolam!
Tak hento-henti tarik ibu dia ajak pi kolam...


Sebelah malamnya, kami bebarbeque! Ayam panggang KRT ni memang terbaik lah! Berketul-ketul gak aku repeat ambil.. hehehe. Acara makan malam kami diselang seli dengan panyampaian hadiah pemenang sukaneka petang tadi dan cabutan bertuah. Banyak hadiah yang urusetia program sediakan. Ada dekat 100 hadiah juga aku kira.

Barbeque
Hadiah-hadiah.



Friday, September 26, 2014

Tak pandai cakap melayu...


Situasi berlaku di tempat kerja aku..

Ada dua orang kanak-kanak dalam lingkungan umur 6-7 tahun datang dekat aku untuk bertanyakan tentang apa yang ada di sini. Aku seperti biasa, sambut dan jawab segala persoalan yang di ajukan. Perbualan aku dan kanak-kanak itu dalam bahasa Inggeris tau. Tergagap juga aku nak menjawab dengan kanak-kanak tu, lancar sangat bahasa inggeris dia. hehehe. 

Jadi aku beranggapan dua kanak-kanak itu mesti warga asing. Beberapa minit kemudian datang dua orang wanita, seorang dalam lingkungan lewat 30an (mak dia mungkin) dan seorang lagi agak berumur sikit, dalam lingkungan umur 60an. Maknya pun sama, cair je berbahasa Inggeris. Jadi, aku rasa betullah telahan aku yang mereka ini pelancong. 

Jadi, setelah pertanyaan selesai, aku pun menyatakan harga untuk masuk ke tempat aku ini. 

Aku : The price is RMxx,
Dia  : Eh, bukan ke harganya RMx? Harga RMxx tu untuk foreigner kan?

Eh, cakap melayu pula kamu? Tertanjat kiter! haha. Tiba-tiba dia boleh cakap melayu pula. Aku pun tanya..

Aku : Are you Malaysian citizen or foreigner?
Dia  : of cause i'm a citizen, u nak tengok ic i ke? Suka-suka nak caj i harga (cakap sambil buat muka babi)

Hmmmmm.. melayu rupanya, duduk Damansara je pun. Cakap bahasa inggeris bukan main, siap berdialek bagai. Bukan aku sengaja caj harga warga asing, tapi dah memang kamu tu yang dah rupa warga asing.

Dan yang ini paling sedih, selepas dia dan anak-anak dia masuk, makcik yag lagi seorang datang dekat aku dan cerita makcik ini buat aku rasa sedih.

Makcik : Maaf ye dik, anak cucu makcik ni sudah macam orang putih, tidak reti dah nak cakap melayu..
Aku : Takpe makcik, salah saya terus caj je tadi, lupa tanya warganegara ke tak.
Makcik : Cucu aku tu, bukannya tahu bebahasa melayu.. cakap orang putih je memanjang. Naik pening kepala aku dengar.
Aku : (senyum)
Makcik : Aku cakap pun bukan dia faham sangat. Maknya pula yang jadi tukang alih bahasa.
Aku : ??????  (tertanya-tanya, senyum dan dengar lagi)
Makcik : Kamu sudah kawin? sudah ada anak?
Aku : Dah makcik, anak baru seorang.
Makcik : Ni makcik nak pesan, janganlah ajar anak tu bahasa lain, rosak anak kamu nanti macam cucu aku tu. Dari kecil maknya asyik dengan bahasa inggeris je. Tadika orang putih, sekolah rendah ni pun sekolah orang putih. Sekarang nak cakap melayu pun tak pandai.
Aku : Ye ke makcik, kenapa sampai jadi macam tu. Pernah duduk luar negara ke dulu?
Makcik : Luar negeri je, asal dulu Perak, pindah ke Kuala Lumpur ni haaa..
Aku : (Pandai makcik buat lawak, luar negeri ye..hahaha)
Aku : Sabar je lah makcik. Zaman maju ni macam-macam ada. 

Gila lah, ada orang Melayu yang tidak fasih bercakap Melayu rupanya. Dahsyat betul. Tidak salah boleh kuasai bahasa lain tetapi berpada lah. Biar kena pada tempatnya. Bagus boleh kuasai bahasa asing, ada kelebihan disitu, tetapi jangan sampai lupa asal usul. Biar kena pada cara dan penggunaannya, lagi terbaik!



Thursday, September 25, 2014

Aktiviti di Agrofarmstay,Melaka

Hari kedua :

Seronok bercuti di Agrofarmstay ni. Kemudahan yang disediakan serba sempurna. Penginapan yang sangat selesa,nak pula villanya ini dihiasi dengan perabot-perabot kayu jati yang di import dari Indonesia dan Burma, menambahkan lagi seri mata memandang. Selesa dan cantik!

Villa yang cantik ini ada 7bilik tidur tau. Setiap bilik ada bilik air sendiri. Fully airconditioning! Ruang tamu , ruang dapur yang luas. Sesuai sangat kalau nak buat aktiviti seperti family day.

kawasan luar villa, luas! tiada masalah parking kereta.




Ruang tamu


Untuk hari ke dua ni, bangun pagi dari tidur yang nyenyak, siapkan diri, kemudian terus sarapan pagi. Bila perut dah kenyang, masa untuk pecahkan lemak! hehe. 

Aktiviti pagi ini bermula dengan sesi regangan otot yang dikelola oleh En.Baju Oren, aku lupa nama dia. hehe. Lagu senaman pakcik ini sempoi sangat. Hahaha. Sambil senaman kena nyanyi 'goyang goyang goyang, goyang pecah lemak!' hehehe.

Selesai regangan otot, kami ke aktiviti sukaneka. Lama dah tak bersukaneka ni. Sesekali bersukaneka, semput gak aku. hahaha. Apa pun memang best! Terbaik!

Tengok je lah gambar aktiviti kami disini. (^_^)

sedikit penerangan untuk aktiviti dari Agrofarmstay. 

mulakan aktiviti dengan regangan otot.
nak tergelak bila teringat semasa senaman ini..hahaha
lirik lagu senaman "goyang goyang goyang, goyang pecah lemak!"

aktiviti sukaneka : bowling kelapa
gaya Eyriqaz boleh lawan Shalin! hehe

Bersungguh Yanty lontar buah kelapa.. hehe

Tiup jangan tak tiup.. baru berseri muka!

Anak-anak cari gula-gula.
 Lagi gambar sukaneka boleh tengok SINI . Macam-macam reaksi dan aksi ada! Havoc sangat. Selesai sukaneka.... kebaboooommmm! Terjun kolam!

Kolam Agrofarmstay besar, puas berenang!

Penat bersukaneka dan mandi kolam, bersihkan badan, makan tengah hari, solat dan rehat sekejap sebelum aktiviti seterusnya petang nanti.

Aktiviti petang bermula jam 3 petang. Kami dibawa 'tour' kawasan Agrofarmstay. Banyak benda yang menarik di kawasan Agrofarmstay yang seluar 30 ekar ini. 

Penerangan ringkas sebelum ber'tour'.

Aktiviti kayak

Si Bujang. Comel nama kuda ni, Bujang sangat! hehe
Kemain ye bujang bila gadis belai.. Jantan sangat!
korang nampak???? hahahaha

Aku ingatkan ayam biasa, rupanya lain.
Ini ayam kapan namanya.
Cer tengok kaki ayam ni, lain.


Yang ni albino
Kandang lembu, tasik, chalet, ladang
Pokok buluh yang berusia 50 tahun.
Semula jadi rimbun jadi macam berbumbung..
Seram gak aku.. hahaha
Pokok kurma. Baru tanam.

aku tak lepaskan peluang untuk berkayak. Syok wooo!

Penat berjalan 'tour' kawasan Agrofarmstay yang seluas 30ekar ni, kami berehat santai tepi tasik tengok rakan blogger berkayak dan naik bot. Kami turut di hidangkan goreng pisang panas dan nescafe. Fuh, memang terbaik!


Aktiviti malam bermula jam 8.00 malam. Berbabeque kami malam tu. Ayam bakar, ikan bakar , sotong dan macam-macam lagi ada. Alhamdulillah..



Perot sudah kenyang, kasi gegar lemak perot sikit dengan sesi karaoke. Perghhh, masing-masing berbakat dalam nyanyian rupanya. hahaha. Macam-macam gaya! (^_^). 

Bilik karaoke Agrofarmstay memang superb! Terbaik! Sound system dia memang tidak mengecewakan. Pilihan lagu banyak dan up to date. Nyanyilah sampai puas! hehe




Kalau korang nak bercuti dan lakukan aktiviti di Agrofarmstay ni, boleh hubungi talian bawah ni.. Memang puas hati dan selesa.

012-2118264
016-2098623

pertanyaan@agrofarmstay.my


lagi gambar aktiviti di : Bloggers Day at Agrofarmstay


Wednesday, September 24, 2014

Bloggers Day at Agrofarmstay Melaka

Hari pertama :

Pada 19-21 September 2014 , aku bersama rakan #kelabblogerbenashaari bercuti di Agrofarmstay,  Durian Tunggal, Melaka. Percutian ini ditaja oleh pihak Agrofarmstay. Terima kasih sudi jemput kitorang kesana. Sekali sekala bercuti ramai-ramai memang 'havoc' sangat. 

Plan asal aku nak pergi bersama keluarga aku, tapi ada kekangan yang tidak dapat dielakkan, terpaksa pergi seorang diri. Tapi aku bertolak ke Agrofarmstay berteman juga, tidak la kesepian sangat.. hehehe

Ditemani Qaseh dan Yanty

Kitorang bertolak dari Putrajaya dalam pukul 4.30 petang. Alhamdulillah perjalanan lancar, cuma sesak sedikit selepas RNR Dengkil dan Seremban. Kami selamat tiba di Agrofarmstay dalam pulul 7.30 malam. 

Senang je nak ke Agrofarmstay ni, selepas tol Ayer Kerok belok ke kiri menghala ke UTEM, masuk dalam UTEM keluar ikut pintu belakang UTEM, jalan pintas! Jimat beberapa kilometer. Hehe. 

Kedatangan aku disambut oleh En.Bari, orang yang menguruskan percutian kami ini. Selesai pendaftaran, kami diberi taklimat ringkas tentang Agrofarmstay ini.






Selesai taklimat dan sesi suai kenal ini, kami ke Dewan Palma untuk makan malam.


lapar+makanan sedap=makan tak hengat! hehe
kredit gambar : Yanty

Perot dah kenyang, its power nap time! hehe. Setakat itu sahaja sesi hari pertama. Selepas makan, aku checkin villa. Lepak villa je malam ni.

sesekali berkumpul macam ni, macam-macam idea dan ilmu dikongsi bersama
kredir gambar : Sue Izza


Apa yang ada di Agrofarmstay ni ye? apa aktiviti yang kami buat disini? Aku update dalam entri berikutnya ye. (^_^)


Wednesday, September 3, 2014

Moga tenang kau disana...


Pagi semalam dikejutkan dengan panggilan 'perginya' seorang lagi hambanya mengadap Sang Pencipta, Allah s.w.t. Bila sampai masanya tiadalah ada apa yang bisa menghalang. Moga tenang kau di sana, moga ditempatkan bersama orang yang beriman, InshaAllah. 

Al-fatihah buat Ayahanda Mazni atau lebih dikenali Glemey. Beliau merupakan orang kuat NGO, Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS) sebagai Timbalan Presiden BATAS Malaysia. Terkejut juga aku dengan berita itu.Bukan apa, sihat elok aku jumpa arwah sebelum ni. Selalu juga jumpa lepak minum dengan arwah. Lagi pun rumah arwah berdepan je dengan blok aku.

Arwah terlibat kemalangan di Tanjung Karang. Sedih baca berita di surat khabar pagi tadi. Tajuk pun boleh tahan, pandai orang surat khabar ni letak tajuk. Hmmmm, nk popularkan cerita pun biarlah berpada. Kalau aku anak kandung, baca tajuk camtu 'kempunan' ..hmmm ntah la.. perasaan aku je kot, orang lain tak tahu lah.

Mati itu pasti, hidup inshaAllah.... Al-fatihah.


Alfatihah buat Ayahanda Mazni Glemey. 





Tuesday, September 2, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Aku

Cabaran untuk hari ke 2, 5 cara memenangi hati aku. Fuhh, berat juga hendak cerita bab isi hati ni. Bukan apa, habislah pasni ramai yang akan memenangi hati aku. hahahaha. (^_^)

Tidak susah pun untuk memenangi hati aku...

1- Senyum. Senyuman yang menawan sudah bisa meruntun hati ku. Wah! haha. Jangan datang dengan senyuman sinis sudah la, ada makna yang tersirat tu. Senyuman yang ikhlas. Sedekah tu! Hati yang duka pun boleh terubat sikit dengan senyuman tau.

2- Mulakan borak. Sila mulakan topik perbualan jika nak memenangi hati aku sebab aku ni pemalu dan amat tidak pandai nak mulakan perbualan. Fail betul aku bab ni. Kalau orang mulakan, memang aku suka sangat. Tapi yang dah kenal dan rapat tu lain la. Tahu la apa nak dibualkan. 

3- Cerita perniagaan. Suka sangat aku bila ada orang bercerita tentang perniagaan ni. Meniaga lah apa pun, asalkan perniagaan. Memang 'ngam', nak borak 24jam pun okey. 

4- PES/W11. Haaaaa, ajak aku layan 'natang' tu, sapa tau benda apa tu? hahaha. Kompom! Hati terus tertawan. PES/W11 tu games bola playstation dan XBOX. (^_^)

5- Belanja. Belanja aku makan! Memang awesome la, belanja makan seafood pula kan, lagilah aku suka. Terbaik dan awesome!

Haaaaa, tahu dah kan macam mana nak tawan hati aku, apa lagi silalah tawan. Baru seorang yang berjaya tawan hati aku sekarang ni. Ada 3 kekosongan lagi. Cuba try test la.. hahahaha (^_^)

apa la abah ni dok cerita atas tu...




Cabaran 30 Hari | Hari 1 : 5 Fakta Menarik Tentang Aku


Aku ikut serta rakan blogger #kelabbloggerbenashaari untuk Join Cabaran 30 Hari, bagus idea ini, cabaran untuk aku istikhamah dalam berblog. hehe. 

So, untuk hari ini, Hari 1 : Gambar terbaru dan 5 fakta menarik tengtang diri aku.

Selfie terbaru aku...gomokssss

1. Pemalu dan pendiam. Sangat pemalu orangnya aku ini. (^_^) tapi....

2. Mudah senyum dan mudah mesra. Ntahlah, cuba hendak ubah sikap itu tetapi belum berjaya. Nak orang lain mulakan dulu, baru okey. Harapkan aku ni, senyum je la..bila orang dah tegur, mulakan borak.. baru okey..

3. Bekas b-boy,breakdance. Aku inginkan stamina dan bentuk tubuh badan ketika aktif menari dulu. huwwaaaaaaa!! Sekarang ni 'azroi' sangat.. sedeyyyy!!! Pernah training dengan B-boy Giant, dancer Too Phat. Pernah juga bersama Alam masa zaman dia di downtown Cheras sebelum dia masuk Showdown dan terkenal.

4. Suka main games. Sangat suka. hehehehe

5. Saya amat tidak suka pada 'marah'. Kena marah, nak marah, tengok orang kena marah. Oh tidak, saya amat tidak suka marah. Chill lah, tak perlu marah-marah. Relax!