Hari kedua :
Seronok bercuti di Agrofarmstay ni. Kemudahan yang disediakan serba sempurna. Penginapan yang sangat selesa,nak pula villanya ini dihiasi dengan perabot-perabot kayu jati yang di import dari Indonesia dan Burma, menambahkan lagi seri mata memandang. Selesa dan cantik!
Villa yang cantik ini ada 7bilik tidur tau. Setiap bilik ada bilik air sendiri. Fully airconditioning! Ruang tamu , ruang dapur yang luas. Sesuai sangat kalau nak buat aktiviti seperti family day.
![]() |
kawasan luar villa, luas! tiada masalah parking kereta.![]() ![]() Ruang tamu ![]() |
Untuk hari ke dua ni, bangun pagi dari tidur yang nyenyak, siapkan diri, kemudian terus sarapan pagi. Bila perut dah kenyang, masa untuk pecahkan lemak! hehe.
Aktiviti pagi ini bermula dengan sesi regangan otot yang dikelola oleh En.Baju Oren, aku lupa nama dia. hehe. Lagu senaman pakcik ini sempoi sangat. Hahaha. Sambil senaman kena nyanyi 'goyang goyang goyang, goyang pecah lemak!' hehehe.
Selesai regangan otot, kami ke aktiviti sukaneka. Lama dah tak bersukaneka ni. Sesekali bersukaneka, semput gak aku. hahaha. Apa pun memang best! Terbaik!
Tengok je lah gambar aktiviti kami disini. (^_^)
![]() |
sedikit penerangan untuk aktiviti dari Agrofarmstay. |
![]() |
mulakan aktiviti dengan regangan otot. nak tergelak bila teringat semasa senaman ini..hahaha lirik lagu senaman "goyang goyang goyang, goyang pecah lemak!" |
![]() |
aktiviti sukaneka : bowling kelapa gaya Eyriqaz boleh lawan Shalin! hehe |
![]() |
Bersungguh Yanty lontar buah kelapa.. hehe |
![]() |
Tiup jangan tak tiup.. baru berseri muka! |
![]() |
Anak-anak cari gula-gula. |
Lagi gambar sukaneka boleh tengok SINI . Macam-macam reaksi dan aksi ada! Havoc sangat. Selesai sukaneka.... kebaboooommmm! Terjun kolam!
![]() |
Kolam Agrofarmstay besar, puas berenang! |
Penat bersukaneka dan mandi kolam, bersihkan badan, makan tengah hari, solat dan rehat sekejap sebelum aktiviti seterusnya petang nanti.
Aktiviti petang bermula jam 3 petang. Kami dibawa 'tour' kawasan Agrofarmstay. Banyak benda yang menarik di kawasan Agrofarmstay yang seluar 30 ekar ini.
![]() |
Penerangan ringkas sebelum ber'tour'. |
![]() |
Aktiviti kayak |
![]() |
Si Bujang. Comel nama kuda ni, Bujang sangat! hehe Kemain ye bujang bila gadis belai.. Jantan sangat! korang nampak???? hahahaha |
![]() |
Aku ingatkan ayam biasa, rupanya lain. Ini ayam kapan namanya. Cer tengok kaki ayam ni, lain. |
![]() |
|
![]() |
Yang ni albino |
![]() |
Pokok buluh yang berusia 50 tahun. Semula jadi rimbun jadi macam berbumbung.. Seram gak aku.. hahaha |
![]() |
Pokok kurma. Baru tanam. |
![]() |
aku tak lepaskan peluang untuk berkayak. Syok wooo! |
Penat berjalan 'tour' kawasan Agrofarmstay yang seluas 30ekar ni, kami berehat santai tepi tasik tengok rakan blogger berkayak dan naik bot. Kami turut di hidangkan goreng pisang panas dan nescafe. Fuh, memang terbaik!
Aktiviti malam bermula jam 8.00 malam. Berbabeque kami malam tu. Ayam bakar, ikan bakar , sotong dan macam-macam lagi ada. Alhamdulillah..
Perot sudah kenyang, kasi gegar lemak perot sikit dengan sesi karaoke. Perghhh, masing-masing berbakat dalam nyanyian rupanya. hahaha. Macam-macam gaya! (^_^).
Bilik karaoke Agrofarmstay memang superb! Terbaik! Sound system dia memang tidak mengecewakan. Pilihan lagu banyak dan up to date. Nyanyilah sampai puas! hehe
Kalau korang nak bercuti dan lakukan aktiviti di Agrofarmstay ni, boleh hubungi talian bawah ni.. Memang puas hati dan selesa.
012-2118264
016-2098623
pertanyaan@agrofarmstay.my
sumber gambar : instagram.com/kelabbloggerbenashaari
lagi gambar aktiviti di : Bloggers Day at Agrofarmstay
1 comment:
seronok kan dapat pergi sana?
Post a Comment