Sunday, December 14, 2014

Kembali ke zaman dinosaur di Discoveria, Avenue K.


Unleash your inner caveperson. Wah! Tengok tagline tu pun aku dah teruja. Alami pengalaman baru bila dapat kembali ke era Mesozoik. Pengalaman yang amat berbeza bila berkunjung di Discoveria.

Sabtu lepas, aku bersama beberapa lagi rakan blogger berkesempatan melawat Dinoscovery by Dinosaurs Live di Discoveria, Avenue K, Kuala Lumpur. Rasa macam ahli paleontologi pula bila berada dalam pameran Discoveria ni. Mana tidaknya, kita boleh tengok dinosaur-dinosaur animatronik yang macam sebenar dengan ngauman, pergerakan dan habitatnya.

Menariknya, pameran di Discoveria ni berunsurkan 'edutainment' (mendidik sambil berhibur). Penunjung dibekalkan dengan 1 peta dan 1 tag (gelang) RFID (Radio Frequency Identification). Seronok weh! Memang macam mengembara ke zaman dinosaur. Tapi Zayyan tak berapa nak gembira pada mulanya bila nampak dinosaur yang besar-besar tu. Takut! nak pula T-Rex yang mulut ternganga tu.. haha. Tapi seketika kemudian, Zayyan okey sikit. Dalam takut-takut pun masih pandang juga, enjoy juga.

Aktiviti lain yang ada, boleh menonton dokumentari dinosaur di Pawagam 3D, menembak (tembak haiwan perosak) , cari gali fosil, wall climbing dan menunggang dinosaur.




Kaunter tiket


Yeaaaa, da dapat tiket!


kena pakai vest! baru feel ala-ala ahli paleontologi


Zayyan nangis, takut dinosaur makan kot.. hehe


Seketika kemudian, baru Zayyan tertarik dan dah ok..


Jumpa pula T-Rex yang macam nak baham orang ni,
Nangis pula Zayyan tapi muka tak nak kelain, nak juga pandang T-Rex tu..


Menuggang dinosaur! Yeeehaaaaa!!!


Dont eat me pleaseeee!!! (tapi muka mcm happy je nk kena makan) haha


Yeehaaa.. bergerak ke hadapan!!!


Cari fosil.. 






Kedai cenderamata


Cafeteria








Cuti sekolah ni sesuai sangat bawa keluarga dan anak-anak ke Discoveria ni.

Harga tiket :

Kanak-kanak - RM35 (Warganegara) , RM50 (Bukan warganegara)
Dewasa          - RM25 (Warganegara) , RM40 (Bukan warganegara)
Warga Emas dan OKU - RM19

Waktu operasi : Isnin-Jumaat - 10.00pagi hingga 7.00malam
                            Sabtu-Ahad dan Cuti Umun - 10.00pagi - 8.00malam

UNtuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan , layari :
www.discoveria.com.my
#/discoveria.kl
atau hubungi : +603-2181 7218

6 comments:

blogger lelaki said...

menarik tempat nie..memang boleh tunggang ke dinosaur tue

Mama Kembar Tiga said...

cute je zayyan, nanges tapi nak tgk jugak trex hahaha

Unknown said...

@blogger lelaki ya, boleh tunggang! Gayat wooo.. hehe

Nour Leeman said...

Menarik ni..parents pun bole join naik dino..hehe

PCL said...

menarik..menarik kena pi gak nanti nih. ahhahaa.

zarul farhana said...

menarik ni bawak budak2 cuti sekolah n