Agama adalah pegangan, panduan, tujuan, matlamat, bekalan, senang cakap agama adalah segala-galanya untuk makhluk yang bergelar manusia yang hidup di dalam dunia yang sementara ini. Tanpa agama punahlah segalanya.
Bangsa - sumber Wikipedia
Bangsa mempunyai dua maksud utama:
- Jenis manusia daripada satu asal keturunan, contohnya bangsa Melayu. Lihat kaum.
- Kumpulan manusia dalam satu ikatan tatanegaraan, contohnya bangsa Malaysia
Bagi yang berakal dan akalnya boleh berfikiran waras, rasanya tiada masalah untuk bezakan antara bangsa dan agama.
Jangan tutup minda, butakan hati .
Bukalah mata seluasnya, pandanglah sekeliling, sentiasa menuntut ilmu dan berfikiran luaslah.
Sedih bila melihat orang yang berbangsa Melayu bertelagah, bertekak sehingga lupa Agamanya. Lupa apa tuntutan agamanya. Kerana bangsa,agama diketepikan. Kejahilan apakah ini?
Sedarlah wahai bangsa melayu, bukan bangsa yang menjadi pegangan. Agama yang sebenarnya menjadi pegangan.
Bangsa tidak menyatupadukan rakyat dan umat manusia tetapi agamalah yang menyatukan umat. Berpegang teguh pada agama InShaAllah tiada halangan semuanya. Itu janji yang Mana Esa.
![]() |
Google Image |