email tersebut..terima dari Johnny [raylee@raymondlee.net]
Kejatuhan Pakatan Rakyat Sudah
Semakin Ketara
|
Nampaknya,
apa saja yang dibuat oleh Pakatan Rakyat hari ini akan memakan diri mereka
sendiri. Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sering diaibkan dengan
kata-kata dan tindakan mereka sendiri sejk kebelakangan ini.
Seolah-olah
mereka hanya pandai mengelirukan rakyat jelata dengan sentimen-sentimen
kononnya rakyat Malaysia hidup dalam sebuah negara yang kejam dan tidak
berperikemanusiaan. Tidak hairanlah kenapa senjata utama mereka hanyalah
mengapi-apikan rakyat untuk turun berarak di jalanan.
Dua
minggu lalu, DS Anwar Ibrahim cuba mengelirukan rakyat berhubung isu saham
Felda Global Ventures Berhad.
Dalam
helahnya untuk dilihat sebagai seorang pakar ekonomi, beliau mengesyorkan
kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam sektor minyak & gas dan
kelapa sawit. "Lagipun, kita sebahagian daripada Opec. Saya bukan
bermaksud untuk mencadangkan sebuah kartel, tapi hanya sinergi antara
kedua-dua negara ini bakal membantu mengurangkan masalah yang timbul,"
ujar beliau.
Mungkin
beliau telah dimakan usia sehingga terlupa, mungkin juga beliau tidak tahu
langsung. Malaysia tidak pernah menganggotai Opec, dan kita telah pun
berbincang dengan Indonesia untuk membentuk sebuah badan usahasama yang akan
berusaha untuk menyokong kestabilan harga melalui pengurangan stok serta
mengawal bekalan minyak sawit. Perancangan dan tindakan telah pun
dilaksanakan oleh pihak kerajaan, rakyat Malaysia tidak perlukan retorik DS
Anwar Ibrahim.
Seminggu
kemudian, Pakatan berkhayal lagi. Didorong oleh tuduhan melulu yang dilemparkan
oleh bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mula melaung-laungkan tuduhan kononnya
kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada Malaysia sebagai pampasan
kepada mangsa-mangsa projek landasan keretapi maut sewaktu era Perang Dunia
Kedua dahulu.
Tuduhan
ini mengingatkan saya kepada tuntutan tidak masuk akal yang dibuat oleh
Hindraf.Anwar terus mempersoalkan ke mana hilangnya wang pampasan tersebut di
Jakarta minggu lepas. Beliau tidak tahu bahawa pihak kerajaan Jepun sendiri
telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan ia pernah membuat
pembayaran sejumlah itu kepada Malaysia. RM207 bilion yang kononnya telah
dibayar dan dilesapkan oleh kerajaan Malaysia adalah "diluar penglibatan
dan pengetahuan Kerajaan Jepun." Rupa-rupanya, tiada seorang pun
penasihat-penasihat DS Anwar Ibrahim yang mempunyai masa untuk memberitahu
beliau bahawa Tokyo telah menafikan tuntutan Pakatan tersebut. Saya rasa
mereka terlalu terperangkap dalam pembohongan mereka sendiri.
Perhimpunan
KL112 Sabtu lepas telah dilihat sebagai usaha terakhir Pakatan untuk
menunjukkan kuasa dan sokongan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN). Walaupun perhimpunan Bersih dan Bersih
2.0 sebelum ini kononnya bersifat "non-partisan" kerana dirancang
oleh NGO-NGO dan kumpulan-kumpulan kebebasan sivil, KL112 lebih jelas dari
mula lagi. Ia adalah agenda Pakatan Rakyat, dan niat mereka sangat jelas.Hari
yang dinantikan tiba, namun sejuta rakyat yang digembar-gemburkan oleh
Pakatan tidak tiba. Pemimpin Pakatan hanya mampu berbohong dengan berkata
bahawa 500,000 rakyat Malaysia telah berhimpun dalam stadium yang hanya
berkapasiti 30,000 orang itu.
DS
Anwar Ibrahim menganggap Himpunan Kebangkitan Rakyat itu sebagai sebuah
kejayaan besar yang telah mencatat sejarah. Ada juga penyokong-penyokong
beliau yang menganggap perhimpuan tersebut sebagai "hari kemerdekaan
negara yang kedua."Semua khayalan-khayalan ini lupa bahawa Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasionallah yang telah
berusaha gigih untuk membawa transformasi politik dan ekonomi kepada negara.
Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta enakmen Akta Perhimpunan
Awam adalah usaha kerajaan untik menegakkan kebebasan awam dan kebebasan
sivil. "Kejayaan" perhimpunan 12 Januari tersebut adalah sebenarnya
bukti kepada usaha-usaha kerajaan.
Anwar
pasti kecewa kerana perhimpunan ini berlangsung tanpa sebarang insiden. Tiada
perusuh yang merosakkan kenderaan polis, tiada seorang pun rakyat yang
dipukul, dan tiada sesiapa pun yang disembur dengan air atau gas pemedih
mata. Rata-rata rakyat Malaysia menarik nafas lega dan melemparkan pujian
kepada kerajaan dan pihak polis. Malahan, pemimpin DAP Lim Kit Siang sendiri
pun telah memuji Datuk Seri Najib kerana membenarkan perhimpunan tersebut
berlangsung.
Perhimpunan
KL112 adalah kemenangan untuk rakyat Malaysia, bukan untuk Pakatan Rakyat. Ia
telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat cintakan keamanan dan
perpaduan.
Arjuna
Indra
Kuala
Lumpur
|