Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

Rakaman Takbir Raya


Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan dan peluang pada kami untuk buat rakaman Takbir Raya. Excited juga rasanya bila buat rakaman ni.. hehe.. mahunya tidak excited, first time la katakan buat rakaman. Korang pun kalau buat sesuatu yang kali pertama pun mesti excited kan? normal (^_^) 

Rakaman di buat di studia JAKIM Putrajaya. 


makeup dulu.. baru comel skit depan camera nanti.. haha
(muka sopan je kena touch up)

selfie dulu dengan Abg Nazlee blogger hebat ni..

Alhamdulillah rakaman berjalan lancar. Perasaan sangat seronok, awesome, excited !!! hahahaha.  Harap raya nanti keluar lah muka aku ni haaa.. Kata penerbit tu, Raya Aidilfitri keluar pada malam raya tu je, Raya Haji lama la sikit ulangannya.

Program haritu tamat dengan jamuan makan tengah hari.



Friday, August 23, 2013

Kerana Pak Long Mansur!


Alhamdulillah awal Syawal haritu Angah masih berkesempatan ziarah ke rumah Pak Long Mansur. Pak Long Mansur ni dulu jiran di rumah lama Angah dulu (nanti Angah cerita dalam post akan datang) di Felda Lubok Merbau, Kedah. 

Siapa Pak Long Mansur ni? Dialah yang mengajar Angah mengaji dulu. Kerana Pak Long Mansurlah Angah lancar mengaji Al-Quran sekarang ni. Kerana Pak Long Mansur lah Angah kenal asas Al-Quran, kenal huruf-huruf jawi, baris, ejaan dan seangkatannya. Alhamdulillah Pak Long masih sihat dan masih lagi mengajar mengaji. Hebatnya jasa Pak Long. Terima kasih mengajar Angah dulu.

Teringat masa kecil dulu, lepas maghrib je kami (Angah dan adik beradik) akan ke rumah Pak Long untuk belajar mengaji. Kalau di rumah selalu lepas Subuh arwah abah akan ajar mengaji. Nak plak hari cuti, lepas subuh memang kena mengaji dulu, baru boleh buat benda lain. Kadang-kadang tu merungut juga, mengantuk lah, penat lah, nk main lah.. hehehe. Sekarang ni baru nampak kesannya. Syukur abah paksa dulu.. kalau tak? apa jadi pun xtau.. 








Thursday, August 30, 2012

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

alhamdulillah pada 4 Syawal, Hari Raya Aidilfitri ke 4 majlis rumah terbuka aidilfitri kami berjalan lancar... ramai tetamu yang hadir..terima kasih diucapkan pada yang hadir.. terima kasih semua sahabat, jiran tetangga, saudara mara semua.. terima kasih..

walaupun letuh yg teramatlah sangat, tetapi puas hati, lega bila semuanya berjalan lancar..antara menu yang disediakan pada hari itu ialah nasi arab, kambing bakar, gulai rusa, rendang rusa, ayam masak merah, acar, bihun singapore, laksam, ketupat, nasi himpit dan kuih-muih


masing2 sibuk dengan tugasan yg diberikan..(^^,)
cuci ayam~ 
bihun baik punya~

sempat ajer nk posing~ hehe

Laksam
Nasi Arab
lauk - dr kanan kambing, ayam masak merah, gulai rusa, acar

sahabatku UPSR98


Wednesday, August 29, 2012

Hari Raya 2012

masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA pada semua yg mengenali diri ini.. maaf andai ada salah silap yg aku lakukan.. MAAF ZAHIR BATIN (^^,)

sekejap jer masa berlalu..aku pun banyak hari tak update blog ni..
harini baru ada kesempatan buat coretan (^^,)  bismillah~

HARI RAYA PERTAMA, 1 Syawal

pagi sampai lepas asar raya pertama duduk rumah je..
melayan tetamu yang datang..
petang baru dapat jalan2 beraya rumah jiran sekeliling rumah..
malam pergi beraya dirumah sahabat aku..

1st time raya berdua (^^,)


mat! bila hg nk keluar ni..pi kutip duit raya!! hehehe
HARI RAYA KEDUA, 2 Syawal

harini keluar beraya di rumah saudara mara, tok, tokwan, mak2 sedara semua..
mula2 pergi kampung belah abah, petangnya pi kampung mak plak..
gambar?? lupa nk snap daaaa..berborak sampai lupa nk snap pic..hehe
gambar bawah ni jer sempat snap..posing depan rumah sebelum gerak balik kg..hehe