Showing posts with label april fool. Show all posts
Showing posts with label april fool. Show all posts

Friday, April 1, 2011

APRIL FOOL !!!

- saLam -

sempena 1April ni Mr iZzo nk kongsi cerita mengenai sejarah disebalik April Fool ni
bukan apa, masih ramai lagi orang tidak tahu apa itu April Fool
sedih Mr iZzo tgk sahabat seagama kita yg masih lalai dan seronok dengan April Fool ni..
jom kita tengok apa sebenarnya April Fool tu..asal usulnya..
untuk renungan kita bersama (^_^)

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!


April Fool's Day  mula dirayakan  sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak  berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya  runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam  rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian  bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan  orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar   keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan   mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.   Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu   penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang   dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan   harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan   menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah   dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.   Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh   kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah   yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol   tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini   turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya   merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka   sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


- Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu
rawahuttirmizi Illal Liqaq .



Mr iZzo kata : ramai org kita yg masih menganggap semua itu hanya gurauan.padahal  ia adalah perayaan kafir laknatullah jatuhkan Islam. Mr iZzo sedih..