Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Mengapa Perlu Abaikan Bekalan Akhirat


Dah seminggu lebih aku luahkan kekecewaan aku di entri ini.. baru harini rasa boleh post.. (^_^)

Maaf andai kata-kata aku ni salah dan mohon betulkan andai salah. Maaf juga andai terkasar bahasa. Ampun maaf orang muda deras suara pada yg lebih tua. 

Anak itu anugerah Allah, anak juga salah satu bekalan yang kita boleh bawa di akhirat kelak. Rasanya semua tahu, apabila kita mati hanya 3 benda yang akan dibawa bersama. Pertama amalan, kedua doa anak yang soleh/solehah dan sedekah.

Situasi yang berlaku depan aku ialah seorang ayah yang mengabaikan anaknya setelah bercerai. Aku kenal si Ahmad (bukan nama sebenar) ni, rapat la juga. Aku pun tak sangka Ahmad macam ni, bila dah nampak depan mata sendiri, mengucap panjang den.. Hilang sikit rasa hormat aku pada kamu wahai Ahmad.

Harap Ahmad baca la ni ye... andai salah betulkan saya...

Anak itu anugerah Allah untuk kamu Ahmad. Cerainya kamu dengan isteri kamu memang dah terputus segalanya. Yang halal kembali haram. Kamu nak benci bekas isteri kamu sampai mati pun xpa, tak mau maafkan sampai mati pun xpa, hak kamu dan kamu tak ada apa ikatan dah dengan bekas isteri kamu tu.

TETAPI !!! dengan anak kamu, selagi hayat dikandung badan, itu tanggungjawab kamu Ahmad. Kamu tak boleh pinggirkan mereka. Kamu tak boleh abaikan mereka. Jangan lupa Ahmad, doa mereka juga bakal menjadi penyelamat kamu di hari perhitungan nanti. Kalau ye pun nak lupakan benda lepas, jangan lupakan anak kamu Ahmad.

Aku bila dengar mak kamu kata anak kamu yg bongsu tu sampai demam rindu kamu, sebak dadaku Ahmad. Aku tahu macam mana rasa rindu pada seorang ayah. Aku pun teramat rindukan ayah aku Ahmad. Aku tak boleh terima bila dengar sendiri kata-kata kamu bila mak kamu suruh kamu pergi jumpa anak kamu.

Kamu merantau ke negeri orang, tiggalkan anak kamu berjauhan. Bila dah bercerai kamu dah tak balik tengok mereka. Mereka datang ke sini mencari kamu. Nak jumpa kamu, tapi kamu tak mahu jumpa mereka.. aduh, tak dapat digambarkan perasaan ini kalau aku di tempat anak kamu. 

YA , aku tak tahu situasi sebenar. YA , aku tak tahu apa dibenak fikiran kamu , tapi Ahmad apa yang jadi depan mata aku amat menyedihkan, sebak hati aku Ahmad. Terasa seperti nampak 'plastik' terbakar.







Saturday, June 1, 2013

Sanah Helwah ya Aby

Sanah helwah ya aby *_^ 
1 Jun 1962 - abahku dilahirkan di Negeri Kedah...
1 Jun 2013 - genaplah umur abah 51 tahun...
Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan Islam..

Abah,
Happy birthday.. moga dipanjangkan umur dalam keberkatan..
Doa anak2 mu, moga abah terus diberi kekuatan untuk menunaikan segala perintahNya..
Moga Allah memelihara dan menjaga abah dengan sebaik-baik pemeliharaan..
Thanks for everything.. Love u,abah !! ♥

tak lupa jugak 1 jun 1958 merupakan tarikh lahir arwah p.ngah (Jamal ali) yang baru-baru ni meninggal 15 Disember 2012 . AL FATIHAH .Tapi siapalah kita untuk menidakkan takdir Ilahi kan ? Allah lebih sayangkan dia dan mengambil dia dulu daripada kita. yang pergi tetap akan pergi dan xkan kembali. smoga Allahyarham ditemapatkan di kalangan para solihin dan tenang di sana. Ameen ya Rabb.. sama2 lah kita sedekahkan AL FATIHAH untuk arwah JAMAL BIN ALI Semoga doa kita bukan sahaja untuk kesejahteraan arwah tetapi untuk diri kita juga. Ameenn.. InshaAllah , AL FATIHAH :(


via - Nabilah Abd Kadir



AL FATIHAH buat abah

Tarikh lahir arwah abah sama dengan Pak Lang (adik abah) 1 Jun. Dah setengah tahun arwah abah pergi. Cepat masa berlalu.. Teringat sangat kat abah..rindu di hati ini memeritkan jiwa. Al- Fatihah buat abah...




Sunday, January 27, 2013

Ceriakan Hidup Anda Dengan Senyuman...

Hidup bertambah ceria dengan senyuman, hari bertambah indah dengan senyuman, kerja berjalan lancar dengan senyuman, senyumlah..In Sha Allah,hati tenang,jiwa tenang, minda tenang, semuanya lancar..

Tak tahu camner nak senyum? Meh Zayyan ajar.. (^_^)















Friday, January 4, 2013

Mimpi Jumpa Abah

malam tadi aku mimpi jumpa abah.. sob..sob.. bangun tidor jer dah nak nangis.. uuwaaaaaaa~  :"(

abah senyum jer sepanjang mimpi itu, aku tengok abah ceria, tapi aku sedih xsempat nak tegur dan sembang dengan abah~ baru je nk pegang, aku dah tersedar dari tidur...

al-Fatihah buat arwah abah, dah 3 minggu abah pergi~

# mati itu pasti, tidak lewat tidak awal walau sesaatpun....
# rindu abah  :(


Sunday, December 16, 2012

Pergi Tak Kembali...AlFatihah buat abah...

Mudahnya.. cepatnya.. pantas sangat semua ini berlaku...
Aku redha.. hanya doa yang mampu aku kirimkan...

Moga abah tenang disana....

Semalam 15 Disember 2012 bersamaan 1.2.34 bulan Islam. Ayahandaku Jamal b.Ali telah kembali kerahmatullah.

Al-fatihah

Terkilan sangat rasa hati ini, aku tak sempat nk jumpa abah..abah pergi terlalu cepat..secara tiba-tiba, takde sakit takde tanda.. Janji ALLAH itu pasti,ajal maut hanya DIA yang tahu.

Al-Fatihah buat abah...

Sambung dalam post selepas ini.....

Published with Blogger-droid v2.0.9