Showing posts with label baca alquran. Show all posts
Showing posts with label baca alquran. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Kerana Pak Long Mansur!


Alhamdulillah awal Syawal haritu Angah masih berkesempatan ziarah ke rumah Pak Long Mansur. Pak Long Mansur ni dulu jiran di rumah lama Angah dulu (nanti Angah cerita dalam post akan datang) di Felda Lubok Merbau, Kedah. 

Siapa Pak Long Mansur ni? Dialah yang mengajar Angah mengaji dulu. Kerana Pak Long Mansurlah Angah lancar mengaji Al-Quran sekarang ni. Kerana Pak Long Mansur lah Angah kenal asas Al-Quran, kenal huruf-huruf jawi, baris, ejaan dan seangkatannya. Alhamdulillah Pak Long masih sihat dan masih lagi mengajar mengaji. Hebatnya jasa Pak Long. Terima kasih mengajar Angah dulu.

Teringat masa kecil dulu, lepas maghrib je kami (Angah dan adik beradik) akan ke rumah Pak Long untuk belajar mengaji. Kalau di rumah selalu lepas Subuh arwah abah akan ajar mengaji. Nak plak hari cuti, lepas subuh memang kena mengaji dulu, baru boleh buat benda lain. Kadang-kadang tu merungut juga, mengantuk lah, penat lah, nk main lah.. hehehe. Sekarang ni baru nampak kesannya. Syukur abah paksa dulu.. kalau tak? apa jadi pun xtau.. 








Sunday, July 21, 2013

Fenomena adik Adi, Indonesia





Subhanallah, AllahhuAkbar, tersentuh hati Angah tengok video adik Adi ni. Beruntung ibubapanya, berjaya didik anak seawal usia 3 tahun mengaji Al-Quran. Bukan setakat membaca tetapi menghafal. Melentur buluh biar dari rebungnya. Nah! ini buktinya, hebat sungguh ibubapa Adi.

ADI, Berusia 3 Tahun Mencipta Fenomena Di Indonesia Dalam Program Realiti Thoriq @ Hafidz Indonesia Di Saluran RCTI. 


Kalau nak tonton episod 2 dan peserta lain, boleh la cari di Youtube, cari 'Hafidz Indonesia RCTI'.


Sumber Video : Angah ambil di Facebook




Wednesday, March 20, 2013

Al-Quran, Video Nasyid Al-Quran

Mula-mula tengok video ni, teruja,terpegun dengan keindahan dan kemerduan suara adik ini,walaupun video amatur, tetapi tidak jemu Angah tengok berulang kali, selain kemerduan suara adik ini, indah lirik nasyid Al-Quran ini.. sambil hayati kemerduan suara adik ini, hayati juga liriknya...




Al Quran itu mutiara iman
Membimbing umat dalam kegelapan

Al Quran itu petunjuk jalan
setiap bidang dalam kehidupan
agung Al Quran
Menghapuskan kejahilan

Al Quran itu petunjuk jalan
setiap bidang dalam kehidupan
agung Al Quran
Menghapuskan kejahilan

Iman dan takwa membentuk jiwa
Dari segala musibah melanda
Al Quran itu bawa cahaya
Jadi pegangan spanjang masa
Semoga hidup aman dan bahagia

Al Quran itu bawa cahaya
Jadi Pgangan sepanjang masa
Semoga hidup aman dan bahagia

Ayuh kita renung sejenak
Kejahilan itu kerugian
Hadirkanlah sinar keimanan
Kitab Al Quran jadikan pedoman

Ayuh kita bangun segera

Bina bangsa majukan negara

Kita lakarkan kejayaan

Berpaksikan kitab Al Quran

Al Quran itu mutiara iman
Membimbing umat dalam kegelapan
Al Quran itu petunjuk jalan
setiap bidang dalam kehidupan
agungnya Quran
Menghapuskan kejahilan

agungnya Quran
Menghapuskan kejahilan