Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Thursday, February 18, 2016

Zahra Sofia

Lama aku tinggalkan blog ni bersawang. Huh! Nak taip entri ni pun dah dua tiga kali buka tutup. Lama sangat tidak menaip, kekok pula rasanya. hehe

Sekejap benar masa berlalu.. macam-macam perkara berlaku yang tidak aku coretkan disini. Antaranya aku sudah menjadi seorang ayah beranak dua! Yezzzaaa, Alhamdulillah, dizikinkan DIA rezeki zuriat kedua untuk aku. Aku dianugerahkan seorang puteri solehah yang diberi nama Nur Izz Zahra Sofea.

Hari ini 18.02.2016, genap 2 bulan usia Zahra Sofia. Sekejapnya masa berlalu, rasa macam baru seminggu dua je isteri tercinta discharge dari Hospital Kuala Lumpur.

Kali ini aku takde rezeki nak sambut anak seperti aku sambut anak pertama dulu. Sebabnya kali ini anak keluar ikut tingkap dek kerna kedudukan anak songsang. Isteri ku berjuang pada jam 3.00pm hingga 7.30pm. Doktor cuba sedaya upaya untuk pusing bayi ke kedudukan asal tapi tidak berjaya.

7.30pm, doktor panggil untuk menjelaskan keadaan isteri pada aku, kata doktor, dia cuba ubah posisi anak sehingga jam 8.30pm, andai tidak berjaya, permbedahan akan dilakukan. Aku hanya berdoa agar dua-dua selamat je, tidak kisah la cara mana pun. 

Lebih kurang jam 10.30pm , alhamdulillah semuanya selesai dengan sempurna.

Dah dua bulan masa berlalu, seperti masih terasa debaran pada 18.12.2015 di depan bilik bedah Hospital Kuala Lumpur.

Moga membesar kau Zahra Sofea di dalam redha dan rahmat Dia. Moga menjadi anak yang solehah. Taat perintah Dia, cinta Rasul mu. Amin.



Friday, September 27, 2013

Tahniah Sahabat-sahabatku...


Alhamdulillah, baru-baru ini ada 3 orang sahabat aku telah  menimang cahaya mata. 2 orang baru bergelar seorang ayah, zuriat yang pertama, lagi seorang zuriat yang ke 3. Alhamdulillah.

Tahniah dari aku pada anta-anta semua (^_^). Moga bertambah barakah dalam hidupan kalian. Moga anak-anak kalian membesar dengan baik hendakNYA.


Puteri sulung Faizal 
Tahniah Faizal.. sahabat aku ni seorang usahawan burung..pakar burung..boleh tengok SINI. Sugar glider pun ada.Dia juga ada buka kedai bantal kabu original di Tesco Seberang Jaya.


Puteri sulung Ustaz Malik
Tahniah Ustaz Malik. Sahabat aku yang ni juga seorang  usahawan. dan ustaz. Dia ada buka travel agensi. Ada iklan di bawah header aku tu.. Az-Zuha Group Travel&Tours Sdn. Bhd. Sudi-sudilah klik ye..hehe


Putera ke 3 Uztaz Hadi
Tahniah Ustaz Hadi. Juga seorang usahawan berjaya, selain giat dengan jemputan ceramah/kuliah. Juga owner kepada Az-Zuha Group Travel&Tours Sdn. Bhd. Nak umrah, upah haji, melancong ke boleh lah klik iklan Az-Zuha di atas blog aku ni.. (^_^) Harga memang berpatutan.





Tuesday, July 23, 2013

Bila Zayyan Tidur...


Sumber : Google

Dulu Angah pernah tergelak tengok gambar di atas. Sekarang ni Angah dah merasa dah hampir semua situasi macam gambar tu. hehe (^_^). Lasak Zayyan tidur sekarang ni. Kejap atas, kejap bawah, kejap menonggeng, kejap kaki di muka Angah ni, kejap lagi muka ibu dia pula. 

Tidur tak cukup? tidur terganggu? Ya! tapi menghiburkan. Terhibur dengan gelagat anak. Kadang-kadang tu bila dah letih sangat, datang juga nafsu amarah ni. Hilang sabar wooo, tengah sedap mimpi indah, tiba-tiba debushhh! tapak kaki Zayyan dimuka.. mau tak hangin? hehe.. sabar jer lah.. time terjaga tu la setan laknat ni menghasut bangkit bafsu amarah.. cepat-cepat tepis, agar tidak tergoda.



Saturday, July 20, 2013

Yeaahh.. saya dah mandi !

Sekarang ni mudah nak mandikan Zayyan.. Sebabnya Zayyan dah suka main air.. hehe.. pantang ajak mandi, laju jer menuju ke bilik air. 

Geram pulak tengok Zayyan berkemban camni.. kena gomoi juga dengan abah ni jap lagi...hehehe (^_^)







Tuesday, July 2, 2013

Sembilan bulan sudah...

Sekian lama tak update blog ini.. huh! kekangan masa yang terlalu padat membuatkan blog ini terbiar.. Pejam celik dah sembilan usia putera sulungku Muhammad Izz Zayyan Rizqi. Sekejap je masa berlalu.. Dah bulan Julai pun sekarang.. minggu depan dah mula puasa. Selamat menunaikan ibadah puasa pada semua umat Islam.












Wednesday, April 24, 2013

Anak Menakan Sulungku...

Kalau orang utara, kami panggil anak menakan. Anak menakan tu anak sedara lah.. hehe. Semalam Angah ada post pasal Along yang baru ja dapat baby sulungnya.. 

Malam tadi Angah baru dapat tengok gambar anak Along, tembamnyer lah.. geram!! hehe. Beratnya 3.1kg! wow! patutlah tembamnyer.. anak Angah dulu 2.38kg jer masa keluar...

Tak sabar nak balik kampung tengok anak menakan sulung ni.. (^_^)






Tuesday, April 23, 2013

Tahniah Along, Cucu Sulung Ummi

Alhamdulillah pada pukul 4.15pagi tadi, Kak Long Angah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal. Tahniah Angah ucapkan pada Along Ridzuan dan Kaklong Sobiroh. Moga bertambah bahagia hidup berumahtangga. Bertambah lagi satu bab dalam kehidupan. Tambah lagi satu cabaran, pengalaman dan tanggungjawab. Selamat menjadi bapa dan ibu yang terbaik!

oh ya, lupa pulak. Ini cucu ke 2 buat Ummi Angah. Tetapi cucu sulung perempuan. (^_^) Anak Angah cucu sulung lelaki. Bertambah ceria hidup Ummi, In Sha Allah.

Moga dipermudahkan segala urusan. Amin ya Allah.

dalam pukul 12.00mlm camtu, KakLong masuk labour room

4.15am selamat semuanya.. alhamdulillah (^_^)


Gambar baby? belum diupdate lagi.. hehe.. Almaklumlah duduk di perantauan ni, harap update di FB dan phone je lah.. 

Nanti masa pilihanraya Pakngah balik melawat ye.. eh, dah Pak Ngah dah saya.. hehehehe




Tuesday, January 8, 2013

Senyum Sokmo!!

selamat pagi semua (^_^)
moga hari ni ceria dan lebih baik dari semalam...
buatlah apa pun, solat jangan tinggal...

dan

senyum sokmo!! senyum selalu (^_^)

senyum macam saya..hehe

Friday, December 14, 2012

Zayyan Hisap Jari


dah pandai hisap jari dah Muhammad Izz Zayyan sekarang ni.. penuh tangan dengan air liur.. boleh ke biarkan anak isap jari? ok ke?

ni hasil bacaan aku yg aku search di Google (^_^)


“ Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi anda bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah normal.  Janganlah risau. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya,tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun. Menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun .” – sumber dari momslittleones.


Pensyarah dan Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Wan Salwina Wan Ismail berkata, puting kosong merupakan transitional object yang boleh menenangkan anak yang sedang menangis. Ia ibarat 'pengganti' ibu yang sentiasa memberi perlindungan kepadanya apabila dia memerlukan sesuatu. Dengan adanya puting kosong ini, anak akan berhenti menangis dengan segera kerana ia adalah reaksi semula jadi ketika diberi susu botol. Dengan menghisapnya, bayi akan merasa lebih selamat dan terlindung serta lebih selesa walaupun ketika berjauhan dengan ibu atau penjaganya. Bagaimanapun, adalah dinasihatkan tidak menjadikanya satu kebiasaan apabila bayi sudah semakin besar. Jangka masa tidak boleh ditentukan, seboleh-bolehnya harus diberhentikan secepat mungkin.

Menurut Dr. Wan Salwina, tidak dinafikan apabila sudah dimulakan dengan menggunakan puting kosong, kebiasaan itu agak sukar untuk ditinggalkan. Pasti anak akan menangis malah tidak boleh tidur atau tercari-cari puting kosong sehingga ibu tidak sampai hati, lalu memberinya kembali. Walaupun agak memedihkan, ibu harus cuba menghentikannya secara beransur-ansur dan membantu anak melupakan puting kosong.

Terdapat beberapa pendapat, tabiat menghisap puting kosong yang terlalu lama berkemungkinan mengganggu pertumbuhan gigi dan memberikan penampilan yang kurang menarik. Gusi atas akan lari dan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata sehingga menjadi jongang. Ia akan berkekalan sehingga dewasa dan boleh menyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk akan menyusahkan untuk mengunyah makanan. Bahkan, apabila mereka dewasa, terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alatbraces atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang. – UTUSAN



Tuesday, December 11, 2012

Muhammad Izz Zayyan Rizqi dah meniarap!

Alhamdulillah hari ini genap putera sulungku Muhammad Izz Zayyan Rizqi 3 bulan. Sekarang ni Zayyan dah pandai dah nak pusingkan badan meniarap, kena perhatikan selalu kalau Zayyan berjaga, takut dia pusing badan meniarap, baru2 boleh lagi takut dia sembam, lemas... (^_^)



Friday, November 2, 2012

Tanggungjawab Pendidikan Iman

Adalah menjadi kewajiban pendidik iaitu ibubapa untuk membesarkan anak atas dasar pemahaman dan dasar-dasar pendidikan iman dan ajaran Islam sejak dari mula dilahirkan. Yang dimaksudkan dengan pendidikan iman adalah mengikat anak dengan dasar-dasar iman,rukun Islam dan dasar-dasar syariah sejak anak dilahirkan hinggalah anak mula mengerti dan dapat memahami sesuatu.

1. Buka Kehidupan Anak Dengan Kalimah La ilaha illallah.
     "Bacalah lepada anak-anak kamu kalimat pertama dengan la ilaha illallah(tiada tuhan selain allah)" (Al-Hakim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a dari Nabi Muhammad s.a.w)

Tujuannya agar kalimat tauhid dan syiar Islam adalah perkataan pertama yang didengari anak. Kemudian anak diazankan ditelingan kanan (lelaki) di iqamahkan ditelinga kiri (perempuan). rujuk SINI -kenapa perlu azan bayi baru lahir.

2. Mengenalkan Hukum-hukum Halal Haram Pada Anak.
Dari sejak anak dilahirkan sehingga anak mengenal dunia, ibubapa wajib mengenalkan hukum Allah pada anak. Ini amat penting agar ketika anak membesar, anak kenal apa yang disuruh dan diperintah oleh Allah dan dia segera melakukannya. Apa yang dilarang,ditegah oleh Allah, dia menjauhinya. Apabila anak sudah baligh, anak sudah memahami hukum halal haram dan telah terikat dengan hukum-hukum syariat.

     "Taatlah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan kerana hal itu memelihara mereka dan kamu dari api neraka" (Ibnu Jarir dan Ibnu 'l-Mundzir meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a)

3. Menyuruh Anak Beribadah Pada Usia 7 Tahun.
Tujuannya agar anak sudah biasa untuk melakukan amal ibadah kepada Allah. Disamping itu anak mendapat kesucian roh, kesihatan jasmani dan kebaikan akhlak dalam ibadah.

     "Suruhlah anak-anak kamu menjalankan ibadah solat bila mereka sudah berusia 7 tahun. Dan jika mereka sudah berusia 10 tahun, maka pukullah mereka jika mereka tidak mahu melakukan ibadah solat dan pisahkanlah tempat tidur mereka" (Al-hakim dan Abu Daud meriwayatkan dari Ibnu Amr bin Al-'Ash dari Rasulullah s.a.w)

4. Mendidik Anak Mencintai Rasul, Ahli Baitnya dan Membaca Al-Quran.
Tujuannya agar anak mencontohi perjalanan hidup dan jihad mereka. Selain itu, agar anak tahu sejarah mereka, baik dari perasaan mahupun kejayaan,termasuk keterikatan mereka terhadap Al-Quran.

     "Didiklah anak-anak kamu pada 3 perkara : mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singgahsana Allah pada hari tidak ada perlindungan selain dari perlindunganNya beserta para Nabi-Nya dan orang-orang yang suci" (Ath-Thabrani meriwayatkan dari Ali ra bahwa Nabi bersabda)


sumber : Google Image



P/S : para ilmuan,guru, betulkan saya andai saya salah tulis, hasil bacaan saya dalam Kitab Tarbiyatul Aulad Jilid 1, sy logkn di blog ini untuk rujukan saya (^^,)



Wednesday, October 24, 2012

Kenapa Anak Perlu Diazan/Iqamah Selepas Lahir?

Orang tua, alim ulama, ustaz semua pesan, lahir sahaja anak ke dunia ini, kalau lelaki, kamu perlu azan ditelingan kanan anak, kalau perempuan,kamu iqamah ditelinga kiri anak. Rasanya ramai yang tidak tahu kenapa perlu azan dan iqamah dan hanya buat sahaja.

Azan dan Iqamah ditelinga anak telah disyariatkan Islam setelah anak dilahirkan sebagaimana Al-Baihaqi dan Ibnu Sunni meriwayatkan dari Al-Hasan bin Ali dari Nabi Muhammad s.a.w
"Barang siapa diberi anak yang baru lahir,kemudian ia menyuarakan azan pada telinga kanannya dan iqamah ditelinga kirinya maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya"

Ibnu Abbas ra meriwayatkan "Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah menyuarakan azan pada telinga Al-Hasan bin Ali (yg sebelah kanan) ketika ia dilahirkan dan menyuarakan qamat pada telinga kirinya.

Tujuan Azan dan Iqamah adalah:
  • Agar perkataaan atau perkara pertama yang menembus pendengaran manusia adalah kalimah-kalimah seruan Yang Maha Tinggi kebesaran Tuhan dan syahadat (persaksian) yang dengannyalah ia pertama-tama masuk Islam.
  • Ia juga merupakan talqin (pengajaran) bagi anak tentang syariat Islam ketika ia memasuki dunia. Azan akan meresap ke hati walaupun ia tidak merasa
  • Syaitan lari bila dengar azan. Sebab syaitan memang menuggu kelahiran bayi.
  • Supaya dakwah kepada Allah dan agamanya mendahului dakwah syaitan (hasutan syaitan)
Kesimpulannya, bayi yang baru lahir perlu diazan dan diiqamahkan untuk menetapkan aqidah tauhid, keimanan dan mengusir syaitan dan hawa nafsu seawal bayi mencuim bau dunia dan bernafas.

*betulkan saya andai ada salah.. yg baik dari Allah,salah silap kedaifan sy sendiri.

sumber gambar : Google Image.



Thursday, October 18, 2012

Bila Izz Zayyan Demam

sedih jer abah tengok muka nak abah ni. Tak sedap badan ye sayang? kesiannya anak abah.. (-_-) semalam Zayyan kena cucuk, cucuk untuk sebulan tu..apetah namanya aku tak ingat.. nurse tu pun dah cakap bayi selalunya akan demam lepas kena cucuk ni. ikutkn aku,memang tak la aku bawa anak aku pegi cucuk ni..tapi isteri nak juga. kalau kt kg, memang tak la cucuk2 ni.. adik2 semua tak cucuk pun. ada cerita dibalik cucuk anak ni.. korang cari lah sendiri, malas nk taip, pendapat masing-masing...

sekarang ni baru aku tahu perasaan ibubapa bila anak tidak sihat. Macam mana risaunya dan gundah hati   ibapa, kini giliran aku merasa. Kalau boleh nk je cut demam Zayyan , paste kt abah.. huhu.. kesian, merengek,muka sedih je memanjang..

cepat sembuh ye Zayyan....



pukul 3.30pg, mata luas, sayu memandang aku.. oh zayyan cepat
sembuh ye..sedih abah tengok Zayyan buat muka camtu kt abah..
nk cakap tak pandai, merengek je... (-,_-,)



Rezeki Izz Zayyan

alhamdulillah, luas rezeki Muhammad Izz Zayyan Rizqi.
dapat hadiah macam2 ..  thanks semua (^^,) 

thanks a lot semua (^^,)
juga  thanks a lot to PakLang (^^,)
T.Q Paksu Iwan (^^,)
T.Q Izamil (^^,)

moga rezeki korang sentiasa luas hendakNYA.. terima kasih ye.. (^^,)



Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday #17.10

muhammad izz zayyan rizqi - 1 bulan 1 minggu

Apa bayi berusia 1 bulan boleh buat?


Bayi anda menegakkan kepalanya
Otot leher bayi semakin kuat sehingga membolehkan dia menegakkan kepalanya untuk masa-masa yang singkat.
- Patut la Zayyan asyik angkat kepala je sekarang

Meneroka tangan dan kaki
- Zayyan sekarang kalau buka bedung je dah macam orang bersilat.. ligat kaki tengan dia keatas kebawah

Belajar menenangkan diri 
Bayi suka menghisap,jadi puting berkesan mambantu bayi menenangkan dirinya sendiri. Kalau takde puting,bayi mungkin isap jari
-ya,Zayyan kalau tak sumbat puting,dia akan isap jari..kalau time pakai sarung tangan tu, habis basah sarung tangan kalau tak perhatikan dia..hehe

Lihat siapa yang bercakap pelat sekarang 
Bayi anda yang berumur satu bulan mungkin sudah boleh membuat bunyi berdeguk, bunyi-bunyi manja, berdengus dan berlagu untuk melahirkan perasaannya. Pastikan anda juga membuat bunyi-bunyian manja dan berdeguk bersama-sama, sambil bercakap berhadapan dengannya. Setengah bayi juga sudah mula ketawa berdekah-dekah seawal ini. Walaupun anda sedang membuat kerja, dia tetap gembira mendengar suara anda dari seberang bilik. Dia akan merenong muka anda lebih lama sekarang. 


Bayi mendengar dan sukakan musik
- Oooo..sebab tu bila nak dodoi tidurkan Zayyan,takde muzik atau alunan merdu suara abah dia ni dia xnak tidur..hehe

Mata boleh mengesan pergerakan objek sekarang
Apabila sudah pandai berfokus dengan kedua-dua belah mata, bayi anda sudah boleh mengikuti objek yang bergerak, iaitu satu perkara yang dia sudah melakukan untuk masa-masa yang singkat dari kelahiran lagi. Kelentong biasa yang digerakkan di depan mukanya akan selalu memegunkannya. Atau anda boleh bermain mata-ke-mata dengan menghampirinya dengan dekat dan mengerakkan kepala anda dari sisi ke sisi; selalunya pandangan matanya akan tetap tertumpu kepada mata anda. 


kredit to babycenter




Thursday, September 27, 2012

Bedung Anak - Kewajipan atau Mitos

Izz Zayyan usia 2 minggu
merah muka Zayyan meronta nak lepaskan tangan dari bedung..hehe.. selalu lepas kena bedung, Zayyan akan berusaha untuk tarik tangan dia.. dan hasilnya, bedung Zayyan hanya bertahan 3-4 jam jer selalunya.. pastu da terburai bedung tu..tak pun tangan dah terkeluar.. kuat sungguh Zayyan abah ni..hehe

hasil bacaan aku, antara kebaikan bedung : 
  • supaya bayi tidak terperanjat
  • supaya bayi tidur lena
  • supaya bayi tidak rasa sejuk
  • supaya bayi tidak cakar muka,gosok muka dengan tangan
  • supaya bayi rasa selamat
  • bayi tidur cukup dan tak terganggu cepat besar..(ye ke?)
ada yang kata kalau tak bedung nanti kaki pengkau... kaki anak bila besar nanti kengkang.. sejauh mana fakta itu. aku pun xtau..benar atau sekadar kata orang dulu-dulu..


Dunia Baru, Kehidupan Baru, Rutin Baru...

Sekejap je masa berlalu, sedar tak sedar hari ni dah 17 hari aku bergelar sorang ayahanda. dengan memegang title baru tu, bertambah la chapter baru dalam kehidupan aku. Dulu berdua, kini bertiga. Banyak benda kena belajar, banyak pengalaman baru yg akan aku tempuh. Rutin harian pun berubah.

Aku ni penggeli skit orangnyer..hehe (poyo je).. series, tengok berak budak pn..eeeeiiiiiiwekkk... tapi sejak ada anak ni, geli tu hilang dengan sendirinya. Sebelum dapat anak dulu dok fikir gak, camner la nk tukar pampers anak nanti.. geli weh..takkan nak biar isteri buat semua kn..tak patut gak..mesti aku kena buat juga..sekarang ni dah tak jadi masalah dah, dah tahu dah camner nk buat semua tu.. kerja Allah, Allah bg sesuatu tu cantik dah..semua aturan Allah sempurna. kita? kita hanya perlu berdoa, usaha, tawakkal.. (^^,)

sekarang ni Zayyan dah mula pandai nak orang tidurkan dia dah.. sebelum ni,ibu dia bg susu, then letak kt tempat tidur, nanti Zayyan terus tidur je..tapi sekarang dah pandai nak orang dodoikan dulu.. tak pun nk orang pegang sampai dia tidur baru boleh letak.. kalau tak, karaoke dengan highnote! hehe

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas semua ini...kehidupan baruku, rutin harian baru, pengalaman baru.. permudahkanlah urusanku yaAllah~ amin! (^^,)

muhammad izz zayyan rizqi

Thursday, September 20, 2012

Terima Kasih Nenek

katil pirate xpe, jgn anak pirate..hehe
ibu letak barang dulu sebab anak tak boleh guna lagi (^^,)
dah besar sikit nnt baru Zayyan boleh guna...
terima kasih banyak2 pada nenek Timah (nenek sebelah mak mertua) bg hadiah katil yang cantik ni pada Muhammad Izz Zayyan Rizqi.. tq ye nenek.. moga rezeki nenek bertambah luas hekdakNYA.. (^^,)

Tuesday, September 18, 2012

Kini Aku Bergelar Seorang Bapa

alhamdulillah, pada 11 September 2012, tepat jam 7.00malam zuriat pertamaku selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Anak sulung ku di beri nama Muhammad Izz Zayyan Rizqi, dilahirkan dengan berat 2.38kg. Alhamdulillah isteri dan anak selamat,okey semuanya.

baru harini sempat update..hehe..sebok sikit menguruskan hal2 yang berkenaan..

11.09.2012 haritu, isteri masuk ke labour room pada pukul 1.30pm... walaupun masa tu baru buka 7cm, doktor suruh masuk labour room sebab air ketuban dah tinggal 30% je lagi.. menunggu sehingga pukul 6.00 pm, masih tidak terbuka, still 2cm juga.. kalau pukul 7.00pm takde perkembangan, kena operate!

aduh, gelisah masa tu hanya Allah je yg tahu.. pukul 6.00pm aku keluar kejap solat asar.. 6.30pm nurse call,  katanya isteriku dah nk bersalin dah..dah buka 9cm.. kelam kabut aku berlari ke labour room..masuk je bilik, nurse terus ready nk sambut baby.. 

perasaan takut, gelisah, gemuruh semua ada.. sebelum ni pun penah la gabra kan.. tp ini first time aku gelisah sampai nampak seluar bergetar..hehe.. goyang lutut oooooo.. sebab, aku berdiri sebelah doktor sambut anak pertama aku.. subhanallah, kuasa Allah. tak terungkap dengan tulisan mahu pun kata-kata..

alhamdulillah, tepat jam 7.00pm, anak aku selamat dilahirkan..semuanya normal...

8.00pm lebih kurang,setelah selesai bayi diazankan dan dibersihkan, ibu dan anak di masukkan ke wad..

esoknya, jam 4.00pm, doktor sahkan semuanya ok, ibu dan anak dah boleh balik rumah...

alhamdulillah....(^^,)