Showing posts with label bersih 2.0. Show all posts
Showing posts with label bersih 2.0. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

Gambar Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Selesai sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat, HKR112.
alhamdulillah semuanya lancar tanpa rusuhan dan kekacauan.
Tahniah dan jutaan terima kasih pada pihak PDRM atas kerjasama yang diberikan
perghhh..macam aku plak yang join..hehe

sebenarnya aku tak amik pot sangat pun, tp bila HKR112 ni lancar tanpa rusuhan
aku yang dah jadi warga KL ni turut gembira, tiada sekatan jalan yang 'teruk'
yang penting aku pi kerja semalam ok jer. takde kena tahan bagai...

boleh pun kan aman dan lancar? sebab ape aman?
sebab PDRM tolong,bagi kerjasamana..bukan macam Bersih yang lepas..
berperang dengan PDRM...Tahniah sekali lagi pada PDRM

HKR112. Berita TV kata 45000 je... hmmm auta lagi.. ni lebih 45k
Sinar Harian
relax ja duduk atas lantai. Sumber -FB No Comment Page 
 Gotolong royong. Sumber -FB No Comment Page 
Tahniah pada PDRM. Sumber -FB No Comment Page
Lagi gambar lawat FB No Comment Page

Solat jemaah di Masjid Negara. Sumber - FB HarakahDaily 
Solat jemaah di Masjid Negara. Sumber - FB HarakahDaily
Pasukan Unit Amal - Taklimat. Sumber - FB HarakahDaily 
Sumber - FB HarakahDaily

Unit Amal. Sumber - FB HarakahDaily 
Sumber - FB HarakahDaily

Lagi gambar lawat FB  #HKR112
Lagi gambar lawat  FB HarakahDaily
Lagi gambar lawat FB  PolisDirajaMalaysia
Lagi gambar lawat FB  Pemuda Padang Terap
Lagi gambar lawat FB  JkkFanClub
Lagi gambar lawat FB  KBBUTV3

# aku tengok di FB ramai jugak yang membodohkan rakyat yang join HKR112, tak kurang jugak yang maki hamun, tetapi aku terfikir kena rakyat bangkit sedemikian rupa? Lu Fikir la sendiri~ (^_^)

# Tabik spring pada PDRM!!! 

Tuesday, January 8, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12.01.2013

Lagi 4 hari akan berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Himpunan yang bakal dihadiri 1 juta rakyat dari seluruh Malaysia.

Makanya, akan berulanglah kesesakan luar biasa  di Kuala Lumpur....
Hotel sekitar Kuala Lumpur penuh sesak....
Kedai makan sekitar Kuala Lumpur penuh sesak...
Sekatan jalan raya luar biasa... jem luar biasa..

semuanya penuh dengan SESAK dan LUAR BIASA...

get ready warga Kuala Lumpur.... lagi 4 hari jer HKR~

sumber dari salah seorang rakam media mengatakan "Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat pergerakan 'luar biasa' tentera sekitar Ibu Negara dan daerah sekeliling menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini. Anwar mahu penjelasan dari Menteri Pertahanan"





bukan setakat gerakan pihak berkuasa je luar biasa....


Saturday, July 16, 2011

Apakah Dialog Mereka? ceciter..ceciter..


mR iZzo jumpa pic ni dari salah seorang sahabat mR iZzo di FB
kredit gambar pada beliau - Johor Bahru's

macam2 komen ada di pic tersebut..
jom kiter plak main teka2..
agaknya la kan..apa la yg dikata oleh Polis dan akak itu ye?

ni antara komen2 yg ada 

klik gambar untuk tumbesaran (^^,)

Thursday, July 14, 2011

Yes Aku Kena Gas Itu Tapi "mereka" Menafikan

" KUALA LUMPUR, 13 Julai : Sekumpulan doktor terkenal hari ini mengeluarkan satu kenyataan mengutuk cara pihak berkuasa mengandalikan perhimpunan aman Bersih 2.0, terutamanya tindakan polis yang menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin di Jalan Pudu Sabtu lalu. "

eh ye ke? bukan ke angin yang tolak gas tu masuk ke kawasan hospital tu?
kalau tak silap aku, di tv dan paper 'mereka' menafikan kenyataan ni..
tapi kenapa doktor2 hospital tu sendiri plak yang mengatakan sebaliknya?
oh tidak..mana satu nak dengar,percaya ni? huhuhu..

Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr. Farouk Musa, Dr. Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong
mereka kata pihak berkuasa tak tahu malu sebab nafikan insiden tu sedangkan pelbagai bukti dan saksi ada depan mata.

baca artikel penuh berita ni di SINI

Wednesday, July 13, 2011

Hilangnya Keperimanusiaan

jom layan video ini dulu...



so, apa pendapat korang?
bagi aku macam sangat-sangat berbeza seperti yang aku tengok
di tv dan baca di akhbar..

sayu hati aku tengok dekat part peserta yg sesak nafas tu..
bayangkan dengan tangan terikat,polis tengok saja dan tak buat apa pun..
mana la perginya sikap keperimanusiaan mu wahai abang POLIS..
kalau lah itu bapak kau...sedara kau ke..apa perasaan kau wahai abg POLIS?

ye aku faham tugas kau..kau hanya jalankan tugas tp......................

media di tv lain, tp realitinya lain...
apa aku ckp pendapat aku..apa kata korang?

Sunday, July 10, 2011

Video Bersih 2.0 Al-Jazeera - Keganasan Polis


aku tak tau nak kata apa bila tengok video ni...
adakah mereka yg berhimpun itu ganas
atau
mereka yg bergelar penjaga keamanan itu terlalu aman menjalankan tugas?

anda lihat, anda hayati, anda nilai.....

Bersih 2.0 - Kematian Peserta Bersih 2.0

assalamualaikom

hari dapat 1 berita sedih apabila salah seorang peserta Bersih meniggal dunia
Baharudin Ahmad meniggal dunia akibat sesak nafas selepas kena semburan
air berasid dan gas pemedih mata di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Jenazah beliau selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat
Al-Fatihah untul Allahyarham Baharudin Ahmad...

aku sedih..aku kecewa..aku marah..semua ada..
yes..aku faham ajal ditangan Allah..telah tertulis ajalnya begitu..
tetapi......................................................................

berita penuh klik SINI

kredit gambar to Malaysiakini

Saturday, July 9, 2011

Bersih 2.0 - Lagi Gambar Terkini

jom lihat aksi-aksi Bersih 2.0
lagi2 gambar terkini Bersih 2.0
apa sudah jadi Malaysia ku tercinta..
oh Bersih 2.0
oh Polis..oh FRU
semua pic kredit to Harian Metro

RIBUAN penunjuk perasaan berarak dari
Jalan bukit Bintang ke Dataran Maybank
dalam perhimpunan Bersih 2.0 yang dijangka
pada hari ini. Foto: Supian Ahmad (09/07/2011-1.46pm)
PENYOKONG perhimpunan BERSIH 2.0 menuju ke
Dataran Merdeka dari Central Market. Kuala Lumpur
Foto: Mohd Fadli Hamzah (09/07/2011 - 1.08pm)
SEBAHAGIAN peserta bersih menyepak dan menumbuk kenderaan
anggota keselamatan ketika ingin menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0
di hadapan Menara Maybank. Foto: Rosdan Wahid (09/07/2011 - 2.58pm)

Live Bersih 2.0

jom tengok live Bersih 2.0 di sini


atau

disini mobtv.my


Kasihan Mereka iTu...

assalamualaikom

sekarang ni hujan lebat di Kuala Lumpur...
terkenangkan mereka yg terlibat dengan Bersih 2.0
dah makan ke belom.. dah solat zohor ke belom..

alamak hujan pulak dah.. ada payong ke x?
mana mereka berteduh.. kasihannya mereka itu..
huhuhu..sendiri tanggung ye wahai mereka2 itu..

lagi sedih, ni haaa PDRM n FRU ni..
terpaksa jugak main hujan..terpacak jer berdiri tengah hujan..
hehehe..apa boleh buat bang polis..
berkhidmat untuk kerajaan..eh, silap plak..untuk negara..

kasihan mereka itu....

Bersih 2.0 - Gambar Terkini

meh sini tengok gambar2 terkini Bersih 2.0 yg diambil pg tadi 
oleh Malaysiakini.. kredit pic to Malaysiakini

























Alhamdulillah Aku Selamat

assalamualaikom

morning Malaysia...akhirnya aku selamat sudah sampai ke ofis..hehe
selamat aku melepasi semua roadblock2 yg bersepah 
dijalan sepanjang Kuala Lumpur ni
jarak rumah ku ke ofis tak la jauh sangat, 14KM jer

sebbaik senang jer lepas..tidak ler ditahan lama2..
aku pun da standby abis ler kan..sbb dah diberi peringatan 
dan tips awal2 oleh pihak berkenaan..
pakai seragam Planetarium, gantung pas kerja..kiranya skema abis lah..hehe

jumpa sekatan, angkat pas..bgtau nk p kerja.. dah lepas.. alhamdulillah..

selamat bertugas ye pasukan beruniform.. tunggu la korang tongong macam patong dibawah sinaran panas dan jerebu tu..hehe..maaf ye

Friday, July 8, 2011

Terima Kasih Bos, Terima kasih Kerajaan, Terima kasih Bersih

assalamualaikom

aku dengan besar hatinya mengucapkan jutaan terima kasih pada bos aku. Terima kasih ini adalah kerana engkau tetap mahu tempat engkau dibuka juga esok hari walaupun tempat2 lain disekeliling mu telah mengishtiharkan tutup! engkau tetap mahu pejabat beroperasi seperti biasa esok.

bagaimanakah harus ku tempoh esok hari wahai bos?
nak kena menghadap anjing2 kurap eh..silap plak..nk kena menghadap polis2 yang buat sekatan jalan yang berapa banyak entah..walaupun jarak rumah ke tempat kerja hanya 14KM, tetapi aku kena menghadap 4 sekatan polis.. 4 sekatan wahai bos.. seksanya dan semaknya..

dek kerana BERSIH 2.0 la ni.. ditambah pulak perangai KERAJAAN yg takut nya giler babi punya takot apa pon aku xtau kt Bersih ni sampai semua..aku ulang SEMUA jalan masuk KL tutup..termasuk kemudahan awam skali ye.. LRT, BAS, BAS EKSPRESS... semua tidak beroperasi esok..

nak tau jalan yang ditutup: rujuk SINI

PERKASA plak nak bersiar-siar di Tasik Titiwangsa esok.. rujuk SINI

Kuala Lumpur gonna be a dead town tomorrow.. rujuk SINI

sekian ayat agak skema dariku ini..oh aku kecewa dengan bos,bersih dan juga kau kerajaan yg takot...

Perkasa Bersiar-siar di Tasik Titiwangsa

Perkasa sebelum ini bercadang untuk mengadakan perhimpunan
di Stadium Titiwangsa pada esok hari 9 Julai 2011.

Dek kerna tidak dapat permit untuk berkumpul di Stadium Titiwangsa
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan 15000 ahli Perkasa
'bersiar-siar' di Tasik Titiwangsa.

Macam mana nak bersiar-siar Datuk Ibrahim kalau dah nak masuk
Kuala Lumpur pun tidak boleh esok?

Presiden Perkasa - Datuk Ibrahim Ali

Kuala Lumpur Mati Esok

assalamualaikom

baru selesai solat jumaat..macam2 aku dengar kt masjid tadi..
semuanya tentang esok..Bersih 2.0,  9 Julai 2011, Sabtu

"Kuala Lumpur gonna be a dead town tomorrow"
"kaya lah peniaga kt Kuala Lumpur esok"
"ramai la penumpang teksi kt Kuala Lumpur esok"
"mesti ramai pelancong asing kt Kuala Lumpur esok"
"pelangcong asing mesti pelik nape xde orang kt KL esok"

eeiiii..banyak lagi lah yg sampai kt telinga aku ni..
apa sudah jadi ngan Malaysia ini..

dek kerna Bersih 2.0 esok, habis semua disekat
LRT, bas, bas express, semua tak beroperasi
Hentian bas Pekeliling ditukar sementara ke Hentian Duta
Hentian Puduraya ditukar sementara ke TBS

pergh..memang betol 'dead town' la Kuala Lumpur esok

Bersih 2.0 - Jalan Yang Ditutup

assalamualaikom

esok, hari Sabtu 9 Julai 2011 adalah tarikh yang
aku pun tidak tahu apa sangat lah keramatnya
sampai semua jalan masuk ke Kuala Lumpur di TUTUP.

antara jalan yang ditutup ialah :

  • Lebuh Ampang
  • KLCC
  • Bank Negara
  • Dataran Merdeka
  • Sogo
  • Chow Kit
  • Menara Sultan Ismail
  • Masjid Negara
  • Jalan Raja Chulan
  • Jalan Ipoh
  • Sentul
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman
  • Jalan p.Ramlee
  • Jalan Bandar
  • Subang Jaya (Near Segi)
  • Sunway Pyramid
  • Subang Parade
  • Lebuhraya Persekutuan
  • LDP
  • Seremban Highway

semua jalan masuk ke Kuala Lumpur ditutup esok 9 Julai 2011
jadi pada rakyat Malaysia, esok duduk rumah je la ye..

pada peniaga dan pemandu teksi
apa macam? boleh jalan ke perniagaan kalau
xde orang masuk kL esok?

hehehehe..kaaaassiiiiihaaannnn...
ditelan mati mak, diluah mati bapak
ada bersih dia kata rugi..xda bersih pun dia tetap rugi..
apa pon tak boleh!

jom jalan kaki p Stadium Merdeka, parking kat
Rawang sebab kL tak boleh masuk..hehe

Thursday, July 7, 2011

Keputusan Muktamad Bersih 2.0

assalamualaikom (^^,)

Keputusan Bersih 2.0 kini muktamad.
Himpunan Bersih 2.0 akan dilangsungkan di Stadium Merdeka.
9 Julai 2011 jam 2.00petang.

jadi xperlulah warga2 kota risau lagi..
xder la ganngguan pada warga kota..
peniaga dan pemandu teksi boleh la jalankan kerja seperti biasa..

Bersih 2.0 berhimpun di Stadium Merdeka

Wednesday, July 6, 2011

Bersih 2.0-Ready to War

assalamualaikom

rentetan dari post aku malam tadi - Klik Sini -
dah macam nk gi berperang plak Bersih 2.0 ni..
tapi macam aku ckp mlm tadi la kn..
logik ke jumpa senjata macam2 tapi tiada tangkapan
walaupun kelibat individu yg sembunyikan senjata tersebut
ada orang nampak..

adakah ini propaganda atau realiti?
aku pun xtahuuuuu..(nyanyi lagu awie) hehe

kredit pic to KOSMO