Showing posts with label bulan ramadhan. Show all posts
Showing posts with label bulan ramadhan. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

Iftar di rumah nenek...


Haritu kami sekeluarga, ramai-ramai berkumpul untuk berbuka puasa di rumah nenek. Seronok berkumpul sanak saudara ramai-ramai ni, dah serupa nak raya dah haaaa.. hehe. Selain mengeratkan silatulrahim sesama saudara, keseronokan untuk nenek juga sebenarnya. Orang tua ni dia tak pandang dah kelain, moment itu sebenarnya yang beharga buat dia.

Semua anak-anak nenek ada malam tu, dari Paklong sampai Paksu. Pelbagai juadah yang terhidang, macam-macam nenek aku ni masak, and the best part is masakan nenek memang toooorrrrbaik wok!!! marvelous!!!




Lagi satu meja makanan lupa nak snap plak.. haaaaaa, makan sampai lebam! hehe. Tapi takde lah sambai berlebihan. Ini banyak sebab orangnya pun banyak. (^_^)


Thursday, July 25, 2013

Iftar di Orchid Bistro


Semalam berbuka di luar, isteri tak berapa sihat.. jadi tak mau lah bebankan dia sangat kan.. (suami mithali la konon,hehehehehe) berbuka di Orchid Bistro, di AEON Big Wangsa Maju.

Menu berbuka haritu , aku layan western (^_^) , sekali sekala ubah selere ye idak? sedap! terbaik!

apekenama mix ape ntah. lupe..hehe..yg penting lampnya sedap bangat




Tuesday, July 23, 2013

Realiti, Aduh! Terasa Hati...



Angah jumpa kartun ni di Facebook. Terasa hati dengan kartun ni. hehehe. Takpe, muhasabah diri. Sedar atau tidak, kita selalu macam ni kan? kalau bab lain, berjam-jam pun tiada masalah. Tapi kalau bab ilmu, agama, solat, mengaji quran dan seangkatannya, sejam pun rasa lama sangat dah. Orang lain Angah taktau la kan, tapi diri sendiri ni, kadang-kadang pun macam tu juga.hehe

Lepak di warung sampai 2-3 jam, tiada masalah, tak rasa lama tau letih pun, tapi kalau dalam majlis ilmu 2-3 jam tu amatlah lama dan rasa panjangnya masa. ish..ish..ish..

Subhanallah, Ya Allah,Kau tetapkanlah iman didadaku, kekalkanlah imanku Ya Allah...



Sunday, July 21, 2013

Berbuka Puasa Bersama Ex-SKLM

Alhamdulillah, semalam 20.07.13 bersamaan 11 Ramadhan 1434 sekali lagi Angah dapat berkumpul bersama sahabat-sahabat sekolah rendah dulu. Moga ukhwah yang dah 20 tahun lebih ini berterusan hingga akhir hayat, In Sha Allah. Tahun lepas semua datang lenggang jer, tahun ni alhamdulillah dah bertambah ahli baru, ada yg datang bersama anak, termasuk lah Angah..hehe

Tahun ini kami berbuka di D'Hajar Cafe, Shah Alam. Dekat dengan Stadium Shah Alam je. Tak la susah nak cari jalan ke sana. Hidangan makanan disediakan dalam bentuk buffet. Harganya pun sangat berpatutan. Hanya RM29.99 jer, RM30 la senang citer.. RM29.99 tu harga psykologi je sebenarnya.. hehe. Pandai D'Hajar Cafe.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. (^_^)
 















Saturday, July 20, 2013

Apa Aktiviti Ramadhan Anda?



Sumber : Facebook


Angah jumpa gambar di Facebook, suka dengan jadualnya. Berangan dan cadang nak la juga istiqamah (berterusan) macam tu, tapi baru dua,tiga hari je dapat follow macam jadual atas ni...huh

Masih jauh diriku ini ya Allah, Ya Allah berilah aku petunjuk dan taufiq Mu ya Allah. Tetapkanlah iman didadaku, permudahkanlah urusan dunia dan akhiratku.. Amin.




Wednesday, July 25, 2012

Juadah Berbuka Ramadhan ke 4

uuuiiiii...dah dua minggu dah tak update blog..huhu
masih belum terlambat nak ucapkan selamat menjalani ibadah di bulan puasa...
marhaban ya ramadhan 1433H..moga ramadhan tahun ini dipenuhi amal ibadah..amin!

kejap jer dah masuk 5 ramadhan dah...
menu berbuka semalam, ramadhan ke 4, mee kari dan kuih muih..
isteri buat lebih sikit sebab berbuka bersama keluarga mertua dan 3 orang sahabat

tengok makanan nampak berlambak je..hehe