Baru-baru ini aku berkesempatan sertai program Hari Keluarga KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort. Teruja sangat sebenarnya tunggu program hari keluarga ni. Akhirnya,alhamdulillah program yang di tunggu-tunggu berlangsung dengan jayanya. Happening giler beb sepanjang 3 hari 2 malam di sini!
Aku bertolak ke Legend Cherating Beach Resort agak lewat sedikit kerana ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Kecewa sikit sebenarnya bila perancangan untuk bertolak awal terpaksa ditunda, tapi apakan daya kerja perlu diselesaikan.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Legend Cherating Beach Resort mengambil masa 3 jam 30 minit. Alhamdulillah perjalan lancar. Dari rumah pukul 7.00petang , sampai Cherating pukul 10.30 malam.
Sampai di Legend Cherating Beach Resort, terus aku ke lobi untuk urusan 'check-in'. Selesai urusan di lobi, terus gerak ke bilik. Nampak tak sabarnya tu kan? hahaha. Nah gambar bilik yang aku dapat. Super selesa beb! Cantik dan selesa sangat. Dua katil queen,sesuai sangat dengan aku sekeluarga. Selesa!
Pelbagai aktiviti yang kami lakukan sepanjang 3 hari 2 malam di Legend Cherating Beach Resort ni. Tidak masa yang kosong tanpa aktiviti. Walaupun begitu, takde hal beb, memang berbaloi-baloi!
Hari Pertama. First program start lepas maghrib,iaitu melihat kelip-kelip. Aku terlepas aktiviti sebab lewat sampai. Frustnyer lah tak dapat join. So, aku tunggu je diorang selesai aktiviti di lobi untuk sesi seterusnya iaitu sesi suai kenal blogger baru, sedikit taklimat tentang aktiviti sepanjang kami disini dan taklimat perkenalkan Legend Cherating Beach Resort.
Hari Pertama. First program start lepas maghrib,iaitu melihat kelip-kelip. Aku terlepas aktiviti sebab lewat sampai. Frustnyer lah tak dapat join. So, aku tunggu je diorang selesai aktiviti di lobi untuk sesi seterusnya iaitu sesi suai kenal blogger baru, sedikit taklimat tentang aktiviti sepanjang kami disini dan taklimat perkenalkan Legend Cherating Beach Resort.
![]() |
-Firefly tour <-- aku terlepas aktiviti ni sebab sampai lewat. Kecewanya..huhu
|
![]() |
Sukaneka |
![]() |
Scuba by Muck Dive Scuba Kuantan. |
Maklumat lanjut Muck Dive Scuba :
Tel : 013-286 1620
Facebook : @muckdive
Email : muckdive@jomdive.com.my
![]() |
Melawat salah satu tempat proses keropok lekor |
![]() |
Melawat 'Turtle Sanctuary' |
![]() |
Mangrove Tour , menikmati keindahan paya bakau |
Sebelum ni pernah tengok di tv je, nampak macam bosan aktiviti ni. Nyata jangkaan aku meleset. Terpesona aku dengan salah satu ciptaan Sang Pencipta.
Maklumat lanjut : hafizcheratingactivities.blogspot.com
![]() |
Melepaskan anak penyu ke laut. |
![]() |
Makan malam di Pirates |
![]() |
|
|
![]() |
Sea rafting |
![]() |
Sea rafting |
Amacam? Padu tak aktiviti bila stay di Legend Cherating Beach Resort ni? Awesome kan?
So, terima kasih tidak terhingga pada semua penaja yang menjayakan Familyday KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort.
Jutaan terima kasih pada penaja :
- The Legend Cherating Beach Resort
www.legendresort.com.my
- Hafiz's Cherating Activities
hafizcheratingactivities.blogspot.com
- Muck Dive Scuba
FB : @muckdive
IG : www.instagram.com/hazrineshark
- Cosmoderm
www.cosmoderm.com.my
- Zing Plus Detergent
Tel : 012 235 0657