Showing posts with label cukai prabayar. Show all posts
Showing posts with label cukai prabayar. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Cukai 6% Beli Topup

assalamualaikom w.b.t

kepada pengguna-penggula bersedialah untuk tanggung cukai 6% bila beli tambah nilai prabayar.
Cukai 6% akan berkuat kuasa pada 15 September ini.

petikan dari Metro

MULAI 15 September ini, pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus.
Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu dan pelanggan boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam berkata, dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.

“Cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan dan cukai ini bukan baru kerana syarikat telekomunikasi menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak diperkenalkan pada 1998,” katanya.
+kredit petikan to METRO

bayang berapa ramai rakyat topup sehari?
andaikan 100,000 orang topup RM10 sehari
RM10 x 6% = RM0.60
100,000 x RM0.60 = RM60,000
RM60,000 x 30hari =  RM1,800,000.00

pergh...sebulan RM 1,800,000.00

tahniah pada kerajaan pemerintah sekarang kerana dapat jana pendapatan dengan cemerlang sekali..
yaaa..Malaysia boleh! terbaik! tabik spring 18x!!

bertambah lagi lah bebanan pada rakyat Malaysia