Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Lelaki vs Wanita


Sejak dulu lagi, ramai orang mempertikaikan tentang lelaki dan wanita. Lelaki nak jadi perempuan, perempuan pula nak setaraf dengan lelaki dan bermacam-macam isu lagi. Pelik juga untuk difikirkan mengenai hal sebegini, tapi itulah realiti yang terjadi.

Yang dinamakan lelaki...

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Yang dinamakan wanita...

1 Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3 Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7 Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8 Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika tersilap).

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH, sayangnya ALLAH pada wanita'kan?






Thursday, January 17, 2013

Kelaku Seorang Boss...

kalau loghat/dialek Kedah, kelaku ialah perangai,perbuatan,perilaku. Apa yang Angah nak kongsi ini tiada kaitan pun dengan Angah tapi terjadi pada rakan setugas. Dah 3,4 kali dah menjadi mangsa dengan kelaku Pengarah di tempat kerja dia..

Alkisahnya, rakan Angah ni berjawatan sebagai pemandu. Jadi biasalah kalau bos (pengarah) nak kemana-mana, kenalah bawa..nama pun pemandu kan..

# Bos ni duduk di Bangi, pejabatnya di Kuala Lumpur, pagi tadi bos ada meeting di Putrajaya.

Yang Angah jadi panas hati bila dengar pasal kelaku bos ni... boleh pulak dia suruh pemandu yang dari pejabat KL ke Putrajaya (tempat meeting) semata-mata untuk cari parking kereta untuk dia park nanti. Lepas dia parking kereta, pemandu tu boleh balik semula ke KL.

eloknyalah perangai bos itu..huh! padahal boleh ja dia pegi cari parking sendiri, ini dia nak pemandu datang Putrajaya carikan parking untuk dia.. kamu memang BOS lah..

itu ok lagi sikit la..dari lagi satu kelaku yang memang tak masuk akal bagi Angah.. situasi sama,bos ada meeting di Putrajaya, bos parking kereta di Masjid Putra, dia suruh driver (dari KL) datang ambil di situ dan hantar ke tempat meeting, tunggu hingga meeting selesai then hantar bos ke parking kereta (Masjid Putra) semula, then boleh balik pejabat.

boleh macam tu? bagi Angah tak patut sangat lah.... apanya kelakulah kamu wahai pengarah~ 

oh lupa, pengarah ini seorang wanita~

aku bos! kau kena ikut apa aku cakap!!!

Sunday, January 13, 2013

Gambar Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Selesai sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat, HKR112.
alhamdulillah semuanya lancar tanpa rusuhan dan kekacauan.
Tahniah dan jutaan terima kasih pada pihak PDRM atas kerjasama yang diberikan
perghhh..macam aku plak yang join..hehe

sebenarnya aku tak amik pot sangat pun, tp bila HKR112 ni lancar tanpa rusuhan
aku yang dah jadi warga KL ni turut gembira, tiada sekatan jalan yang 'teruk'
yang penting aku pi kerja semalam ok jer. takde kena tahan bagai...

boleh pun kan aman dan lancar? sebab ape aman?
sebab PDRM tolong,bagi kerjasamana..bukan macam Bersih yang lepas..
berperang dengan PDRM...Tahniah sekali lagi pada PDRM

HKR112. Berita TV kata 45000 je... hmmm auta lagi.. ni lebih 45k
Sinar Harian
relax ja duduk atas lantai. Sumber -FB No Comment Page 
 Gotolong royong. Sumber -FB No Comment Page 
Tahniah pada PDRM. Sumber -FB No Comment Page
Lagi gambar lawat FB No Comment Page

Solat jemaah di Masjid Negara. Sumber - FB HarakahDaily 
Solat jemaah di Masjid Negara. Sumber - FB HarakahDaily
Pasukan Unit Amal - Taklimat. Sumber - FB HarakahDaily 
Sumber - FB HarakahDaily

Unit Amal. Sumber - FB HarakahDaily 
Sumber - FB HarakahDaily

Lagi gambar lawat FB  #HKR112
Lagi gambar lawat  FB HarakahDaily
Lagi gambar lawat FB  PolisDirajaMalaysia
Lagi gambar lawat FB  Pemuda Padang Terap
Lagi gambar lawat FB  JkkFanClub
Lagi gambar lawat FB  KBBUTV3

# aku tengok di FB ramai jugak yang membodohkan rakyat yang join HKR112, tak kurang jugak yang maki hamun, tetapi aku terfikir kena rakyat bangkit sedemikian rupa? Lu Fikir la sendiri~ (^_^)

# Tabik spring pada PDRM!!! 

Thursday, October 18, 2012

Aniaya Bapa Sendiri Demi Kekasih Hati

Subhanallah...apa nak jadi dengan remaja ini. Sanggup menganiaya bapa kandung sendiri hanya kerana hendak dilarang keluar dengan kekash hati. Sanggup pergi buat laporan polis palsu mengatakan si bapa telah merogol dia... dunia akhir zaman..

Apa punca semua ni berlaku? kenapa benda ni berlaku? salah siapa? sama-sama kite muhasabah diri...

sumber : FB Polis DiRaja Malaysia



Wednesday, June 27, 2012

Biarlah Ia Berlalu...

Apa yang berlalu, biarlah ia berlalu... Apa yang telah pergi, biarlah ia binasa...
Jangan difikirkan apa yang telah berlalu, kerna ia telah pergi dan lenyap...

orang selalu kata usah dikenang perkara yang lepas, jadikan hari ini lebih baik dari semalam, aku sokong ayat2 diatas.. sebabnya kalau disimpan ia akan menyebabkan hari jadi sakit.. penyakit hati mengundang banyak perkara yang tidak elok seperti dendam, iri hati, dengki, jarakkan hubungan silaturahim dan sebagainya... jadi eloklah dibuang jauh2 perkara yang tidak elok, lupakan saja dan terus langkah kedepan. ia juga kadang2 menjadi penghalang untuk kita terus melangkah kedepan, asyik dok kenang benda yg lepas,kita jadi 'down'... jadi, biarkan ia berlalu...

TETAPI...

kadang2 kita perlu gak ambil tahu benda yg lepas ni.. sebab? sebabnya untuk dijadikan pengajaran... untuk dijadikan iktibar... ambil pengajaran je tau..bukan dikenang-kenang.. perkara yg lepas perlu dilepaskn untuk melapangkan hati, sebab perlu di kenang adalah untuk ambil iktibar.. mana satu ni? last2 pening macam tu ja... kejap ambil, kejap buang..hehehe

senang citer, benda yg lepas ni jangan disimpan dalam hati, biarkn ia pergi..barulah kita akan berasa lapang hati dan ketenangan, baru lah kita rasa lancar untuk meneruskan kehidupan.. lepaskan perkara yg lalu tapi ambil pengajaran atas apa yang telah berlaku agar ia tidak berulang dan make sure hari ini dan esok akan lebih baik.. 

kata aku ja ni...untuk aku..salah kata aku harap sudi perbetulkn (^^,)


Thursday, May 17, 2012

Gambar | Burung 'The Royal Flycatchers'


comel kan burung ni? 'The Royal Flycatchers' namanya..
nama dalam bahasa melayu? aku pun tak tahu..hehe
kawan aku yg email tadi...aku pun share la ngan semua..
mari memuji ciptaan Tuhan (^^,)

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru


kepada semua guru di dunia,aku ucapkan SELAMAT HARI GURU
terutama kepada ayahandaku Cikgu Jamal
terima lah nyanyianku dr Shoutul Amal bertajuk guruku...

guruku...
kau penguluh hidupku
menerangi alam ini
kau ku anggapkan sebagai ibubapaku

wahai guruku
kau ibarat sebatang lilin
menerangi alam kegelapan
kau sanggup membakar dirimu 

wahai guruku
kau insan yang yang mulia
mendidik dan membimbing daku
kaulah insan yang ku sanjungi...

guruku...
segala baktimu akan ku balas dengan kejayaanku
akan ku buktikan kepadamu
wahai guruku...

Wednesday, April 25, 2012

Majlis Walimatul Urus DeQno & Ekin di Pekan,Pahang

hari Sabtu lepas, aku dan isteriku bersama anak angkatku ke Pekan, Pahang
menghadiri masjlis perkahwinan sahabatku Matnor dan isterinya Ekin
majlis sebelah perempuan di Mersing aku tak dapat hadir sebab kerja..
lepas kerja, Sabtu petang baru aku bertolak ke Pekan...
Majlis sebelah lelaki esoknya, hari Ahad.. dapat la aku rehat sekejap, round2 Pekan

alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna..
tahniah dari aku, Mr.iZzo dan isteriku Fasha...
moga berkekalan ke ahir hayat sampai syurga (^^,)
barakallah hulakuma












Cara Rasulullah Jaga Kesihatan | Petua Imam Syafie



Petua Imam Syafie


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata 1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Doa.
Zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Tuesday, April 24, 2012

Gambar | Mighty Morphin Power Rangers

kalau tak silap aku, Mighty Morphin Power Rangers adalah
Power Rangers yg pertama kat tv kan? betulkn aku kalau aku silap..
masa tu sekitar tahun 1994 or 1995 kot..ye ke? hehehe
aku dah ingat2 lupa dah...

tadi terjumpa kt blog,gambar terbaru Power Rangers ni....
da tua2 dah diorg ni..hehehe
teringat zaman kanak2 dulu...
macam2 power rangers adaaaaaa




Gambar | Air Sungai Verzasca Yang Sangat Jernih

Sungai Verzasca terletak di Switzerland.
Air sungai Verzasca ni sangat lah jernih.
Indah sungguh ciptaan Allah...
jom tengok! (^^,)

You can even see the bridge across the valley from the depth of 33 ft. (10 m.)









Monday, April 23, 2012

Gambar | Cara Tonton Titanic 3D di London

meh tengok cara orang London tonton Titanic 3D
kreatif dan unik..teruja plak aku nengoknyer..hehe






Saturday, April 21, 2012

Muhasabah Diri | Kelebihan Berselawat

sebelum tidur, sambil dok tunggu mata tu terlelap,
rasanya elok sangatlah kita berselawat~ (^^,)


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِه مُحَمَّدٍ


klik gambar untuk lihat lebih jelas

Toyol Dara Pecah Rumah



SUBANG JAYA: Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit.
Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin. 
Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu.

“Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit,” katanya.

Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit.


Sumber : myMetro

sayang, umur masih muda, kemahiran ada, kelebihan Allah bagi tapi salah guna. bakat yang ada di sia-siakan dengan gejala tidak sihat.

harap adik insaf lah ye pasni~tak mau la buat kerja-kerja macam tu ei.. tumpukan pada pelajaran..kesian mak ayah adik~