Showing posts with label gerhana bulan penumbra. Show all posts
Showing posts with label gerhana bulan penumbra. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Program Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra dan planet Musytari (Jupiter)


Bersempena dengan fenomena Gerhana Bulan Penumbra (Penumbra Lunar Eclipse) Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan berbesar hati menjemput YBhg Datuk/Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan dan keluarga untuk bersama-sama menyertai program di atas. Untuk makluman, selain daripada menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra, orang ramai juga akan berpeluang untuk mencerap planet Musytari (Jupiter), menyertai pertandingan TRIVIA, mendengar penerangan berkenaan gerhana dan sebagainya.

Maklumat berkenaan program pencerapan tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh                 : 28 November, 2012 (Rabu)   
Masa                   : 9:00 malam hingga 11:00 malam
Penyertaan         : PERCUMA
Tempat                : Planetarium Negara,  Kuala Lumpur
Kordinat GPS     : 3°8'22"N 101°41'20"E