Showing posts with label han rainforest resort. Show all posts
Showing posts with label han rainforest resort. Show all posts

Thursday, March 31, 2016

Kembara Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Negara : Han Rainforest Resort

Taman Negara satu destinasi perlancongan menarik yang aku nak sangat pergi. Februari lepas, Kelab Blogger Ben Ashaari telah buat satu trip selama 3 hari ke Taman Negara. Apa lagi, terus join! hehe


Kembara Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Negara ini ditaja oleh Han Rainforest Resort. Kalau korang hendak tahu, Han Rainforest Resort ini merupakan resort yang terbaik di Taman Negara. Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak resort. Nanti aku cerita pasal aktiviti. Awesome gileeerrrrr! 

Oh ya, kembara ini disertai oleh 35 orang blogger. Kembara kami bermula di Matic, Kuala Lumpur.

Kami bertolak ke Han Rainforest Resort lebih kurang pukul 9.30 malam dengan bas yang disediakan oleh pihak resort. Riuh rendah dalam bas dengan sesi ramah mesra 35 orang blogger. Mana tidaknya, ada yang barupertama kali jumpa dan masing-masing seronok berborak berkenalan. 


Alhamdulillah kami sampai di Han Rainforest Resort lebih kurang pukul 1.00 pagi. Lepas turunkan semua barang dari bas, kami terus di beri kunci bilik dan pasangan bilik masing-masing. Selesai semua dapat kunci bilik, apa lagi mau tunggu? Jom tido laaa.. rehat cukup-cukup untuk aktiviti esok.

Bilik di sini kemas, cantik dan amat selesa. Ada 2 katil dalam bilik ni, 1 saiz single dan 1 saiz queen. Aku ambil katil single je, bg partner aku, Abang Korie 'berkubang' atas katil queen. hehe


Bilik air baik dan bersih. Tekanan air pun kuat. Memang terbaik. Aku paling tidak suka kalau bilik air, airnya keluar macam hidup segan mati tidak mahu. Geram woooo.. 

Koridor

Ruang makan yang luas dan selesa.

Mini market. Kalau korang terlupa barang asas seperti berus gigi, slipper, tuala
boleh la beli kat sini. Macam-macam ada.

Terima kasih Han Rainforest Resort atas trip kembara yang sangat hebat ini. Semua aktiviti sangat-sangat seronok. Nanti aku cerita aktiviti-aktiviti yang Han Rainforest Resort ada. Superb awesome!!!

Thanks again Han Rainforest Resort. Highly recommended korang kena datang sini. Kalau korang berminat hendak tahu lebih lanjut tentang resort terbaik di Taman Negara ini dan aktiviti-aktiviti yang disediakan, boleh dapatkan maklumat lanjut di bawah ni.

Facebook  : Han Rainforest Resort
No. Tel  : 09-2667888