Showing posts with label hari jumaat. Show all posts
Showing posts with label hari jumaat. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Amalan-amalan Hari Jumaat


Salam Hari Jumaat...Apa khabar hari ini? Agak lama dah aku tak update blog ni.
Apapun moga semua ceria dan sihat hendaknya...Insyallah... (^_^)

Hari Jumaat yang penuh barakah ini aku nak kongsi sikit info.. moga jadi amalan kita bersama
 
Berikut saya kongsikan Amalan-Amalan 
yang Disyari'atkan pada Hari Jumaat 
iaitu :
 
1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh.
 
2. Memperbanyakkan selawat
 
3. Membaca surat Al Kahfi
 
4. Memperbanyak do'a (Abu Daud)
 
5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)
 
 
Renung-renungkan & Selamat beramal.. (^_^)


Sumber : Google Image
sumber : Google Image

Friday, December 14, 2012

Sentiasa Muda Untuk Berbuat Dosa

Assalamualaikum w.b.t , salam jumaat penghulu segala hari... # kelebihan hari jummat

Harap tajuk di atas menyedarkan diri aku sendiri dan semua sahabat yang terumbang ambing di dunia fatamorgana ini. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah merasa tua untuk kembali ke jalan yang benar atau bertaubat.

mengapa begitu? sebabnya orang yang memandang kebesaran dunia akan merasa kecilnya akhirat. Padahalnya kita lupa, lalai, leka dengan hal-hal dunia. Kita lupa yang Akhirat jauh lebih baik dan lebih kekal. Kita perlu memandang/ambil berat perihal akhirat. Orang yang memandang kebesaran akhirat akan merasa kecilnya apa yang ada di dunia .

marilah sama-sama kita muhasabah diri, perbaiki diri (^_^)






Friday, October 19, 2012

Harapan dan Angan-Angan

"Harapan harus disertai dengan amal. Kalau tidak,
itu hanyalah lamunan,angan-angan"

Harapan dan angan-angan adalah dua perkara yang sama tetapi datang dari saluran yang berlainan, juga meniggalkan kesan yang berbeza.

Harapan menberi daya hidup, memberi semangat bagi seseorang dengan keinginan positif untuk beramal ibadah atau melakukan apapun.

Angan-angan adalah sifat negetif, dimana palakunya (kita) mempunyai keinginan yang besar tapi tidak melakukan apapun.Itu jadinya mimpi disiang hari, lamunan saja.

Jadi, dari dok berangan kosong jer, buang masa, labih baik lakukan sesuatu. Sentiasalah bersangka baik pada Allah. Angan-angan ni kadang-kadang elok juga untuk bagi semangat diri tapi kena sertakan perbuatan lah. Kalau angan jer lebih tidak ada tindakan langsung, memang sia-sia saja.

jadi, marilah sama-sama kita buat DUIT.. duit? 
D - Doa
U - Usaha
I  - Ikhtiar
T - Tawakkal

(^^,) jom taruh harapan, buat DUIT, tinggalkan angan-angan kosong.. jadikan angan-angan berisi..


say NO to angan-angan kosong


sumber rujukan : Kitab Al-Hikam, Syaikh Ibn 'Atha 'Illah as-Sakandari
sumber gambar : Google Image


Tanda Hati Yang Mati

Renungan bersama di hari Jumaat (^^,)

"Di antara tanda matinya hati adalah tidak adanya perasaan sedih bila terlewat kesempatan beramal dan tidak adanya penyesalan atas bermacam pelanggaran yang telah engkau lakukan"

Allah s.w.t pernah bersumpah 'demi masa' (lihat surah al-Ashr,1-3), dimana sebahagian besar manusia berada dalam kerugian. Siapa yang rugi tu? Ia adalah orang yang hatinya telah mati dam dia tidak memiliki perasaan sedih atau menyesal atas kelalaiannya di masa lalu, yang ia lalui tanpa amal.

Kadang-kadang kita lalai, selalu melakukan kemungkaran dimuka bumi ini.. dah tu, bangga pulak. Langsung tidak rasa bersalah atau menyesal. Pegi pulak cerita kat orang yang kita buat kemungkaran. Astaghfirullah....

Ya Allah, peliharalah hatiku, janganlah Kau gelapkan,matikan hatiku.. berilah aku petunjuk dan hidayah mu Ya Allah.. jadikanlah aku orang yang sentiasa dalam rahmat dan redhaMu~ amin.





Thursday, October 6, 2011

Sapa Sanggup Mati Kerana Allah?


Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas..
Selain terhibur anda fikirkanlah …
“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam ,
hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”


by : Jkkk Fan Club

Friday, April 22, 2011

Kelebihan Hari Jumaat

saLam semua (^_^)
selamat pagi dan seLamat hari jumaat..
moga hari ini dipermudahkan segala urusan kita..
baik urusan dunia mahupun urusan akhirat..
amin!

Mr iZzo share sikit tentang kelebihan hari Jumaat ni..
Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu  penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”


antara hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari jumaat:
  • Adam dicipta dan hari Adam dikeluarkan dari syurga
  • Hari kiamat akan berlaku
  • Orang yang meninggal pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • abda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.


Friday, April 8, 2011

Hari Jumaat

Mr Ej  -  Mr iZzo
hari jumaat, penghulu segala hari.. saja nk ucap selamat hari jumaat pd semua (^_^)
jom buat renungan sikit..tambah ilmu~ 


“Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (al-Jumu’ah:9)



Hadis Nabi SAW


“Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian mengambil wudhu dengan sempurna untuk mensucikan diri, kemudian memakaiminyak rambut dan mengemaskan dirinya, kemudian menggunakan wangian pada pakaian yang dipakainya dan keluar datang ke masjid,tidak menyakitkan antara dua orang, tidak mengganggu ketenteraman orang lain dan kemudian ia bersembahyang dan terus bersembahyang dan terus bersembahyang seberapa banyak yang dia termampu kemudian ia diam ketika imam keluar dan ketika khatib membaca khutbah; Maka  orang yang buat seperti itu, Allah akan memberikan pengampunan kepadanya dari hari Jumaat ini kepadaJumaat yang akan datang. -” 
(Riwayat Imam Bukhari)
“Adalah Nabi SAW itu menegah kami daripada solat pada pertengahan waktu tengahari (maksudnya ketika matahari tegak berada di atas
kepala) kecuali pada hari Jumaat.”
(Riwayat Abi Dawud dari Sahabat Abu Qatadah ra)