Showing posts with label hikmah. Show all posts
Showing posts with label hikmah. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

Terima kasih...


Beberapa hari kebelakangan ini aku terasa sedikit down, tertekan dengan masalah yang menimpa diri ini (rujuk SINI). Kusut otak memikirkan apa salah aku ini sehingga 'mereka' melayan aku sedemikian rupa. Apa salah aku pada mereka, apa yang telah aku buat hingga mereka melayan aku begitu.. macam-macam lah benda mai dalam kepalahotak aku ni..

Aku silap sebenarnya, aku lupa akan apa yang dikatakan 'ujian' / 'hikmah'. Aku lupa untuk bermuhasabah diri sendiri, aku asyik memikirkan tentang mereka sahaja hingga aku lalai untuk buat apa yang sepatutnya aku buat. Muhasabah diri sendiri!

Ya, apabila ditimpa musibah atau ujian, janganlah kita terus lalai dengan musibah itu, sebaliknya bersyukurlah atas ujian itu kerana semuanya itu adalah aturan yang Maha Kuasa. Cari mana silap diri sendiri bukan mana silap mereka.

Terima kasih pada sahabat yang sedarkan aku dari terus terlalai dari mengingati DIA. 

Bila ada yang masih ambil berat, jaga tepi kain kita, tu tandanya mereka masih ambil berat dan sayang pada kita.. ye ke? hehehe..







Friday, March 2, 2012

Muhasabah Diri - Hikmah Bersujud

Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi.
Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan- kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk iaitu Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya. Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T. mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita. Menurut DR.MOHD OSMAN NASIR, hikmah sujud antara lain ialah: Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing) dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya
                               
Bernafas ketika sujud akan :
  • Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
  • Melegakan sakit hernia.
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs
  • Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
  • Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian PELVIS.
  • Memberi dorongan untuk mudah tidur .
  • Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
  • Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik
  • memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
  • Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari kanser buah dada.
  • Mengurangkan kegemukkan (obesity).
  • Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
  • Otak manusia (organ terpenting) menerimabanyak bekalan darah dan oksigen.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri dihadapan Pencipta,sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan. 

Monday, May 2, 2011

BEN ASHAARI CARI ENTRI BEST !


assalamualaikom semua (^_^)
Mr iZzo join lg segmen Ben Ashaari..
nk join? klik SiNi

entri pilihan Mr iZzo ialah 

kenapa pilih entri tu?
sebab entri itu mengingatkan Mr iZzo tentang pengalaman
baru dalam hidup Mr iZzo, banyak pengajaran yang Mr iZzo dapat dari perisitwa itu..
selain pengalaman duniawi, Mr iZzo jugak dapat muhasabah diri yang sangat-sangat lama..
banyak hidayah yang Allah beri pada masa itu..
banyak hikmahnya pada hidup Mr iZzo..

selain dapat memperingati diri, ia juga sedikit sebanyak memberi kesan pada pembaca..
sama-sama amik iktibar dari pengalaman Mr iZzo itu..
syukur AlhamduliLLAH

Thursday, December 30, 2010

disember ~

Salam semua..(^_^)

Dah bersawang blog mrizzo ni..lama xupdate..
Actully bulan ni mrizzo xbrape sihat.. start dr ujung september smpai la skrg, kesihatn mrizzo xokey..paling terok this month la.. asyik ulang alik klinik n hospital je..
Letih dah..fulus pn letih gak..hehehe.. dah berlambak ubat di rumah ni haa..
Tapi xokey lg pn..

Kekadang tu terasa sgt2 letih dgn semua ini..rasa sgt lost!
Tapi perasaan itu xbetol..salah sebenarnya.. mrizzo lupa,alpa,lalai…
Segalanya adalah dr DIA, semuanya hak DIA,
Sakit adalah nikmat..sakit salah satu nikmat dr DIA..xsemua org dapat rasa nikmat sakit ni..jadi syukurlah..alhamduLILLAH..ada hikmahnya~ ada asbabnya..

Mrizzo sedar, mrizzo seharusnya bersyukur..redha..harus berkata alhamduliLLah..
Bukan mengeluh dan mengaduh..(^_^)
- kita senyum saja -