Showing posts with label iftar. Show all posts
Showing posts with label iftar. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

Iftar di rumah nenek...


Haritu kami sekeluarga, ramai-ramai berkumpul untuk berbuka puasa di rumah nenek. Seronok berkumpul sanak saudara ramai-ramai ni, dah serupa nak raya dah haaaa.. hehe. Selain mengeratkan silatulrahim sesama saudara, keseronokan untuk nenek juga sebenarnya. Orang tua ni dia tak pandang dah kelain, moment itu sebenarnya yang beharga buat dia.

Semua anak-anak nenek ada malam tu, dari Paklong sampai Paksu. Pelbagai juadah yang terhidang, macam-macam nenek aku ni masak, and the best part is masakan nenek memang toooorrrrbaik wok!!! marvelous!!!




Lagi satu meja makanan lupa nak snap plak.. haaaaaa, makan sampai lebam! hehe. Tapi takde lah sambai berlebihan. Ini banyak sebab orangnya pun banyak. (^_^)


Wednesday, July 16, 2014

Iftar bersama ex-SKLM Lembah Klang


Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi kami dapat berkumpul berbuka puasa bersama. Cumanya ramai yang tidak dapat hadir kali ini, hanya segelintir sahaja. Apa pun tetap meriah juga. 

Berkumpul untuk iftar adalah aktiviti tahunan geng ex-SKLM. Masa ni lah dapat berkumpul, kukuhkan ukhwahfillah, berkongsi pengalaman hidup masing-masing. 

Kalau dulu datang membawa diri, kali ni ramai dah yang datang bawa 'handbag'. hehe. Bawa isteri/suami dan anak lah. (^_^) 

Destinasi iftar tahun ini di Red Card, Bandar Baru Bangi. Buffet yang disediakan di Red Card lebih berkonsepkan western. Cabonaranya terbaik! 4 kali aku ulang ambil. hehe. Tapi menunya agak sedikit dan tidak berbaloi dengan harganya iaitu RM40. Maaf ye Red Card, jujur ni... Makanan sedap dah tapi menunya jika dilebihkan, amatlah berbaloi. (^_^)

Iftar ex-SKLM yang lepas..








Saturday, July 5, 2014

Berbuka di RSMY House of Real Beriani


Semalam berbuka di RSMY House of Real Beriani. Isteri aku dah dua tiga hari dok sebut roti nan Cheese RSMY. Mengidam kot. Eh! hehe (kot ye alhamdulillah). Kami pergi RSMY House of Real Beriani di Danau Kota,Setapak. Lokasinya Belakang Hospital Colombia Setapak. Sebelah NZ Curry House.

Harga amat berpatutan, tempat selesa, servis pun cepat dan best part is pekerja dengan majikan sangat rapat. Aku suka tengok. Jarang tengok sebenarnya majikan begitu. Very friendly!

Roti Nan Cheese - ini biasa je, ada yg extra cheese tu perggghhhhh! terbaik!

Beriani kambing - gua bg 5 bintang! daging kambing dia lembut dan
tidak berbau langsung
Beriani ayam




Friday, August 2, 2013

Iftar di Restoran Cerana


Alhamdulillah masih diberi kesempatan bertemu sahabat-sahabat rumah bujang dulu. Tahun ni kami berkumpul dan iftar di Restoran Cerana, Batu 6 Cheras. Moga ukhwah ini berterusan sampai syurga, In Sha Allah (^_^). Terima kasih sahabatku Ahmad Ali, Shukri & bakal bini (ujung tahun kot,hehe), Hafiz & Dibah dan Fairuz.












Iftar di JW Marriott Hotel


Sekitar Majlis Iftar di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur. Angah dapat jemputan dari sahabat Ahmad Ali. Thanks a lot bro~ (^_^)









Zayyan dok geram nk pi kolam..hehe
peeewit!!