Showing posts with label kata hikmah. Show all posts
Showing posts with label kata hikmah. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Belajar berkongsi


Kalau kita suka sesuatu kebaikan itu berlaku pada orang lain juga, kita sebenarnya telah mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t

Contoh paling senang ilmu. Kalau kita dapat sesuatu ilmu kemudian dikongsikan pada yang lain, betapa besar rahmatnya. Lagi banyak kita kongsi lagi besar ganjarannya. Selain orang lain dapat faedah darinya, kita juga menguatkan diri sendiri juga.

Jadi, janganlah kedekut ilmu ye, pesanan untuk diri sendiri juga kongsi untuk rakan-rakan semua.

Ingat, Allah murka tau pada mereka yang bersifat kedekut ilmu ini. 

"Iaitu orang-orang yang bakhil dan menguruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnianya, dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat hina,"

Kadang-kadang kita tak sedar yang syaitan berbisik supaya kita tidak berkongsi pengetahuan/ilmu baru yang kita perolehi. Takut nanti orang tu akan dapat lebih dari dia.

Aku banyak perngalaman dalam hal ni terutama ketika aku berkelana mencari ilmu perniagaan dan percetakan dulu. (^_^)

Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat bakhil ini.. Amin!

Belajarlah berkongsi pengetahuan. Makin berkongsi, makin banyak yang kita dapat. (^_^)


Wednesday, November 27, 2013

Aku yang dianiaya...


Sedih hati ini bila dianiaya dan difitnah, lagi menyedihkan bila penjelasan kita tidak diterima. Hanya Allah tahu betapa kecewa dan sakit hati ini. Moga Allah beri petunjuk pada mereka itu..

bawah ni copy paste dari : www.dakwahsunnah.com dan Bicara Agama

firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujuraat: 6)


{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ } [المائدة: 8]
 
Artinya:  "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang akamu kerjakan."  (QS. 5:8).  






Monday, October 7, 2013

Antara Tahu dan Sedar...

 " Orang yang TAHU tak semestinya SEDAR tapi orang yang SEDAR InShaAllah TAHU "

Aku terdengat ayat diatas dalam radio IKIM.FM, hebat ayat itu.. tersentak hatiku ini. Terasa sangat ! Huraiannya begini, Kita diciptakan sebagai hamba Allah, kita dihidupkan di dunia yang sementara ini. Kita tahu bahawa kita ini adalah seorang hamba. Hamba kepada sang pencipta, ALLAH s.w.t. Kita juga tahu akan larangan dan suruhan Allah. Tetapi kita masih lagi melakukan kemungkaran, ingkar dengan suruhan dan larangan Allah.

Kenapa?

Kerana kita masih tidak sedar yang kita ini hanya HAMBA. Orang yang sedar bahawa dirinya hamba Allah, insyaAllah dia tahu apa yang perlu dia buat sebagai seorang hamba. Istilah hamba ni dia hanya patuh pada arahan tuannya. Siapa tuan kita? tentunya Allah s.w.t. Kalau kita sedar diri kita ni hamba, InshaAllah kita tahu apa yang perlu kita buat.

Nampak tak beza orang yang tahu dan sedar? Orang yang hanya tahu dia hamba belum dia sedar yang dirinya seorang hamba Allah, sebab itu dia masih melakukan kemaksiatan tanpa rasa takut, tetapi orang yang dah sedar dirinya hamba Allah, inshaAllah dia tahu apa yang tuannya (Allah) hendaki.

Maaf andai salah tulisan ku ini, Mohon dibetulkan andai salah. (^_^) sama-sama kita muhasabah diri ini. Aku up post ni sebab aku tersentuh sangat dengan ayat diatas tu.. Terima kasih untaz di radia IKIM.FM pagi tadi..





Wednesday, October 2, 2013

Koleksi Kata-kata Hikmah Menteri


Tertarik dengan post sahabat aku Pijut , tajuknya " Kata-kata Puitis Hasil dari Seorang MENTERI". Aku kongsi dengan kawan-kawan semua, hayati kata-kata penuh makna Menteri kita.





Apa komen anda? Bernas tak? (^_^)




Mati keras...




Sama-sama ambil iktibar, dan mulakan perubahan daripada sekarang! Masih belum terlambat selagi hayat dikandung badan.. 

Monday, September 9, 2013

Mengukur Sebuah Cinta




Di hari perhitungan, ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kepada kita: “Dari mana kau peroleh hartamu di dunia?” Kita akan menjawab, “Harta itu aku peroleh dengan kolusi dan korupsi, dengan memalsu dokumen, dengan mendapat komisyen riba.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yang telah engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.”

Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Subhanallah, adakah kebahagian yg lebih dari itu? Ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya. 

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dengan membawa amal yg boleh kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya? 

atau sebaliknya.. nauzubillah. Ya Allah, tetapkanlah iman didadaku ini. Aku baca kisah diatas di  Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525. Moga menjadi penguat semangat dan muhasabah diri aku ini agar tidak tercicir dari jalan Allah. 





Thursday, September 5, 2013

Buka mata hati...


Bila update apa-apa berkaitan keagamaan atau ilmiah, perkara pertama yang segelintir orang lakukan ialah tengok peribadi orang tu. Betul tak? Perkara ini yang biasa dan selalunya terjadi. Lepas tu mula lah mengumpat orang tu. Bajet bagus lah, alim kucing lah, poyo lah, dia pun teruk lagi nk post benda agama dan macam-macam lagilah perkara negetif. Ada juga yang terus melatah kononnya dituju kepada dia, padahal kongsikan benda ilmiah ini adalah satu ibadah.

Kadang-kadang rasa macam down sangat dengan kritikan dan tohmahan sebegitu. Betul tak? (^_^) Janganlah anggap semua kritikan yang dituju kepada anda sebagai suatu permusuhan atau kutukan, tetapi ambillah faedah yang terdapat didalam kritikan itu tanpa melihat maksud di pengkritik, kerana anda lebih memerlukan kritikan dari pujian. Ingat tu ye (muhasabah untuk diri aku juga). Ambil positif dan perbaiki diri kita sendiri.

Sama juga dalam hal memberi pendapat. Jangan terlalu ego dengan pendapat kita sendiri dalam apa jua masalah pun tapi bermusyawarahlah. Sebab apa aku ingat lagi kata salah sorang cerdik pandai "pendapat dua orang lebih kuat berbanding pendapat seorang,sebagaimana halnya lidi, bila ada segenggam lidi, susah untuk dipatahkan".

Gambar : Google Image




Saturday, August 24, 2013

Pentingnya Uzlah untul Qalbu


Uzlah ialah perenungan atau dalam erti kata lain muhasabah diri. Beruzlah atau menyendiri merupakan langkah terbaik bagi mengisi qalbu (hati) yang sedang mencari jatidiri menuju Allah s.w.t. 

Rasanya semua orang pernah hadapi situasi diuji dan diduga sehingga kadang-kadang tu rasa macam dah sangat 'down' , 'giveup' sangat.. rasa kosong, tak berdaya, hanya keluh kesah yang keluar dimulut. Saat itu ramai diantara kita masih leka dan lupa untuk beruzlah. Kita hanya bertanya kenapa jadi macam ni, macamam mana nak hadapi semua ini, sampai bila nak macam ni.

Andai kita bermuhasabah diri, renung kembali apa hikmahnya disebalik kejadian itu, apa yang DIA cuba sampaikan.. In Sha Allah, hati akan menjadi tenang, masalah terasa mudah untuk diselesaikan. Tiada lagi keserabutan di benak fikiran. (^_^)







Wednesday, July 24, 2013

Kerana Tumit Kena Seksa Neraka...


Alhamdulillah berkesempatan dengar tazkirah tadi, meh Angah nak kongsi sikit. Penting ni, pasal tumit. Simple je kan? Pasal tumit tapi berat pelaksanaan dan kesannya.

Angah tak ingat apa hadis Nabi Muhammad yg Ustaz baca tadi, ia menyebut mengenai tumit. Manusia akan menerima azab seksa neraka sebab tumit kerana 2 perkara. Pertama amik wuduk tidak sempurna di kawasan tumit dan kedua tumit tidak sama semasa dalam saf solat.

Bab wuduk , dalam soal ini Nabi saw mengutuk mereka yang tidak sempurna wuduk. Maka sebaiknya kita umat Islam harus beringat antara satu sama lain kerana dalam soal yang kita anggap kecil atau remeh rupanya seksa dahsyat menanti kita. Doa minta berlindung daripada Allah hal yang tersebut.

Bila wuduk tidak sah, solat pun menjadi tidak sah. Jadi mari sama-sama kita sempurnakan wuduk kita. Jangan sekadar jirus je kaki, air memang rata tapi kemungkinan tidak kena pada rekahan tumit kita. Kulit kaki dan tumit kita tebal, ada yg merekah. Jadi kalau sekadar jirus, takut air tidak masuk celah2 rekahan tu. Bila jirus tu, usap la sampai rata.

Sama-sama kita perbaiki diri.. In Sha Allah (^_^)





Thursday, April 18, 2013

Hanya DIA Segalanya...


Kadang-kadang kita lalai dan leka dengan duniawi sehingga terlupa pada Maha Pencipta, Dia, ALLAH!. Dalam mengejar hajat dan keinginan, kita lupa yang menentukan segalanya DIA. Bila buat sesuatu tidak berlandaskan kerna Dia, sia-sialah segalanya. Bila gagal, mulalah mengeluh, putus asa dan sebagainya. Baru nak tersedar dan kembali pada Dia. Jika dari awal niat kerna Dia, In Sha Allah sempurna segalanya. Kalau gagal pun, keyakinan diri tidak akan hilang. 

Yang memberi Dia, yang menguji Dia, kita? Doa ,usaha, tawakkal, In Sha Allah ada jalannya~ (^_^)




Monday, January 28, 2013

Menuntut Ilmu vs Beribadah


Angah ada terbaca tentang tuntut ilmu dan beribadah ni... Menuntut ilmu itu wajib! Beribadah juga wajib! tetapi mana yang didahulukan? mana yang lebih afdal(lebih baik)?

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : ''Satu bab yang dipelajari seseorang lebih dicintai Allah daripada 100 rakaat solat sunat''

Ini menunjukkan betapa menuntut ilmu itu lebih besar ganjarannya berbanding amal ibadah. Malah Allah sebenarnya lebih suka kepada para penuntut ilmu berbanding ahli ibadah.

Nak beribadah kena ada ilmu, nak beramal kena ada ilmu.. tanpa ilmu, macam mana nak beribadah? betul tak? simple kan? tetapi ramai dikalangan kita malas nak menuntut ilmu~ hmmm..






Saturday, January 26, 2013

Kenapa doa aku tidak dikabulkan?


Pernah Angah terdengar rungutan seperti "aku buat macam2 dah, doa hari2, setiap waktu aku berdoa, tapi tiada hasil pun". Subhanallah

Tidak sepatutnya kita ini, seorang hamba berburuk sangka pada Yang Esa, Allah s.w.t sebab doa yang kita mohon setiap hari beulang kali masih belum dikabulkan. Sebaliknya kita perlu bermuhasabah diri, memperbaiki diri supaya lebih bertaqwa kepadaNya. Cari pada diri sendiri mana silapnya.

Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok, Dialah yang Maha Mengetahui segalanya. Jangan berputus asa, jangan berburuk sangka pada Allah.

Firman Allah,
"Dan Rabbmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada bagi mereka untuk memilih. (al-Qashash ayat 68)"

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu mengukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahu,sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah ayat 216)

Jadi, jangan berputus asa, berusahalah muhasabah diri, janji Allah pasti. Usahalah, Tawakkallah..In Sha Allah.. "Ingatlah, bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (al-Baqarah:214)"







Angah menulis berpesan pada diri sendiri, kongsi pada semua (^_^)


Jangan Kahwin dengan Wanita bersifat 6 ini...



Pesanan Untuk Lelaki, jangan kahwin dengan wanita bersifat 6 ini...

Pesan Rasulullah untuk kaum lelaki ,Jangan engkau kahwini wanita yang bersifat enam ini iaitu yang ananah, yang mananah, yang hananah, yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.

Apa itu ananah,  mananah, hananah, hadaqah, baraqah dan syadaqah?

wanita Ananah - banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

wanita Mananah - suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu.

wanita Hananah - menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

wanita Hadaqah - melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

wanita Baraqah - ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

wanita Syadaqah - banyak cakap, tidak menentu lagi bising.


# Ya Allah kau jauhkanlah isteriku dari bersifat demikian, AMIN Ya Allah...

jangan adat je diutamakan, Sunnah juga wajib diutamakan!



Kesusahan kesenangan...


Kesusahan.. kesusahan sebenarnya adalah nikmat. Nikmat yang Allah bagi supaya umatnya muhasabah diri. Cari apa hikmat yang Allah yang bagi disebalik kesusahan itu. Angah teringat ungkapan indah "Allah turunkan hujan  dan kilat... kita tertanya tanya.. ke mana perginya matahari.. rupa-rupanya  Allah  berikan kita  pelangi"

Tetapi sayang, kadang-kadang kita mengeluh, selalu mengeluh bila dalam kesusahan. Kita lupa tentang hikmah yang Allah nak bagi. Andai begitu, kita gagal sebenarnya. Tidak yakin atas ketentuannya.

Sebaliknya amat besar rahmat pada mereka yang menikmati kesusahan yang melanda. Secara tak langsung sebenarnya kesusahan mendekatkn kita pada Dia. Selalunya bila dalam kesusahan je,perkataan pertama yg kita sebut "ALLAH". betul x? (^_^)

"Makin lama kita susah, makin dekat kita dengan kesenangan.. (Tuan Ibrahin Tuan Man)"

Gambar : iluvislam.com

Kesenangan.. dalam kesenangan kita selalu lupa megucapkan 'alhamdulillah' iaitu syukur pada yang memberi (ALLAH). Kesenangan mengundang pelbagai cabaran sebenarnya. Cabaran untuk bersyukur, ajar diri besederhana,perasaan riak, ego, bangga dan sebagainya. Jangan lalai dan leka dalam kesenangan kerana ia mudah memesongkan hati. 


Peringatan untuk diri Angah,kongsi bersama. Andai salah kata-kata Angah diatas, betulkan. 
(^_^)







Tuesday, January 22, 2013

Rezeki yang sudah ditetapkan..

"Kesungguhanmu mengejar apa yang sudah dijamin untukmu (oleh Allah) dan kelalaianmu melaksanakan apa yang dibebankan kepadamu, itu merupakan tanda butanya bashirah (mata batin)"

Nasihat bijak diatas dari Syaikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari dalam Kitab Al-Hikam membuatkan Angah faham bahawa janganlah kita memaksa diri kita ini mengejar apa yang sesungguhnya Allah dah janji, Allah dah jamin kepada semua makhluk Dia cipta. Apa yang Allah janji? dalam bab ini 'rezeki'.

Rezeki ni Allah dah tetapkan dah pada semua makhluk ciptaan-Nya. Jadi tak perlulah kita terkejar-kejar hingga lalai dan leka tentang urusan akhirat. Ada yang mengejar rezeki sampai jiran tetangga pun bertegur sapa, Islam tidak ajar begitu. Lagi teruk sampai lalai dalam amal ibadah hingga tinggal kewajipan yg utama 5 waktu.

Janji Allah s.w.t :

"Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang yang bertaqwa." -Surah Thaaha : 132

kata seorang bijak iaitu Ibrahim al-Khawwash "Janganlah memaksa diri untuk mencapai apa yang telah dijamin (untuk dicukupi), dan jangan mensia-siakan (mengabaikan) apa yang telah diamanahkan (diwajibkan) kepadamu untuk memenuhinya."







Saturday, January 19, 2013

Jangan bazirkan kehidupan...

Hidup didunia ini singkat sahaja. Angah teringat kisah sahabat bertanya pada Rasulullah, bilakah akan berlaku kiamat, Rasulullah menunjukkan isyarat 2 jari dan berkata itulah jarak masa antara hayat dunia dan hari akhirat. Ya Allah, singkatnya masa yang ada. Cukupkah amal yang akan aku bawa.. Subhanallah..

Dunia ini hanya persinggahan untuk kita mencari bekalan yang hendak dibawa ke akhirat nanti. Akhirat adalah kehidupan yang abadi.Kita adalah hamba Allah, kalau dah nama hamba,usahlah berlagak sombong seperti bos. Lakukanlah amal ibadah kepada Allah, Maha pencipta pemilik sekalian alam.

Jangan singkatkan hidup didunia dengan pertelegahan, kebencian, perbalahan, peperangan dan sebagainya.

Hargailah masa. Jangan bazirkan masa dengan membuat perkara yang tidak berfaedah dan kemunkaran dimuka bumi Allah ini. Ingat pesan Allah, beramal ibadahlah.. (^^,)

Peringatan buat refresh diri Angah, juga Angah kongsi dengan rakan semua...






Membina rasa hormat

Berapa ramai antara kita yang mana kerana ego, bongkak, maruah diri, takut hilang hormat, berlagak mati-mati tidak mahu megaku kesilapan yang dilakukan?

Ketahuilah sahabatku, ia bukanlah seperti apa yang kita fikirkan...

Ironinya - ramai yang nak dapatkan hormat orang pada dia dengan mempertahankan yang dia memang betul walaupun salah. Kelaku seperti itulah sebenarnnya yangn buat orang hilang rasa hormat pada dia.

Ramai yang takut nak mengaku salah sendiri sebab takut orang dah tak respect nanti tetapi ramai yang tak sedar bahawa denga mengaku salah/silap sendiri sebenarnya akan membuatkan orang hormat kita.

Kalai kita mengaku silap sendiri, itu merupakan tindakan yang berani, bukan semua orang mampu buat macam tu, jadi secara lagsung atau tidak langsung, orang akan mula rasa hormt pada kita.. sayangnya ramai antara kita susah nak buat macam tu..(^^,)

Tak berani mengaku silap akan bagi tekanan pada diri sendiri sebenarnya. Kita akan rasa tertekan,gangguan emosi,takut.

Sebaliknya kalau kita mengaku silap kita, kita kan rasa lapang, lega, terlepas segala masalah...

Hati senang, orang pun senang, hormat pun dapat.. (^^,)

Friday, January 18, 2013

Kebahagiaan dan musibah

Mutiara kata,
    '' Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini,  supaya anda tidak kehilangan apa  yang anda miliki saat ini.  Dan jangan tunggu-tunggu musibah  yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda  ingin mempercepat datangnya  kesusahan dan kesedihan...''

indah kata-kata mutiara ini, pernah terjadi kat diri Angah sendiri. Mengharap sesuatu yang lebih baik sedangkan sudah dalam situasi yang baik sehingga terlepas saat-saat baik yang sedang dilalui.. alangkah ruginya terlepas saat itu, mengesal yang tiada kesudahan.. hanya tinggal kenangan...

Sebab tu ALLAH nak hamba-hambanya sentiasa bersyukur. Bila kita bersyukur dengan apa yang ada 'in sha Allah' sempurna semuanya (^^,)



Friday, January 4, 2013

Amalan-amalan Hari Jumaat


Salam Hari Jumaat...Apa khabar hari ini? Agak lama dah aku tak update blog ni.
Apapun moga semua ceria dan sihat hendaknya...Insyallah... (^_^)

Hari Jumaat yang penuh barakah ini aku nak kongsi sikit info.. moga jadi amalan kita bersama
 
Berikut saya kongsikan Amalan-Amalan 
yang Disyari'atkan pada Hari Jumaat 
iaitu :
 
1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh.
 
2. Memperbanyakkan selawat
 
3. Membaca surat Al Kahfi
 
4. Memperbanyak do'a (Abu Daud)
 
5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)
 
 
Renung-renungkan & Selamat beramal.. (^_^)


Sumber : Google Image
sumber : Google Image

Friday, December 14, 2012

Sentiasa Muda Untuk Berbuat Dosa

Assalamualaikum w.b.t , salam jumaat penghulu segala hari... # kelebihan hari jummat

Harap tajuk di atas menyedarkan diri aku sendiri dan semua sahabat yang terumbang ambing di dunia fatamorgana ini. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah merasa tua untuk kembali ke jalan yang benar atau bertaubat.

mengapa begitu? sebabnya orang yang memandang kebesaran dunia akan merasa kecilnya akhirat. Padahalnya kita lupa, lalai, leka dengan hal-hal dunia. Kita lupa yang Akhirat jauh lebih baik dan lebih kekal. Kita perlu memandang/ambil berat perihal akhirat. Orang yang memandang kebesaran akhirat akan merasa kecilnya apa yang ada di dunia .

marilah sama-sama kita muhasabah diri, perbaiki diri (^_^)