Showing posts with label kebakaran. Show all posts
Showing posts with label kebakaran. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

Cinta Sampai Mati | Pasangan Kekasih Rentung



KLANG: Seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan kekasih ditemui rentung dalam bilik di tingkat dua rumah kedai empat tingkat dalam kebakaran di Jalan Hulu Balang 26, Taman Ablelink, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, Chua Keh Siong, 40, dan Seh Pei Kim, 34, dipercayai mati akibat lemas berikutan kebakaran yang memusnahkan satu daripada tiga bilik di rumah kedai itu.

Difahamkan pihak forensik bomba menemui satu tong bahan bakar di dalam bilik berkenaan, namun masih menyiasat sama ada bahan itu menjadi punca kebakaran berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Penolong Kanan Penguasa Zulkifli Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 6.14 pagi sebelum dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas dan Kota Raja dikejarkan ke tempat kejadian. Zulkifli berkata, sewaktu tiba di lokasi kejadian, bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memecah pintu utama rumah kedai berkenaan kerana tujuh kunci mangga digunakan untuk mengunci pintu utama.

Katanya, sebaik pintu dapat dipecahkan, bomba menemui mayat kedua-dua mangsa dalam keadaan rentung di dalam bilik utama rumah berkenaan.

“Mayat Chua dijumpai berhampiran pintu bilik manakala mayat Seh pula ditemui di atas katil.
“Sewaktu bomba tiba, api di dalam bilik berkenaan tidak lagi marak dan ini memudahkan bomba menjalankan operasi memadamkan kebakaran.

“Bomba dapat mengawal keadaan kira-kira 20 minit kemudian dengan bantuan 15 anggota dari Balai Bomba Andalas dan Kota Raja,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Beliau berkata, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan bomba dan mayat kedua-dua mangsa kebakaran itu sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Sumber : myMetro

Tuesday, April 19, 2011

Kebakaran di Institut Perubatan

saLam semua (^_^)
semalam,semasa selepas selesai urusan service gigi di UKM tu,
Mr iZzo ternampak kekecohan di sebelah UKM ni..
iaitu Institut Perubatan...
tengok penuh dengan Polis dan Bomba..
rupanya ada kebakaran! pergh..baru perasan ada asap itam diudara..
so, Mr iZzo berhenti ar kejap tengok keadaan tu..
ramai org berkerumun nk amik gambar la bagai..
yg Bomba sibuk memadamkan api..
Polis plak dok sibuk jaga jalan..
Pihak media sibuk dengan liputannya..
Mr iZzo? pn sibuk jugak! sibuk nk amik gambar..hehe
aperpn..teruja gak tengok kejadian itu semua didepan mata..
teruja tengok keadan dimana masing-masing sebok dengan
tugas masing-masing..

malam td Mr iZzo tengok berita TV3, dah kuar berita pn mengenai kebakaran tu..rupanya makmal diorg yg terbakal..sebbaik xsatu bangunan hangus!..huhu
aperpn..tahniah pada pasukan Bomba dan Polis yg bertugas di tmpat kejadian