Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

Iftar di rumah nenek...


Haritu kami sekeluarga, ramai-ramai berkumpul untuk berbuka puasa di rumah nenek. Seronok berkumpul sanak saudara ramai-ramai ni, dah serupa nak raya dah haaaa.. hehe. Selain mengeratkan silatulrahim sesama saudara, keseronokan untuk nenek juga sebenarnya. Orang tua ni dia tak pandang dah kelain, moment itu sebenarnya yang beharga buat dia.

Semua anak-anak nenek ada malam tu, dari Paklong sampai Paksu. Pelbagai juadah yang terhidang, macam-macam nenek aku ni masak, and the best part is masakan nenek memang toooorrrrbaik wok!!! marvelous!!!




Lagi satu meja makanan lupa nak snap plak.. haaaaaa, makan sampai lebam! hehe. Tapi takde lah sambai berlebihan. Ini banyak sebab orangnya pun banyak. (^_^)


Saturday, August 3, 2013

Mengapa Perlu Abaikan Bekalan Akhirat


Dah seminggu lebih aku luahkan kekecewaan aku di entri ini.. baru harini rasa boleh post.. (^_^)

Maaf andai kata-kata aku ni salah dan mohon betulkan andai salah. Maaf juga andai terkasar bahasa. Ampun maaf orang muda deras suara pada yg lebih tua. 

Anak itu anugerah Allah, anak juga salah satu bekalan yang kita boleh bawa di akhirat kelak. Rasanya semua tahu, apabila kita mati hanya 3 benda yang akan dibawa bersama. Pertama amalan, kedua doa anak yang soleh/solehah dan sedekah.

Situasi yang berlaku depan aku ialah seorang ayah yang mengabaikan anaknya setelah bercerai. Aku kenal si Ahmad (bukan nama sebenar) ni, rapat la juga. Aku pun tak sangka Ahmad macam ni, bila dah nampak depan mata sendiri, mengucap panjang den.. Hilang sikit rasa hormat aku pada kamu wahai Ahmad.

Harap Ahmad baca la ni ye... andai salah betulkan saya...

Anak itu anugerah Allah untuk kamu Ahmad. Cerainya kamu dengan isteri kamu memang dah terputus segalanya. Yang halal kembali haram. Kamu nak benci bekas isteri kamu sampai mati pun xpa, tak mau maafkan sampai mati pun xpa, hak kamu dan kamu tak ada apa ikatan dah dengan bekas isteri kamu tu.

TETAPI !!! dengan anak kamu, selagi hayat dikandung badan, itu tanggungjawab kamu Ahmad. Kamu tak boleh pinggirkan mereka. Kamu tak boleh abaikan mereka. Jangan lupa Ahmad, doa mereka juga bakal menjadi penyelamat kamu di hari perhitungan nanti. Kalau ye pun nak lupakan benda lepas, jangan lupakan anak kamu Ahmad.

Aku bila dengar mak kamu kata anak kamu yg bongsu tu sampai demam rindu kamu, sebak dadaku Ahmad. Aku tahu macam mana rasa rindu pada seorang ayah. Aku pun teramat rindukan ayah aku Ahmad. Aku tak boleh terima bila dengar sendiri kata-kata kamu bila mak kamu suruh kamu pergi jumpa anak kamu.

Kamu merantau ke negeri orang, tiggalkan anak kamu berjauhan. Bila dah bercerai kamu dah tak balik tengok mereka. Mereka datang ke sini mencari kamu. Nak jumpa kamu, tapi kamu tak mahu jumpa mereka.. aduh, tak dapat digambarkan perasaan ini kalau aku di tempat anak kamu. 

YA , aku tak tahu situasi sebenar. YA , aku tak tahu apa dibenak fikiran kamu , tapi Ahmad apa yang jadi depan mata aku amat menyedihkan, sebak hati aku Ahmad. Terasa seperti nampak 'plastik' terbakar.







Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday #31.10

Sebahagian (1/5) sedara mara yg tunggu hingga ke petang sempena
Majlis Perhimpunan Keluarga Alang Panjang

Saturday, September 22, 2012

Muhammad Izz Zayyan Rizqi

selamat pagi semua..zayyan dah 12 hari dah harini.. (^^,)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, June 14, 2012

Berkelah di Lata Bayu, Baling

cuti sekolah lepas, pi berkelah bersama keluarga di Lata Bayu, Baling
malas la nk taip..nk upload gambar je..hehehe
aperpun best giler kot! memang syok ah!

makan duluuuuuu~ hehe











Pameran Ular di Muzium Negeri Kedah

cuti sekolah yg lepas, aku balik kampung halaman di Kedah...
kesempatan itu, aku berjalan2 dengan keluarga melawat Pameran Ular...
bawa adik-adik dan isteri jalan-jalan pusing Alor Star..(^^,)

sapa yg dok Kedah, boleh la bawa keluarga pi melawat Muzium Negeri Kedah
Pameran Ular ada sampai 30 Jun ni... pi jangan tak pi.. hehe














Saturday, May 19, 2012

Kebahagiaan...oh bahagianya

Makan adalah kebahagiaan seharian...
Melancong adalah kebahagiaan seminggu...
Pernikahan adalah kebahagiaan sebulan...
Harta adalah kebahagiaan setahun...
Iman adalah kebahagiaan seumur hidup...

atas ni ungkapan jer tau...nak gambarkan tiada yang lebih bahagia dan bahagia berpanjangan melainkan beriman pada Allah. Tidak akan sempurna kehidupan dan perlakuan yang lain selagi kita tidak beriman pada Allah.

selamat berhari minggu ye semua..selamat menjamu selera makan tengah hari..
apa menu tengah hari ni? makan kt umah atau keluar beridah bersama keluarga?
apa pun aktiviti anda, lakukan ia kerana Allah..pasti lagi syok! (^^,)