Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Kejadian Pagi 10.09.2012. Takziah pada Mr Yew Keng Siang


Below are photos of what happened to an old man (Mr Yew Keng Siang, about 57 years old) near fountain area at Planetarium Negara yesterday morning between 7.45am to 8.15am. We have tried our best to help him. Unfortunately, according to HKL, he has passed away. L

takziah to Mr Yew Keng Siang




Saturday, April 21, 2012

Cinta Sampai Mati | Pasangan Kekasih Rentung



KLANG: Seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan kekasih ditemui rentung dalam bilik di tingkat dua rumah kedai empat tingkat dalam kebakaran di Jalan Hulu Balang 26, Taman Ablelink, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, Chua Keh Siong, 40, dan Seh Pei Kim, 34, dipercayai mati akibat lemas berikutan kebakaran yang memusnahkan satu daripada tiga bilik di rumah kedai itu.

Difahamkan pihak forensik bomba menemui satu tong bahan bakar di dalam bilik berkenaan, namun masih menyiasat sama ada bahan itu menjadi punca kebakaran berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Penolong Kanan Penguasa Zulkifli Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 6.14 pagi sebelum dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas dan Kota Raja dikejarkan ke tempat kejadian. Zulkifli berkata, sewaktu tiba di lokasi kejadian, bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memecah pintu utama rumah kedai berkenaan kerana tujuh kunci mangga digunakan untuk mengunci pintu utama.

Katanya, sebaik pintu dapat dipecahkan, bomba menemui mayat kedua-dua mangsa dalam keadaan rentung di dalam bilik utama rumah berkenaan.

“Mayat Chua dijumpai berhampiran pintu bilik manakala mayat Seh pula ditemui di atas katil.
“Sewaktu bomba tiba, api di dalam bilik berkenaan tidak lagi marak dan ini memudahkan bomba menjalankan operasi memadamkan kebakaran.

“Bomba dapat mengawal keadaan kira-kira 20 minit kemudian dengan bantuan 15 anggota dari Balai Bomba Andalas dan Kota Raja,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Beliau berkata, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan bomba dan mayat kedua-dua mangsa kebakaran itu sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Sumber : myMetro

Tuesday, June 28, 2011

Hari Kemalangan

assalamualaikom

pagi semalam Mr iZzo kena pergi ke HQ
Ibupejabat ANGKASA di Putrajaya..
jalan yang mudah dan tidak kesana ialah
highway MEX..highway baru Putrajaya..xla baru sgt

semasa pergi, jumpa satu kemalangan..
sebuah teksi KLIA terbabas..
langgar devider..
rasanya xder kemalangan jiwa kot..
kereta je remuk terok bahagian hadapan dan
sebalah kanan..
teksi KLIA

 ontheway balik ke Kuala Lumpur,
sebuah bas Rapid KL melangggar sebuah van..
yg ni terok sikit.. sebelah kiri bas remuk teruk..
van berpusing dan remuk teruk jugak..
ngeri siot tgk keadaan bas tu..
sayang skali tek sempat snap pic dr depan..
polis tu tak kasi berhenti..huh
Rapid KL dan Van

 yang ni sikit jer..tayar pancit..hehehe
Vios