Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts
Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts

Tuesday, February 18, 2014

Tahniah Shukri


Alhamdulillah, lagi seorang kawan aku sudah melangkah ke alam baru, alam perlahwinan. Tahniah dari aku dan isteri. Barakallah hulakuma wabarakah alaikuma wajama' bainakuma filkhair. 

Moga berbahagia hingga ke syurga. Selamat menjalankan tanggungjawab baru. Moga sentiasa dalam rahmat dan redhaNYA. (^_^)






Tuesday, September 3, 2013

Tahniah sahabatku...


Sabtu dan  Ahad lepas aku berkesempatan menghadiri dua majlis Walimatulurus kawanku. Tahniah, selamat pengantin baru aku ucapkan. Moga sentiasa dalam redha dan rahmat-Nya dalam menggalas tanggungjawab baru ini. Moga cepat dikurniakan zuriat (^_^)

Amy dan pasangan - Majlis di Rumah 500,Peramu 3, Pekan, Pahang

Zaidi dan pasangan - Majlis di Taman Danau Kota, KL


Barakallah hulakuma wabarakah alaikuma wajamaa' bainakuma filkhair- (^_^)




Wednesday, October 17, 2012

Perkahwinan Merupakan Kepentingan Sosial

Sekadar perkongsian ilmu buat diriku dan untuk semua, pada yg belum berkahwin mahupun yang dah mendirikan rumah tangga. Sumber bacaan, Kitab Tarbiyatul Aulad Jilid 1, Abdullah Nashih Ulwan.

Sebagaimana kita tahu, perkahwinan ini banyak kepentingan dan manfaatnya, baik dalam Islam atau mana-mana agama sekalipun.

1. Memelihara Kewujudan Jenis Manusia
Dengan perkahwinan kewujudan manusia akan tetap berterusan sehingga masa yg Allah tetapkan. Dengan perkahwinan terdapat suatu pemeliharaan terhadap kelangsungan hidup jenis manusia.
"Allah menjadikan kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan jadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu (Q.S. 16:72)"

2. Memelihara Keturunan
Dengan perkahwinan, anak-anak akan merasa bangga dengan bapa-bapanya yang menjadi keturunannya. Dalam keturunan terdapat harga diri, kemantapan jiwa dan perghormatan terhadap kemanusiaan mereka. Kalau tiada perkahwinan yg disyariatkan Allah ini, maka masyarakat akan bangga dengan anak-anak yg tidak memiliki kehormatan dan keturunan sehingga lahirnya kecelaan, kerosakan dan cara yg haram.

3. Keselamatan Masyarakat Dari Dekadensi Moral
Dekadensi moral ialah keruntuhan akhlak yg berterusan sehingga susah nk kembali ke asal. Senang cerita, keruntuhan akhlak yg begitu teruk. Jadi, dengan perkahwinan dekadensi moral dapat dielakkan
"Wahai sekalian pemuda, barangsiapa diantara kamu sudah mampu kahwin, maka kahwinlah.sebab perkahwinan itu dapat memelihara pemandangan dab lebih dapat menjaga kemaluan"

4.Keselamatan Masyarakat Dari Penyakit
kalau tak kahwin, banyak perbuatan zina akan berlaku, zina membawa penyakit syphilis, kencing nanah dan lain2 penyakit yg membunuh keturunan

5.Ketenteraman Jiwa
Perasaan sayang dan cinta pada isteri menenangkan jiwa. Layanan oleh suami/isteri dalam rumah tangga merupakan saat yang menenangkan, membahagiakan.

6.Menghaluskan Rasa Kabapaan dan Keibuan
Dengan perkahwinan, perasaan akan menjadi halus di dalam jiwa dan dari hati terpancar sumber2 perasaan mulia.


sumber : Kitab Tarbiyatul Aulad Jilid 1, Abdullah Nashih Ulwan.



Saturday, June 30, 2012

Majlis Malam Berinai #Bhangra

malam tadi aku sempat hadir ke majlis malam berinai sahabat isteri aku.. Fazilah nama sahabat isteri aku ni.. Dia berketurunan Pakistan, malam yang penuh dengan adat dan tradisi orang Pakistan.. yang aku ingat tarian Bhangra, Chula..lain lupa dah apa dia sebut malam tadi..hehe

Chula ni sesi memakaikan gelang pada pengantin, dimulai oleh ibu pengantin dan dituruti oleh lelaki sahaja..abang, adik lelaki, bapa saudara dan sepupu lelaki...

Bhangra, tarian yg ada gendang2 tu.. semua tahu kot, dalam filem hindustan selalu ada..hehe.. yg lain aku xingat nama dah, ada satu part yg pengantin perempuan diiring tarian lilin, lenggang aper ntah..

sangat happening adat diorg ni, rasa macam dalam filem Hindustan daaaa..hehe.. lagu yang rancak, tarian yg rancak, orang yang hadir pun semua happening.. memeang meriah ah majlis malam tadi...

pada Fazilah, aku ucapkan selamat pengantin baru, moga bahagia hingga akhir hayat sampai syurga.. barakallahhulakuma (^^,)

aku xingat apa nama adat ini, kalau melayu macam tepung tawar 


ini pun aku xingat, pengantin perempuan dikelilingi oleh gadis membawa lilin.



sesi Chula, saudara lelaki memakaikan gelang pada pengantin
dan the best part wajib bg duit lepas masukkn gelang! wajib!haha masyuk!!






bhangra
bhangra
bhangra
Fazilah n mywife (^^,)
dance floor!! 

Saturday, June 2, 2012

Kenduri kahwin 2 Jun

alhamdulillah..selesai sudah majlis hari ini.. penat dah badan ni.. letih berjalan.. letih makan..huuhuhu


sambung esok plak..lg 6 jemputan yg perlu aku hadir.. harap2 dapat sampai lah kesemua majlis esok.. harap juga cuaca elok esok.. tadi dah ada khemah kenduri yg hampir terbang dibawa angin.. takut aku..


gambar sekitar majlis akan diupload kemudian..hihi


Published with Blogger-droid v2.0.4