Showing posts with label lubok merbau. Show all posts
Showing posts with label lubok merbau. Show all posts

Wednesday, July 16, 2014

Iftar bersama ex-SKLM Lembah Klang


Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi kami dapat berkumpul berbuka puasa bersama. Cumanya ramai yang tidak dapat hadir kali ini, hanya segelintir sahaja. Apa pun tetap meriah juga. 

Berkumpul untuk iftar adalah aktiviti tahunan geng ex-SKLM. Masa ni lah dapat berkumpul, kukuhkan ukhwahfillah, berkongsi pengalaman hidup masing-masing. 

Kalau dulu datang membawa diri, kali ni ramai dah yang datang bawa 'handbag'. hehe. Bawa isteri/suami dan anak lah. (^_^) 

Destinasi iftar tahun ini di Red Card, Bandar Baru Bangi. Buffet yang disediakan di Red Card lebih berkonsepkan western. Cabonaranya terbaik! 4 kali aku ulang ambil. hehe. Tapi menunya agak sedikit dan tidak berbaloi dengan harganya iaitu RM40. Maaf ye Red Card, jujur ni... Makanan sedap dah tapi menunya jika dilebihkan, amatlah berbaloi. (^_^)

Iftar ex-SKLM yang lepas..








Thursday, August 29, 2013

Abah Inspirasiku,Rumah Lama part ll




Sambungan dari post sebelum ini "Tempat Aku Dibesarkan"

Bila tengok rumah ini, rasa rindu pada arwah abah semakin menebal. Rindu sangat. Tengok gambar atas, anak panah hitam tu kilang perabot, anak panah merah pun kawasan kilang perabot juga, kawasan ditempatkan segala mesin-mesin dan peralatan. Anak panah kuning pula kawasan untuk repair barang elektrik. 

Kalau sebelah pagi abah sibuk disekolah, sebelah petang dan malam pula abah sibuk di kawasan rumah ni haaa.. kadang-kadang tu terfikir juga, abah ni tak penat ke? Sekarang setelah bergelar seorang ayah, baru aku faham. Apa rasanya menjadi seorang ayah. Walaupun sibuk macamtu abah tak pernah abaikan kami semua. Ada je masa bersama kami.

Stor kayu

Gambar atas ni dulu kawasan stor kayu. Semua stok kayu disimpan disitu. Sekarang ni tinggal batu je, stornya da roboh kot. Dulu masa stok kayu sampai, kami adik beradiklah yang kena angkut kayu dari lori simpan kat stor ni. Seronok bila stok kayu sampai, sebabnya kami akan dapat upah! hehehe. Sebatang kayu RM0.10. Zaman tu 10sen besar wooo nilainya. Boleh beli gula-gula 5biji tau 10sen. Jadi, kami adik beradik ni, berebut-rebutlah dok angkat kayu tu..hehehe.

Ada juga abah pergi beli sendiri kayu di kilang. Abah guna van masa ni, jadi bila abah pi beli kayu tu, penuh la van dengan kayu, kami pun berhimpit dalam van dengan kayu.hehe. Kalau abah beli papan/plywood lagi syok, abah bentang dalam van tu, atas papan lapik kain/toto, kami boleh baring atas papan tu. Zaman kanak-kanak, boleh duduk atas papan tu syok wooooo.. (^_^)

Abah amik stok kayu di Alor Setar. Nak ke Alor Setar dalam 1 jam 15 minit perjalanan. Jadi kalau abah keluar memang dia bawa semua. Boleh pi jalan2 sekali. 

Zaman itu sudah berlalu... yang tinggal cuma kenangan, nostalgia... Al-Fatihah buat arwah abah (-_-)





Tuesday, August 27, 2013

Tempat Aku Dibesarkan, Felda Lubok Merbau


6 Syawal yg lepas aku pergi beraya di Felda Lubok Merbau, Kedah. Tempat aku dibesarkan, banyak kenangan aku di sana. Aku tinggal di Felda Lubuk Merbau sehingga umur 16 tahun sebelum aku berpindah ke Bukit Pinang, Kepala Batas.

Arwah abah masa mula posting guru dulu dia kena ikut geng peneroka Felda Lubok Merbau ni. Sekitar tahun 1982 kalau tak silap aku, 2 tahun sebelum Along dilahirkan (1984). Masa tu hutan belantara lagi, jalan raya pun tak wujud lagi, semuanya tanah merah dan berbukit lagi. Tahun 1994 atau 1995 baru ada jalan tar. Baru ada pembangunan sikit kat Felda ni. Tapi line handphone memang takde la masa tu, kalau tak silap aku tahun 2006 atau 2007 baru ada line handphone.

Masa di Felda Lubok Merbau ni, arwah abah buat side income dengan buka kilang perabot dan repair barang elektrik. Abah sangat hebat kerana mampu buat semua benda ni. Bayangkan, bangun pagi pergi sekolah,mengajar. Balik sekolah buat perabot dan malam sambung pula repair barang elektrik. 

Kami adik beradiklah yang jadi pekerja abah. Bila stok kayu,papan sampai, kamilah yang kena angkut dan susun di stok kayu. Kami jugalah pekerja abah yang kena tolong abah buat perabot tu. Abah orang pertama di Felda tu yang buat perabot, jadi boleh dikatakan 100% orang felda tu guna perabot abah.

Tengah menaip pasal abah ni, tiba-tiba sebak plak hati ini, rindunya pada arwah abah...   (-_-)
sambung nantilah.. hhhmmmmmmmmmmmm.. Al-Fatihah buat abah


287A Lorong Sabah Sarawak, Felda Lubok Merbau





Friday, August 23, 2013

Kerana Pak Long Mansur!


Alhamdulillah awal Syawal haritu Angah masih berkesempatan ziarah ke rumah Pak Long Mansur. Pak Long Mansur ni dulu jiran di rumah lama Angah dulu (nanti Angah cerita dalam post akan datang) di Felda Lubok Merbau, Kedah. 

Siapa Pak Long Mansur ni? Dialah yang mengajar Angah mengaji dulu. Kerana Pak Long Mansurlah Angah lancar mengaji Al-Quran sekarang ni. Kerana Pak Long Mansur lah Angah kenal asas Al-Quran, kenal huruf-huruf jawi, baris, ejaan dan seangkatannya. Alhamdulillah Pak Long masih sihat dan masih lagi mengajar mengaji. Hebatnya jasa Pak Long. Terima kasih mengajar Angah dulu.

Teringat masa kecil dulu, lepas maghrib je kami (Angah dan adik beradik) akan ke rumah Pak Long untuk belajar mengaji. Kalau di rumah selalu lepas Subuh arwah abah akan ajar mengaji. Nak plak hari cuti, lepas subuh memang kena mengaji dulu, baru boleh buat benda lain. Kadang-kadang tu merungut juga, mengantuk lah, penat lah, nk main lah.. hehehe. Sekarang ni baru nampak kesannya. Syukur abah paksa dulu.. kalau tak? apa jadi pun xtau.. 








Sunday, July 21, 2013

Berbuka Puasa Bersama Ex-SKLM

Alhamdulillah, semalam 20.07.13 bersamaan 11 Ramadhan 1434 sekali lagi Angah dapat berkumpul bersama sahabat-sahabat sekolah rendah dulu. Moga ukhwah yang dah 20 tahun lebih ini berterusan hingga akhir hayat, In Sha Allah. Tahun lepas semua datang lenggang jer, tahun ni alhamdulillah dah bertambah ahli baru, ada yg datang bersama anak, termasuk lah Angah..hehe

Tahun ini kami berbuka di D'Hajar Cafe, Shah Alam. Dekat dengan Stadium Shah Alam je. Tak la susah nak cari jalan ke sana. Hidangan makanan disediakan dalam bentuk buffet. Harganya pun sangat berpatutan. Hanya RM29.99 jer, RM30 la senang citer.. RM29.99 tu harga psykologi je sebenarnya.. hehe. Pandai D'Hajar Cafe.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. (^_^)