Showing posts with label lubuk merbau. Show all posts
Showing posts with label lubuk merbau. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Abah Inspirasiku,Rumah Lama part ll




Sambungan dari post sebelum ini "Tempat Aku Dibesarkan"

Bila tengok rumah ini, rasa rindu pada arwah abah semakin menebal. Rindu sangat. Tengok gambar atas, anak panah hitam tu kilang perabot, anak panah merah pun kawasan kilang perabot juga, kawasan ditempatkan segala mesin-mesin dan peralatan. Anak panah kuning pula kawasan untuk repair barang elektrik. 

Kalau sebelah pagi abah sibuk disekolah, sebelah petang dan malam pula abah sibuk di kawasan rumah ni haaa.. kadang-kadang tu terfikir juga, abah ni tak penat ke? Sekarang setelah bergelar seorang ayah, baru aku faham. Apa rasanya menjadi seorang ayah. Walaupun sibuk macamtu abah tak pernah abaikan kami semua. Ada je masa bersama kami.

Stor kayu

Gambar atas ni dulu kawasan stor kayu. Semua stok kayu disimpan disitu. Sekarang ni tinggal batu je, stornya da roboh kot. Dulu masa stok kayu sampai, kami adik beradiklah yang kena angkut kayu dari lori simpan kat stor ni. Seronok bila stok kayu sampai, sebabnya kami akan dapat upah! hehehe. Sebatang kayu RM0.10. Zaman tu 10sen besar wooo nilainya. Boleh beli gula-gula 5biji tau 10sen. Jadi, kami adik beradik ni, berebut-rebutlah dok angkat kayu tu..hehehe.

Ada juga abah pergi beli sendiri kayu di kilang. Abah guna van masa ni, jadi bila abah pi beli kayu tu, penuh la van dengan kayu, kami pun berhimpit dalam van dengan kayu.hehe. Kalau abah beli papan/plywood lagi syok, abah bentang dalam van tu, atas papan lapik kain/toto, kami boleh baring atas papan tu. Zaman kanak-kanak, boleh duduk atas papan tu syok wooooo.. (^_^)

Abah amik stok kayu di Alor Setar. Nak ke Alor Setar dalam 1 jam 15 minit perjalanan. Jadi kalau abah keluar memang dia bawa semua. Boleh pi jalan2 sekali. 

Zaman itu sudah berlalu... yang tinggal cuma kenangan, nostalgia... Al-Fatihah buat arwah abah (-_-)





Tuesday, August 27, 2013

Tempat Aku Dibesarkan, Felda Lubok Merbau


6 Syawal yg lepas aku pergi beraya di Felda Lubok Merbau, Kedah. Tempat aku dibesarkan, banyak kenangan aku di sana. Aku tinggal di Felda Lubuk Merbau sehingga umur 16 tahun sebelum aku berpindah ke Bukit Pinang, Kepala Batas.

Arwah abah masa mula posting guru dulu dia kena ikut geng peneroka Felda Lubok Merbau ni. Sekitar tahun 1982 kalau tak silap aku, 2 tahun sebelum Along dilahirkan (1984). Masa tu hutan belantara lagi, jalan raya pun tak wujud lagi, semuanya tanah merah dan berbukit lagi. Tahun 1994 atau 1995 baru ada jalan tar. Baru ada pembangunan sikit kat Felda ni. Tapi line handphone memang takde la masa tu, kalau tak silap aku tahun 2006 atau 2007 baru ada line handphone.

Masa di Felda Lubok Merbau ni, arwah abah buat side income dengan buka kilang perabot dan repair barang elektrik. Abah sangat hebat kerana mampu buat semua benda ni. Bayangkan, bangun pagi pergi sekolah,mengajar. Balik sekolah buat perabot dan malam sambung pula repair barang elektrik. 

Kami adik beradiklah yang jadi pekerja abah. Bila stok kayu,papan sampai, kamilah yang kena angkut dan susun di stok kayu. Kami jugalah pekerja abah yang kena tolong abah buat perabot tu. Abah orang pertama di Felda tu yang buat perabot, jadi boleh dikatakan 100% orang felda tu guna perabot abah.

Tengah menaip pasal abah ni, tiba-tiba sebak plak hati ini, rindunya pada arwah abah...   (-_-)
sambung nantilah.. hhhmmmmmmmmmmmm.. Al-Fatihah buat abah


287A Lorong Sabah Sarawak, Felda Lubok Merbau





Tuesday, April 26, 2011

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

lagi segmen Ben Ashaari..nk join? klik pic atas..(^^,)
Mengimbau kembali zaman persekolahan ek? Banyak kenangan2 yang tak dapat dilupakan, baik yg manis mahupun yg pahit.. okeh, ini cerita zaman persekolahan Mr iZzo....jeng..jeng...jeng....hehe

Tadika
bila teringat tadika, aku teringat Cikgu Tom..Cikgu Tom ni berbadan besar..ala-ala Shani..hehe..mula-mula masuk tadika,tengok Cikgu Tom takot je..tp Cikgu Tom baik..Mula-mula je la tengok takot..pastu ok dah..hehe..biasa la budak2 lagi kn time tu..

Sekolah Rendah
Kenangan manis tidak dapat dilupakan semasa darjah 4,5,6.. group aku johan kawad kaki 3 tahun berturut-turut..Geng Pangakap! aku sangat2 aktif Pengakap..semua pangkat aku kumpul.penuh baju dengan lencana..
merata tempat aku pergi..jambori la bagai..asalkan camping pengakap je..semua kami join..bila ada kawad kaki kami lah juara..hehehe
Kenangan kena penampaq (lempang) dengan Cikgu Nasir..tu smpai sekarang aku ingat..ntah ape hangin ntah Cikgu Nasir haritu..pensil aku jatuh,kena kawanku Hilmee..aku pn amik la pensil tu..pastu tiba2 Cikgi Nasir panggil kedepan..tanpa bertanya apa2..terus kami berdua dilempang! sedih dowh..haha..

lagi satu yg lucu, aku kalau kesekolah xpernah tak pakai kopiah..wajib pakai! kalau tertinggal kopiah, memang aku tak kan masuk sekolah..yg jadi mangsa, mak la kena balik amik..hehehe..

Sekolah Menengah
kenangan pertama kali duduk asrama..minggu pertama, tiap-tiap hari masuk tandas menangis..hahahaha..rindu kt mak....bila perasaan rindu datang je..terus sebak, aku pn cepat2 la lari masuk tandas..pastu nangis..hahaha..bila teringat balik masa tu..memang kelakar ar kan? ahahha

aku ni pemalu teramat sangat lah pemalunya..hehe..bayangkan lah,nk tengok perempuan pn malu.. form 1-5 aku sekolah agama.. SMA Raudhatul Ulum.. sepanjang form 1-3 aku tak pernah langsung nk tegur perempuan..malu la katakan..hehe

form 4, secara tidak sengaja, kawan aku mengusik aku, cabar aku suruh mengorat sorang dak perempuan ni.. aku pn dengan selamber terus laju je cakap kt pmpuan tu "awak, hari sabtu ni free? jom keluar " dan perempuan tu pn selamber jugak jawan " free je..boleh je nk kuar" aku pn terkejut..terus blah..hahaha
pastu member2 yg cabar tadi pn ajak aku kuar hari sabtu tersebut..aku malu nk keluar tp sebab kawan2 ada..aku keluar la jugak.. kitorang jumpa makan2 kt satu shopping complex ni.. duduk makan je...pastu balik.
punya la cuak aku time tu..tp kawan2 ada..xla takot sangat..

bayangkanlah xpernah aku nk tegur perempuan,tiba2 kuar makan ngan perempuan..hehehe..kelakar bila teringat balik time tu..

ish..panjang plak nk citer penuh.. next time lah..hehe

Form 6 at SMK Pokok Sena
aku menjadi maskot Rumah Sukan, Rumah Merah Proton..aku jadi robot..hehe
aku bersama Camela n Lisa..student exchange dari Australia dan Manchester
aku juga giat berlakon time tu..hehe.. ada kenangan bersama rakan2 kelas di Pantai Merdeka..
kenangan bersama gadis SMKPS..hehe..tp semua mereka dah kawin..hehe

Banyak kenangan2 masa sekolah dulu...aku citer ringkas2 je..(^_^)