Showing posts with label majlis perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label majlis perkahwinan. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Perkahwinan Merupakan Kepentingan Sosial

Sekadar perkongsian ilmu buat diriku dan untuk semua, pada yg belum berkahwin mahupun yang dah mendirikan rumah tangga. Sumber bacaan, Kitab Tarbiyatul Aulad Jilid 1, Abdullah Nashih Ulwan.

Sebagaimana kita tahu, perkahwinan ini banyak kepentingan dan manfaatnya, baik dalam Islam atau mana-mana agama sekalipun.

1. Memelihara Kewujudan Jenis Manusia
Dengan perkahwinan kewujudan manusia akan tetap berterusan sehingga masa yg Allah tetapkan. Dengan perkahwinan terdapat suatu pemeliharaan terhadap kelangsungan hidup jenis manusia.
"Allah menjadikan kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan jadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu (Q.S. 16:72)"

2. Memelihara Keturunan
Dengan perkahwinan, anak-anak akan merasa bangga dengan bapa-bapanya yang menjadi keturunannya. Dalam keturunan terdapat harga diri, kemantapan jiwa dan perghormatan terhadap kemanusiaan mereka. Kalau tiada perkahwinan yg disyariatkan Allah ini, maka masyarakat akan bangga dengan anak-anak yg tidak memiliki kehormatan dan keturunan sehingga lahirnya kecelaan, kerosakan dan cara yg haram.

3. Keselamatan Masyarakat Dari Dekadensi Moral
Dekadensi moral ialah keruntuhan akhlak yg berterusan sehingga susah nk kembali ke asal. Senang cerita, keruntuhan akhlak yg begitu teruk. Jadi, dengan perkahwinan dekadensi moral dapat dielakkan
"Wahai sekalian pemuda, barangsiapa diantara kamu sudah mampu kahwin, maka kahwinlah.sebab perkahwinan itu dapat memelihara pemandangan dab lebih dapat menjaga kemaluan"

4.Keselamatan Masyarakat Dari Penyakit
kalau tak kahwin, banyak perbuatan zina akan berlaku, zina membawa penyakit syphilis, kencing nanah dan lain2 penyakit yg membunuh keturunan

5.Ketenteraman Jiwa
Perasaan sayang dan cinta pada isteri menenangkan jiwa. Layanan oleh suami/isteri dalam rumah tangga merupakan saat yang menenangkan, membahagiakan.

6.Menghaluskan Rasa Kabapaan dan Keibuan
Dengan perkahwinan, perasaan akan menjadi halus di dalam jiwa dan dari hati terpancar sumber2 perasaan mulia.


sumber : Kitab Tarbiyatul Aulad Jilid 1, Abdullah Nashih Ulwan.



Tuesday, May 15, 2012

Kenduri Melanda..Oh Kenduri..

oh banyaknya lah kenduri ujung bulan 5 dan awal bulan 6 nie...
dah 15 jemputan aku dapat.. so, kena la susun jadual betol2..huhu

kenduri bulan 5
maaf ye kawan-kawanku yang kenduri ujung bulan 5 ni...
maaf sangat2 aku tidak dapat nak hadirkan diri. jadual padat!
jarak, cuti, kerja, masa, <--semua kena amik kira ni
apa pun aku ucapkan tahniah, selamat pengantin baru ye~
barakallah hulakuma (^^,)

kenduri awal bulan 6
kawan2 yang kenduri awal bulan 6, insyaALLAH aku sampai
ni pun dok susun jadual dah, mana yg nk pergi dulu
mana yg kemudian..dah buka map dah ni..susun jalan..hehe

maaf sekali lagi andai ada yang aku tak sempat nak hadirkan diri..
apa pun pada bakal pengantin semua, aku ucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU, SELAMAT DATANG KE DUNIA BARU
SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB
MOGA BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA
akhir kata
BARAKALLAH HULAKUMA (^^,)

Wednesday, May 9, 2012

Walimatulurus Hazirah

alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan sepupu AJ, Hazirah
AJ doakan moga Hazirah dan Din bahagia hingga ke syurga..amin (^^,)
barakallah hulakuma
selamat menempuh alam baru...selamat merantau ke negara orang..
negara orang? yup, kerna Din adalah seorang doktor di Hospital New Zealand
jadi, sekarang diorang menetap dia sana...












Wednesday, April 25, 2012

Majlis Walimatul Urus DeQno & Ekin di Pekan,Pahang

hari Sabtu lepas, aku dan isteriku bersama anak angkatku ke Pekan, Pahang
menghadiri masjlis perkahwinan sahabatku Matnor dan isterinya Ekin
majlis sebelah perempuan di Mersing aku tak dapat hadir sebab kerja..
lepas kerja, Sabtu petang baru aku bertolak ke Pekan...
Majlis sebelah lelaki esoknya, hari Ahad.. dapat la aku rehat sekejap, round2 Pekan

alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna..
tahniah dari aku, Mr.iZzo dan isteriku Fasha...
moga berkekalan ke ahir hayat sampai syurga (^^,)
barakallah hulakuma












Thursday, February 2, 2012

Aku Menjadi Raja Sehari

Assalamualaikum w.b.t

4 Disember 2011, majlis perkahwinan aku..
bertemakan pink biru.. (^^,)
alhamdulillah..segalanya berjalan lancar











Malam Berinai

malam 3 Disember 2011, majlis malam berinai

aper tu malam berinai aku pun xtau...hahaha.. ikut jer..
malam yg sangat happening... walaupun hanya saudara mara dan rakan yg terdekat jer yg hadir majlis malam berinai sangat meriah..

pelamin ku bertemakan pink biru




pengapit ku - mybestfrenz Mr Ej

Majlis Akad Nikah

Assalamualaikum w.b.t

3 Disember 2011, aku selamat menjadi laki orang..hehe
selamat di akad oleh Imam Hj. Salleh di Surau Flat Danau Kota..
3 Disember 2011, 11.30pg, tamat lah zaman bujang ku..

saat dan detik itu juga, aku melangkah setapak kehadapan ke alam baru
hidup baru, tanggungjawab baru, dulu solo, sekarang berduet.. (^^,)

thanks a lot pada semua yang hadir.. saudara mara, sahabat2 ku...


alhamdulillah,dengan sekali lafaz,aku menggalas t'jwb sebagai suami
alhamdulillah segalanya lancar...

sahabat ku Mr Ej ada ambil video akad nikah aku..
leh layan kat sini..hehe..KLIK SINI