Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

Berbuka di RSMY House of Real Beriani


Semalam berbuka di RSMY House of Real Beriani. Isteri aku dah dua tiga hari dok sebut roti nan Cheese RSMY. Mengidam kot. Eh! hehe (kot ye alhamdulillah). Kami pergi RSMY House of Real Beriani di Danau Kota,Setapak. Lokasinya Belakang Hospital Colombia Setapak. Sebelah NZ Curry House.

Harga amat berpatutan, tempat selesa, servis pun cepat dan best part is pekerja dengan majikan sangat rapat. Aku suka tengok. Jarang tengok sebenarnya majikan begitu. Very friendly!

Roti Nan Cheese - ini biasa je, ada yg extra cheese tu perggghhhhh! terbaik!

Beriani kambing - gua bg 5 bintang! daging kambing dia lembut dan
tidak berbau langsung
Beriani ayam




Thursday, July 25, 2013

Iftar di Orchid Bistro


Semalam berbuka di luar, isteri tak berapa sihat.. jadi tak mau lah bebankan dia sangat kan.. (suami mithali la konon,hehehehehe) berbuka di Orchid Bistro, di AEON Big Wangsa Maju.

Menu berbuka haritu , aku layan western (^_^) , sekali sekala ubah selere ye idak? sedap! terbaik!

apekenama mix ape ntah. lupe..hehe..yg penting lampnya sedap bangat




Sunday, July 21, 2013

Berbuka Puasa Bersama Ex-SKLM

Alhamdulillah, semalam 20.07.13 bersamaan 11 Ramadhan 1434 sekali lagi Angah dapat berkumpul bersama sahabat-sahabat sekolah rendah dulu. Moga ukhwah yang dah 20 tahun lebih ini berterusan hingga akhir hayat, In Sha Allah. Tahun lepas semua datang lenggang jer, tahun ni alhamdulillah dah bertambah ahli baru, ada yg datang bersama anak, termasuk lah Angah..hehe

Tahun ini kami berbuka di D'Hajar Cafe, Shah Alam. Dekat dengan Stadium Shah Alam je. Tak la susah nak cari jalan ke sana. Hidangan makanan disediakan dalam bentuk buffet. Harganya pun sangat berpatutan. Hanya RM29.99 jer, RM30 la senang citer.. RM29.99 tu harga psykologi je sebenarnya.. hehe. Pandai D'Hajar Cafe.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. (^_^)
 















Friday, April 19, 2013

Santai petang dengan roti Lebanese

Menu minum petang harini isteri buat Sawamar ala-ala Tarbus yg tak berapa Tarbus sangatlah..hehe.. dipadankan dengan teh-o panas plak...terbaik!!!

Tq Izma fasha (^^,)

Monday, January 28, 2013

Sepetang di Secret Recipe


Asyik bawa isteri ke kedai makan biasa, restoran tomyam, kedai tepi jalan jer.. sekali-sekala bawalah isteri ke tempat best sikit.. Petang ni bawa isteri pi makan di Secret Recipe.. bg org yg berpendapatan sederhana macam Angah ni, Secret Recipe pun dah best dah, nak selalu lepak disini memang tak la kemampuannya..hehe (^_^) sekali-sekala ok la...

Secret Recipe at KL Festival City
Tuuudia, begitu caranya ibu tgk menu..hehehe..
(konfem kena cubit kalau ibu tau abah up gambar ni..hehe)
Zayyan duduk kejap ye, ibu mau posing jap
?????????
waaaaAAAaaa.. waaAAAaaaa








Saturday, May 19, 2012

Kebahagiaan...oh bahagianya

Makan adalah kebahagiaan seharian...
Melancong adalah kebahagiaan seminggu...
Pernikahan adalah kebahagiaan sebulan...
Harta adalah kebahagiaan setahun...
Iman adalah kebahagiaan seumur hidup...

atas ni ungkapan jer tau...nak gambarkan tiada yang lebih bahagia dan bahagia berpanjangan melainkan beriman pada Allah. Tidak akan sempurna kehidupan dan perlakuan yang lain selagi kita tidak beriman pada Allah.

selamat berhari minggu ye semua..selamat menjamu selera makan tengah hari..
apa menu tengah hari ni? makan kt umah atau keluar beridah bersama keluarga?
apa pun aktiviti anda, lakukan ia kerana Allah..pasti lagi syok! (^^,)


Wednesday, April 25, 2012

Cara Rasulullah Jaga Kesihatan | Petua Imam Syafie



Petua Imam Syafie


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata 1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Doa.
Zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Wednesday, February 22, 2012

Kahwin oh Kahwin

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, ramai sudah rakan-rakan yang mendirikan rumah tangga...
dah melangkah selangkah lagi kehadapan... alam baru, kehidupan baru
dan juga tanggungjawab dan cabaran baru...

moga semuanya dirahmatiNYA dan bahgia sampai ke akhir hayat...(^^,)

antara majlis kawan-kawan yang Mr iZzo sempat hadir...

Man Aziz & Ayuni


Sabah & isteri


Azrol & Emma



Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday #10 Sup Tahi

bihun sup perot
perot masih berTAHI

full story di entry SUP PEROT BERTAHI

Monday, July 18, 2011

i Love u, Be Happy, Dont Worry

senyum tak perlu kata apa-apa (^^,)

i Love u

Be Happy

Don't Worry


Saturday, July 16, 2011

Jom Minum i Love u, i Miss u

assalamualaikom w.b.t

pernah minum 'i love u' dan 'i miss u' ?
hehehe..sweet kan nama air tu? cintan cintun gitu..
skali skala try menu baru menarik gak..
satu kelainan yg dihidang di kedai makan tu..
suasana kedai dia pun romantik jer..
sesuai ar pada mereka yg berkasih sayang..haha

tapi sayangnyer aku lupa nk snap apakah nama kedai itu..
lupa plak aku...hehe..next time aku snap yer~ (^^,)

i love u - i miss u

Thursday, July 14, 2011

Lepaking at Mamak

assalamualaikom

nite semua..(^^,) agak kebosanan malam2 ni..
nk layan tv pn xder citer yg berkenan dihati..
datang la plak mood nk menaip..huhu
maka terwujud lah entry ini..(^^,)

tadi aku gi lepak di mamak dkt umah ni jer..
pekena teh tarik+roti nan=terbaik
lama gak la xpekena nan..skali skala layan gak..huhu
kenyang dah perot ni..

alhamdulillah...(^^,)