Showing posts with label malu. Show all posts
Showing posts with label malu. Show all posts

Sunday, February 10, 2013

Maaf kak ei, saya tidak paksa pun...


Angah seperti biasa bertugas di hari minggu, hari orang lain cuti. Alkisahnya tadi ada seorang akak ni, tanpa memberi salam dan dengan nada yang memang kurang ajar terus melemparkan kata-kata tidak elok pada Angah. 

Aduh, sedihnyer lah dengan perangai akak ini. Angah sendiri termalu bila anak akak tu sendiri yg marah maknya bercakap macam tu. Awak tu emak,ibu, patut tunjuklah perangai yang elok pada anak. Subhanallah..

Malu dekat orang lain yang sama-sama datang melawat kesini dengar kak oi, kata akak itu, sy 'torture' dia untuk ke sini. Maaf kak ei, saya tidak paksa akak pun untuk datang sini, saya tidak kenal akak pun.. 

pada akak itu, apa salah berbudi bahasa. Malu aih buat perangai macam itu.. datang tempat awam, terpekik terlolong.. hmmmmm what a shame on u...




Friday, January 25, 2013

Andai perempuan tahu....


"Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! (how true)

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...(kalau dah tak tahu, find out lah yer...jgn asyik membebel ajer perempuan byk ragam lah, kuat merajuklah....kitorg kaum hawa ni pun tak faham gak dgn perangai kaum adam)

Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik. (silalah praktikkan, jgn sekadar berkata2)

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:) (boleh caya ke?)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang (bukankah itu ego?)

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. (SETUJU!!)

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

you'll never walk alone... in sya Allah  (^^,)



Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday #25.7


iklan mcm ni pun ada??? geli den! malu aih

Friday, April 20, 2012

Suami Lemas Dalam Dakapan Tetekku...


astaghfirullah hal a'zim...
kalau ye pun nk promosi produk...janganlah sampai takde maruah diri
bangga orang tengok buah dada?
tayang buah dada untuk tatapan umum...

nk tengok gambar penuh, pi cari sendiri kt internet, fb pn byk..
malu aih Mr.izzo nk publish buah dada Pn.Rabiatul tu...

oh dunia akhir zaman...
iklan-iklan produk pun dah makin dahsyat ni...
takut aku nengoknyer...

Tuesday, May 17, 2011

Malunya aku...

alkisahnya harini terbangun lewat..

dengan selambernya aku mencapai handphone ku,

lalu aku menghantar satu sms pada bos..

" bos,sy masuk kerja lewat sikit "

bos reply...." harini wesak day la "

yg tadi dok mamai2 lg..terus segar..
hahahahaha..
aku maluuuuuuuuuuuuuuuu~

bleh plak lupa hari ni cuti...huh! (^_^)