Showing posts with label mangsa polis. Show all posts
Showing posts with label mangsa polis. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Pakcik ku di Bersih 3.0 | Dipukul oleh Polis

harini tiba2 ternampak muka seorang yang aku kenal di alam maya ni...
rupa-rupanya adik kepada maksu aku.. Nour Islam Niamat
anak kepada Allahyarham Tuan Guru Hj Niamat

"Sepanjang 300 meter perjalanan saya ke Kelab Diraja Selangor, saya dipukul oleh pihak polis tanpa ada perasaan belas kasihan, jelas mangsa kekejaman polis pada Himpunan Bersih 3.0, Nour Islam Niamat, 30.

Nour Islam yang juga merupakan aktivis NGO, Jingga 13 memberitahu beliau ditahan oleh pihak polis ketika berada hampir dengan pengadang jalan di Dataran Merdeka dan ketika itu beliau hanya meninjau keadaan di sana tanpa melakukan apa-apa provokasi.

"Ketika saya hampir di Dataran Merdeka lebih kurang pukul 5 petang, saya tidak mendengar pun arahan pihak polis meminta peserta Bersih bersurai malah mereka terus bertindak dengan menyembur air serta menembak gas pemedih mata.

"Dalam keadaan saya berada di barisan paling hadapan maka menyenangkan pihak polis menahan saya dan dalam keadaan saya baru ditahan tiba-tiba datang sembilan hingga sepuluh orang anggota polis ke arah saya dan telah bertindak memukul, menendang serta menumbuk saya," jelasnya.

Nour Islam yang menceritakan peristiwa tersebut memberitahu beliau telah berjalan hampir 300 meter dan melalui trak-trak polis yang dipenuhi anggota polis untuk ke Kelab Diraja Selangor

"Saya telah dibawa melalui trak-trak polis dan ketika melalui trak tersebut terdapat lebih kurang 200 orang anggota polis yang berbaris di situ, saya telah dipukul dan ditendang oleh polis-polis yang berada berhampiran trak itu.

"Setiap seorang dari mereka tidak melepaskan peluang memukul saya, saya terpaksa tempuhi mereka sikap kejam mereka tanpa boleh dielak langsung malah mereka terus tumbuk serta terajang saya tidak kira di muka mahupun di perut," sambung beliau lagi.

Menurutnya lagi setiap kali beliau dipukul polis mengarahkan beliau senyum dan jangan menjerit kesakitan, jika beliau menjerit sakit polis mengatakan beliau melawan dan akan dipukul dengan lebih teruk lagi.

"Apabila saya sampai di tempat tahanan tidak ada Ambulan mahupun pegawai kesihatan yang menunggu, apabila saya bertanya di mana pihak kesihatan mahupun Ambulan. 

"Pihak polis cuba mengelak untuk menjawab dan mereka melengah-lengahkan untuk memanggil ambulans walaupun terdapat peserta yang cedera teruk sehinggakan ada mereka yang hampir pengsan," cerita beliau lagi.

Beliau yang mendapat tiga jahitan di dahi akibat ditendang oleh polis itu menjelaskan ketika dipukul pihak polis mengarahkan beliau tunduk serta tidak boleh melihat polis-polis yang memukulnya.

"Saya langsung tidak boleh melihat muka-muka polis yang memukul saya kerana anggota polis memegang kepala saya kebawah tanpa memberi peluang saya mengangkat kepala saya.

"Ketika saya jatuh pun polis meminta saya tundukan kepala dan jangan sesekali cuba melihat siapa yang memukul saya, namum saya perasaan setiap anggota polis yang bersikap kejam itu tidak mempunyai nombor polis dan yang ada hanyalah nama. Saya tak pasti siapa sebenarnya mereka," tegasnya.

Beliau yang mengalami cedera yang teruk itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sejam beliau dipukul untuk mendapat rawatan.

"Pihak hospital telah membuat pemeriksaan keatas saya termasuk menjahit luka di kepala saya, mereka juga turut melakukan pemeriksaan x-ray bagi mengetahui kecederaan dalaman akibat tendangan yang kuat dari pihak polis.

"Setelah selesai melakukan pemeriksaan saya telah membuat laporan polis di Balai Polis yang berada di HKL termasuk menyerahkan laporan perubatan dari pihak hospital," tambahnya lagi.

Namum beliau bersyukur apa yang dialami olehnya direstui oleh Ibunya dengan menyifat ia adalah maruah diri dalam memperjuangkan kebaikan.




Friday, April 13, 2012

Lelaki Pasang Bom Kantoi di Tangkap!


kan dah kantoi, kan dah kena tangkap..
tuulaaaaaa... nak bergurau pun tak beragak...
melampau sangat ni bergurau...

lelaki di atas dengan niat bergurau, telah memasang bom lobak pada satu bangunan...
bom lobak yg seakan bom jangka masa tu telah buat orang panik...

giler ko, bom kot..mahunya tak panik..
macam2 hal lah..bergurau terlebih sudah!

Tuesday, March 13, 2012

Polis Jujur dan Amanah, Wujud ke?

(mood benci pada polis)

masih wujudkah polis yang bersikap jujur di Malaysia ini?
mana nak cari polis yang amanah dengan tugas dan tanggingjawabnya?
habaq mai sat kat aku....mana nak cari polis jujur?
nak sangat aku jumpa polis yg jujur dan amanah....

nk usha polis minta duit orang awam?
follow je polis yg dok meronda naik moto tu..
komfem mesti jumpa punya~



Saturday, July 16, 2011

Apakah Dialog Mereka? ceciter..ceciter..


mR iZzo jumpa pic ni dari salah seorang sahabat mR iZzo di FB
kredit gambar pada beliau - Johor Bahru's

macam2 komen ada di pic tersebut..
jom kiter plak main teka2..
agaknya la kan..apa la yg dikata oleh Polis dan akak itu ye?

ni antara komen2 yg ada 

klik gambar untuk tumbesaran (^^,)

Thursday, July 14, 2011

Yes Aku Kena Gas Itu Tapi "mereka" Menafikan

" KUALA LUMPUR, 13 Julai : Sekumpulan doktor terkenal hari ini mengeluarkan satu kenyataan mengutuk cara pihak berkuasa mengandalikan perhimpunan aman Bersih 2.0, terutamanya tindakan polis yang menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin di Jalan Pudu Sabtu lalu. "

eh ye ke? bukan ke angin yang tolak gas tu masuk ke kawasan hospital tu?
kalau tak silap aku, di tv dan paper 'mereka' menafikan kenyataan ni..
tapi kenapa doktor2 hospital tu sendiri plak yang mengatakan sebaliknya?
oh tidak..mana satu nak dengar,percaya ni? huhuhu..

Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr. Farouk Musa, Dr. Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong
mereka kata pihak berkuasa tak tahu malu sebab nafikan insiden tu sedangkan pelbagai bukti dan saksi ada depan mata.

baca artikel penuh berita ni di SINI

Sunday, July 10, 2011

Bersih 2.0 - Kematian Peserta Bersih 2.0

assalamualaikom

hari dapat 1 berita sedih apabila salah seorang peserta Bersih meniggal dunia
Baharudin Ahmad meniggal dunia akibat sesak nafas selepas kena semburan
air berasid dan gas pemedih mata di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Jenazah beliau selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat
Al-Fatihah untul Allahyarham Baharudin Ahmad...

aku sedih..aku kecewa..aku marah..semua ada..
yes..aku faham ajal ditangan Allah..telah tertulis ajalnya begitu..
tetapi......................................................................

berita penuh klik SINI

kredit gambar to Malaysiakini