Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Al fatihah buat arwah atok Jawahir


Al-Fatihah

A001
A002
A003
A004
A005
A006
A007

Semalam, 15.01.15, 8.30pagi, telah  kembali ke Rahmatullah atuk sebelah isteriku, atuk Jawahir. Moga tenang atuk di sana. 

9.00pagi semalam aku di kejutkan dengan panggilan telefon oleh mak mertua aku, bgtau yang atuk dah meninggal. Terus aku minta pelepasan dari bos untuk balik dan ziarah arwah di Alor Gajah, Melaka.

10.00pg lebih kurang, aku bergerak ke sana. Alhamdulillah segala urusan pengkebumian berjalan lancar.

"Mati itu pasti , hidup inshaAllah"


Thursday, September 25, 2014

Aktiviti di Agrofarmstay,Melaka

Hari kedua :

Seronok bercuti di Agrofarmstay ni. Kemudahan yang disediakan serba sempurna. Penginapan yang sangat selesa,nak pula villanya ini dihiasi dengan perabot-perabot kayu jati yang di import dari Indonesia dan Burma, menambahkan lagi seri mata memandang. Selesa dan cantik!

Villa yang cantik ini ada 7bilik tidur tau. Setiap bilik ada bilik air sendiri. Fully airconditioning! Ruang tamu , ruang dapur yang luas. Sesuai sangat kalau nak buat aktiviti seperti family day.

kawasan luar villa, luas! tiada masalah parking kereta.




Ruang tamu


Untuk hari ke dua ni, bangun pagi dari tidur yang nyenyak, siapkan diri, kemudian terus sarapan pagi. Bila perut dah kenyang, masa untuk pecahkan lemak! hehe. 

Aktiviti pagi ini bermula dengan sesi regangan otot yang dikelola oleh En.Baju Oren, aku lupa nama dia. hehe. Lagu senaman pakcik ini sempoi sangat. Hahaha. Sambil senaman kena nyanyi 'goyang goyang goyang, goyang pecah lemak!' hehehe.

Selesai regangan otot, kami ke aktiviti sukaneka. Lama dah tak bersukaneka ni. Sesekali bersukaneka, semput gak aku. hahaha. Apa pun memang best! Terbaik!

Tengok je lah gambar aktiviti kami disini. (^_^)

sedikit penerangan untuk aktiviti dari Agrofarmstay. 

mulakan aktiviti dengan regangan otot.
nak tergelak bila teringat semasa senaman ini..hahaha
lirik lagu senaman "goyang goyang goyang, goyang pecah lemak!"

aktiviti sukaneka : bowling kelapa
gaya Eyriqaz boleh lawan Shalin! hehe

Bersungguh Yanty lontar buah kelapa.. hehe

Tiup jangan tak tiup.. baru berseri muka!

Anak-anak cari gula-gula.
 Lagi gambar sukaneka boleh tengok SINI . Macam-macam reaksi dan aksi ada! Havoc sangat. Selesai sukaneka.... kebaboooommmm! Terjun kolam!

Kolam Agrofarmstay besar, puas berenang!

Penat bersukaneka dan mandi kolam, bersihkan badan, makan tengah hari, solat dan rehat sekejap sebelum aktiviti seterusnya petang nanti.

Aktiviti petang bermula jam 3 petang. Kami dibawa 'tour' kawasan Agrofarmstay. Banyak benda yang menarik di kawasan Agrofarmstay yang seluar 30 ekar ini. 

Penerangan ringkas sebelum ber'tour'.

Aktiviti kayak

Si Bujang. Comel nama kuda ni, Bujang sangat! hehe
Kemain ye bujang bila gadis belai.. Jantan sangat!
korang nampak???? hahahaha

Aku ingatkan ayam biasa, rupanya lain.
Ini ayam kapan namanya.
Cer tengok kaki ayam ni, lain.


Yang ni albino
Kandang lembu, tasik, chalet, ladang
Pokok buluh yang berusia 50 tahun.
Semula jadi rimbun jadi macam berbumbung..
Seram gak aku.. hahaha
Pokok kurma. Baru tanam.

aku tak lepaskan peluang untuk berkayak. Syok wooo!

Penat berjalan 'tour' kawasan Agrofarmstay yang seluas 30ekar ni, kami berehat santai tepi tasik tengok rakan blogger berkayak dan naik bot. Kami turut di hidangkan goreng pisang panas dan nescafe. Fuh, memang terbaik!


Aktiviti malam bermula jam 8.00 malam. Berbabeque kami malam tu. Ayam bakar, ikan bakar , sotong dan macam-macam lagi ada. Alhamdulillah..



Perot sudah kenyang, kasi gegar lemak perot sikit dengan sesi karaoke. Perghhh, masing-masing berbakat dalam nyanyian rupanya. hahaha. Macam-macam gaya! (^_^). 

Bilik karaoke Agrofarmstay memang superb! Terbaik! Sound system dia memang tidak mengecewakan. Pilihan lagu banyak dan up to date. Nyanyilah sampai puas! hehe




Kalau korang nak bercuti dan lakukan aktiviti di Agrofarmstay ni, boleh hubungi talian bawah ni.. Memang puas hati dan selesa.

012-2118264
016-2098623

pertanyaan@agrofarmstay.my


lagi gambar aktiviti di : Bloggers Day at Agrofarmstay


Wednesday, September 24, 2014

Bloggers Day at Agrofarmstay Melaka

Hari pertama :

Pada 19-21 September 2014 , aku bersama rakan #kelabblogerbenashaari bercuti di Agrofarmstay,  Durian Tunggal, Melaka. Percutian ini ditaja oleh pihak Agrofarmstay. Terima kasih sudi jemput kitorang kesana. Sekali sekala bercuti ramai-ramai memang 'havoc' sangat. 

Plan asal aku nak pergi bersama keluarga aku, tapi ada kekangan yang tidak dapat dielakkan, terpaksa pergi seorang diri. Tapi aku bertolak ke Agrofarmstay berteman juga, tidak la kesepian sangat.. hehehe

Ditemani Qaseh dan Yanty

Kitorang bertolak dari Putrajaya dalam pukul 4.30 petang. Alhamdulillah perjalanan lancar, cuma sesak sedikit selepas RNR Dengkil dan Seremban. Kami selamat tiba di Agrofarmstay dalam pulul 7.30 malam. 

Senang je nak ke Agrofarmstay ni, selepas tol Ayer Kerok belok ke kiri menghala ke UTEM, masuk dalam UTEM keluar ikut pintu belakang UTEM, jalan pintas! Jimat beberapa kilometer. Hehe. 

Kedatangan aku disambut oleh En.Bari, orang yang menguruskan percutian kami ini. Selesai pendaftaran, kami diberi taklimat ringkas tentang Agrofarmstay ini.






Selesai taklimat dan sesi suai kenal ini, kami ke Dewan Palma untuk makan malam.


lapar+makanan sedap=makan tak hengat! hehe
kredit gambar : Yanty

Perot dah kenyang, its power nap time! hehe. Setakat itu sahaja sesi hari pertama. Selepas makan, aku checkin villa. Lepak villa je malam ni.

sesekali berkumpul macam ni, macam-macam idea dan ilmu dikongsi bersama
kredir gambar : Sue Izza


Apa yang ada di Agrofarmstay ni ye? apa aktiviti yang kami buat disini? Aku update dalam entri berikutnya ye. (^_^)


Wednesday, March 12, 2014

Familyday C8 Happening Family

Sabtu dan Ahad lepas, keluarga sebelah mak mertua aku buat Familyday di Riang Ria Waterpark, Pangkalan Balak, Melaka. Kerna join Familyday ni lah aku lepaskan event Sepetang Bersama Blogger (SBB2014). Family first ye dak? Sedih juga sebenarnya tak dapat join SBB2014 tu. Tapi tidak mengapa, next year insyaAllah (^_^)

Enjoy sangat bercuti kali ni, adakah sebab aku dah lama tak bercuti? Mungkin juga, sebab baru ni dapat cuti setelah kerja sebulan secara berterusan, nonstop! Geng C8 sangat happening, happy go lucky, sporting habis, korang memang chill ah!!




bowling at MITC.. sekali 5 lorong kitorg bedal.. (^_^)
Ayah-ayah
BBQ
Makan

penderaan.. hehehe (nampak benar geram maknyer nk nanam anak)
abah..help me!!
hensome boy !!! (like abah x? hehe)





Friday, April 13, 2012

Kenangan | Kereta Rosak

saja dok tengok2 gambar lama,aku terjumpa gambar ni...
kenangan yang tak  mungkin dilupa...
kereta kami rosak di Melaka...

alkisah, aku mengajak rakan2 serumah ku untuk berjalan-jalan di Melaka...
masa ni aku stay di Bandar Sri Putra, Bangi..sewa disitu..
memandangkn kami tiada kenderaan, aku sewa la 1 kereta ni...

sampai je Shell Ayer Keroh, kami rehat sat...then bila nk gerak semula
ada pakcik ni tegur ada minyak bocor kt kereta tu..
check2..aduh tak boleh jalan dah kereta ni..

aku pun call bgtau owner kereta sewa ni..then owner hantar pomen...
pomen check,then kata kena bawa kereta ke bengkel..nanti dia hantar kereta lain..
aku pun ok jer...tapi, boleh plak pastu owner call....
"korang balik sendiri lah..nnt datang amik balik duit"
what? aduh! camner nak jalan2 ni..camner nak balik ni.. 

kitorang pun gi la kedai yg kt Shell tu, duduk makan dulu..
relax2 sat, pastu bincang camner nak buat ni...
bincang punya bincang..kitorang buat keputusan jalan kaki je pegi Zoo Melaka..hehe
jalan kaki weh! alang2 dah sampai Melaka kan..bedal je la..

baru jalan separuh..ada nampak bas mini lalu..sebbaik! hehe
kitorang pun naik lah bas mini tu, terus ke Zoo Melaka...
so, tercapai gak la hajat kitorang masa tu nk ke Zoo Melaka...

di pendekkan cerita, kitorang balik semula ke Bangi naik bas...
tp xde bas terus ke Bangi, bas sampai Seremban atau KL je
kitorang pilih Seremban coz nnt dari Seremban 
boleh naik KTM ke Bangi...

rupanya pengembaraan kitorang tak habis lagi..sampai je Seremban, KTM dah habis
kitorang terlepas train yang terakhir..aduh! pening lagi skali..haha

sebbaik aku ada kawan area Seremban tu..
dan alhamdulillah, dia sudi hantar kami balik Bangi...
huh..syukur alhamdulillah...