Janganlah menjadi kepala, sebab kepala selalu pening. Jangan mencari kemasyhuran, kerana kemasyhuran itu ada uftinya. Sementara kecukupan tanpa kemasyhuran itu adalah kebahagiaan.
Bersederhanalah dalam apa jua pun, itulah yang digalakkan. Bukan tak boleh kejar harta dunia, pangkat, darjat dan sebagainya, boleh! tetapi bersederhanalah. Jangan sampai lupa diri, riak, bangga dan takbur.
Ada segelintir tu sampai sanggup menindas dan menipu. Bersyukur dan ingatlah, semua datang dari DIA, hak DIA, kun fayakun. Senang dan berjaya itu ujian, susah dan gagal itu juga ujian. Apa saja boleh terjadi.
|
sumber : Google Image |