Showing posts with label onl. langkawi. Show all posts
Showing posts with label onl. langkawi. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

ASTEROID 2012 DA14 MELINTASI BUMI

13 Feb 2013 – Satu asteroid kecil akan melintasi hampir dengan Bumi pada 15 Feb ini, dengan anggaran jarak 28,000km. Asteroid bersaiz diameter sekitar 50m ini telah dijumpai oleh astronomer amatur yang dibiayai oleh ESA (Agensi Angkasa Eropah) di Sepanyol.

Asteroid yang diberi nama khas 2012 DA14 ini juga dianggarkan seberat 130,000 tan, dijangka tidak akan terhempas pada permukaan Bumi dalam masa terdekat. Orbitnya boleh dikira dengan agak tepat menggunakan pangkalan data NEODsyS kepunyaan ESA. 

Asteroid ini akan melintasi Bumi pada kelajuan 7.8km/s pada anggaran jarak paling hampir 28,000km. Menariknya, jarak ini adalah lebih hampir jika dibandingkan dengan orbit satelit-satelit komunikasi seperti Measat, yang berada pada orbit geostationary. Namun disebabkan orbit 2012 DA14 yang berlainan, iaitu dari sudut bawah dijangka tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada satelit-satelit di orbit tersebut.

2012 DA14 akan berada paling hampir dengan Bumi pada 19:40GMT pada hari Jumaat ini, 15 Feb. Kemunculannya mula dikesan pada jarak 7x jarak Bulan. Observatori Negara Langkawi akan turut membuat pemantauan dari segi rakaman imej pada hari lintasan ini berlaku







Sumber :  Langkawi National Observatory, ANGKASA



Sunday, January 27, 2013

Cantinya Matahari


Gambar matahari yang diambil oleh rakan setugas Angah,
En.Redzuan di Langkawi National Observatory
Cantik kan? Subhanallah~ (^^,)