Showing posts with label pelajar. Show all posts
Showing posts with label pelajar. Show all posts

Tuesday, July 8, 2014

Program Little Scientists - Pembelajaran Sains Si Kecil


Alhamdulillah, syukur diberi peluang kenal dengan Program Little Scientists.
Apa itu  Little Scientists?



Little Scientists merupakan satu program pembelajaran yang lebih berkonsepkan kepada sains dalam kehidupan seharian. Mengajar anak-anak kecil dalam linngkungan umur 3-7 tahun untuk berfikir melalui imaginasi mereka sendiri dan kemudian apakah kemungkinan yang akan berlaku disebalik beberapa eksperimen yang ditunjukkan kepada mereka.

Kanak-kanak kecil otaknya selalu berfikir. Mereka perlu berfikir untuk memahami persekitaran mereka seperti pemandangan, bunyi, penampilan, kejadian, emosi, dan lain-lain.Merekan akan sentiasa bertanya apa? mengapa? kemudian mereka akam mencuba untuk mengetahui jawapannya. 

Contohnya belajar mengenai campuran warna. Anak -anak kecik boleh membuat eksperiman dengan mencampurkan warna-warna yang ada. Apakah yang terhasil bila warna biru dicampur warna kuning? Hasilnya warna hijau. Bila mereka melakukannya sendiri, ia bagikan 'magik' bagi mereka bila melihat hasilnya. Dari situ mereka akan teruja untuk mencuba campuran yang lain. Ia menimbulkan minat dan mereka akan mudah faham apa yang mereka pelajari.










Little Scientists sememangnya bagus untuk pembelajaran anak-anak kerana pembelajaran secara 'hands-on' bukan sahaja  memberi ruang kepada anak-anak bermain dan bereksperimen secara bebas, malahan konsep program ini juga lebih santai. Anak-anak akan lebih cepat faham dan tidak tertekan.




Objektif utama  Little Scientists  adalah untuk  memupuk kreativiti kanak-kanak serta menajamkan kemahiran berfikir melalui eksperimen dan aktiviti yang menyeronokkan .

Al-Quran dan sains tak boleh dipisahkan. Penting untuk kita sebagai ibubapa memastikan anak-anak kita  memahami hubungan sains yang dinyatakan dalam al-Quran .

Sebab itu, program Little Scientists bukan setakat mendedahkan kanak-kanak dengan eksperimen dan pengetahuan, tetapi turut mendidik mereka melalui penerapan nilai-nilai Islam.



Sehingga kini, lebih 450 tadika disekitar Lembah Klang sudah menggunakan program Little Scientists dalam sistem pembelajaran mereka. Antaranya :

  • Brainy Bunch Islamic Montessori
  • Tadika Dzul Iman
  • Al-Fatih Integrated Preschool




Pada setiap hari Jumaat ada satu slot Little Scientists di program Assalamualaikum, tv Alhijrah yang dikendalikan oleh Nurazidah Mohamed.  Nurazidah Mohamed sendiri seronok mengandalikan slot  Little Scientists. 


" Walaupun macam-macam ragam saya perlu hadapi,
saya rasa ini adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.
"
Komen  Nurazidah Mohamed -->  Mangga Online » Nurazidah seronok melayan kanak-kanak dalam Assalamualaikum

Oh ya, sebelum terlupa...

Little Scientists akan kecorong radio IKIM pada 9 Julai pukul 6.15 petang nanti, jangan lepaskan peluang untuk mendengar mengenai  Little Scientists. Ada sesuatu yang menarik akan dikongsikan bersama. Manalah tahu ia berguna untuk kita dan anak-anak kita.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini tentang program Little Scientists ini, boleh lawat laman sosial mereka di :

Online Shop:  LittleScientistS.com/shop

Wednesday, February 2, 2011

Rusuhan di Mesir

Umumnya , seluruh dunia telah mengetahui krisis yang melanda di Mesir.

Pemerintahan kejam rejim Hosni Mubarak telah membuatkan rakyatnya tidak boleh duduk diam lagi sehingga tercetusnya rusahan besar-besaran menentang pemerintahan Hosni Mubarak. 

Mrizzo yg duduk di Malaysia ni pn takot jugak apabila mendengar situasi ini berlaku. Apa yang mrizzo tahu terdapat lebih 11,000 rakyat Malaysia kat Mesir yang mana kebanyakkannya adalah pelajar. Banyak juga kan. Berikut adalah keadaan realiti sebenar pelajar-pelajar kat Mesir sekarang. 

Maklumat ini dihantar oleh salah seorang pelajar di sana yang sempat online sebelum internet disekat sepenuhnya.



Jadi, nampak sangatlah pelajar-pelajar Malaysia kat sana berada di dalam kondisi yang berbahaya. Kerajaan Malaysia seharusnya melakukan tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk akan berlaku. Hanya kerajaan Malaysia sahaja yang menjadi tempat perhubungan buat masa sekarang ini. Mohon sgt2 lah kerajaan Malaysia amik tindakan sekepat yang mungkin. mrizzo yakin dan percaya ibubapa yg ada anak study di Mesir risau teramat sgt lah..makan tido pn xtentu pikirkan keselamatan anak-anak disana.

sebak rasa hati ni memikit keadaan mereka disana, macam mn lah kan,
makan xtentu, nk berhubung pn xboleh..kemana nk berharap?pada siapa?bagaimana?
please kerajaan Malaysia,cepatkan bantuan..usah ditunggu lagi..
bawa jer balik cepat2..

Rusuhan di Mesir
Aperpn,kita sebagai rakyat biasa yang duduk di Malaysia, sama-samalah kita berdoa supaya pelajar-pelajar Malaysia kat Mesir berada di dalam keadaan selamat. Disamping itu elok rasanya kita sama-sama buat solat hajat mohon dilindungkan dari segala benda tidak elok berlaku pada rakyat Malaysia disana. Amin!




**mrizzo** : marilah sama2 tadah tgn mohon pada yg Esa \(-_-)/ sayu sungguh hati ini~ Ya Allah, Kau lindungi lah hamba2 Mu di sana, Kau peliharalah mereka,lindungilah mereka dr segala keburukan, kebinasaan, dan penindasan...selamatkan lah mereka Ya ALLAH~ amin~