Showing posts with label rahmat. Show all posts
Showing posts with label rahmat. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Ghairah Nikmat Dunia

Firman Allah Taala yang bermaksud :


     "Wahai anak Adam, sekiranya baik agamanu,daging dan darahmu maka akan baiklah amalan, daging dan darahmu. Jika buruk agamamu maka rosaklah amalan,daging dan darahmu.


     Janganlah kamu menjadi seperti lilin yang membakar dirinya dan menerangi manusia lain. Buanglah rasa kecintaan terhadap dunia dari hatimu, kerana Allah tidak akan himpunkan selama-lamanya dua cinta iaitu cinta dunia dan cinta terhadapKU dalam satu hati.


     Kurangkanlah keghairahanmu pada mengumpulkan harta kerana rezekimu telah pun diperuntukkan. Sangat bakhil itu haram dan kikir itu tercela kerana sesungguhnya nikmat itu tidak akan kekal. Sesungguhnya bermati-matian mengumpul harta itu celaka.


     Ajal itu telah ditetapkan dan kebenarannya telah diketahui. Sebaik-baiknya hikmat Allah itu adalah kusyuk. Sebaik-baik kekayaan itu adalah qanaah. Sebaik-baik bekalan itu adalah taqwa. Sebaik-baik yang diberi kepada kamu adalah kesejahteraan (pada badan,iman dan amal)."

firman diatas aku ambil dari petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam Al-Ghazali : al-Mawaiz Fil Ahadis al-Qudsiah

motif aku petik hadis ni? seperti biasa, aku muhasah diri sendiri, disamping itu ingin berkongsi dengan semua...sama2 kita menuju redha ilahi..insyaAllah (^^,)

Untuk mendapatkan cinta Allah, cinta dunia hendaklah dibuang dari hati kita. Buat segala sesuatu itu kerana Allah, nawaitu set hanya pada Allah. Lalai dan leka dengan nikmat dunia buat cinta kita pada Allah tersisih. Sempena bulan ramadhan ni, jom sama2 kita tingkatkn amal ibadah..insyaAllah (^^,)

Thursday, March 1, 2012

Muhasabah Diri - Untung Mencintai Allah s.w.t

Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:

1. Tiada kecewa
 Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.

2. Tiada saingan

Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.


3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan
Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalarn usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas RahmatNya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan. Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut.

Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah rarnai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.


4. Dapat kawan dan perpaduan
Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhuwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan permusuhan.

5. Menghilangkan mazmumah
Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan. Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa.

Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.



6. Disenangi oleh orang
Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalan pertarungan merebut cinta Tuhan Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan.
Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup.


7. Tidak akan kesepian atau keseorangan
Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur.

Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.


8. Jalannya luas dan selamat.
Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan.

Wednesday, April 20, 2011

Maki dan Mengeluh pada Allah

saLam semua (^_^)

masih lagi mood hujan..huhu
apa kena mengena dengan tajuk di atas?
ini ceritanya~

kita ni sebagai manusia kadang2 lalai dan leka
main cakap je..merungut je memanjang..
tanpa sedar maki Allah pun tidak sedar
macam mana tu? ape ei yg kita rungut

contoh :
alamak..hujan la pulak..terbantot plan aku..kacau betol
ish hujan turun plak dah..macam mana nk aku nk keluar ni..
hujan ar ni..lambat dah aku nk pergi kerja
sebab hujan lah aku tak boleh keluar dating

see? pada siapa ei kita complain tu?
salah kan hujan? salahkan sapa tu ei?
sapa ei bagi turun hujan?
naper mesti merungut?
itu kan rahmat ALLAH..
syukurlah dengan rahmatNya

sama-sama kita muhasabah diri (^^,)

Thursday, December 30, 2010

disember ~

Salam semua..(^_^)

Dah bersawang blog mrizzo ni..lama xupdate..
Actully bulan ni mrizzo xbrape sihat.. start dr ujung september smpai la skrg, kesihatn mrizzo xokey..paling terok this month la.. asyik ulang alik klinik n hospital je..
Letih dah..fulus pn letih gak..hehehe.. dah berlambak ubat di rumah ni haa..
Tapi xokey lg pn..

Kekadang tu terasa sgt2 letih dgn semua ini..rasa sgt lost!
Tapi perasaan itu xbetol..salah sebenarnya.. mrizzo lupa,alpa,lalai…
Segalanya adalah dr DIA, semuanya hak DIA,
Sakit adalah nikmat..sakit salah satu nikmat dr DIA..xsemua org dapat rasa nikmat sakit ni..jadi syukurlah..alhamduLILLAH..ada hikmahnya~ ada asbabnya..

Mrizzo sedar, mrizzo seharusnya bersyukur..redha..harus berkata alhamduliLLah..
Bukan mengeluh dan mengaduh..(^_^)
- kita senyum saja -