Showing posts with label remaja. Show all posts
Showing posts with label remaja. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Aniaya Bapa Sendiri Demi Kekasih Hati

Subhanallah...apa nak jadi dengan remaja ini. Sanggup menganiaya bapa kandung sendiri hanya kerana hendak dilarang keluar dengan kekash hati. Sanggup pergi buat laporan polis palsu mengatakan si bapa telah merogol dia... dunia akhir zaman..

Apa punca semua ni berlaku? kenapa benda ni berlaku? salah siapa? sama-sama kite muhasabah diri...

sumber : FB Polis DiRaja Malaysia



Wednesday, June 20, 2012

Anak Kelar Leher Mak

akhbar KOSMO
seorang gadis berusia 17 tahun di dakwa atas tuduhan cubaan membunuh ibunya sendiri...
ibu kandung sendiri kot dia kelar! ish..ish..ish..subhanallah

tak capai dek akal weh nak kelar mak sendiri...maybe gadis ni ada masalah mental kot... normal sikap manusia tak akan sampai hati nak membunuh ni.. naluri seorang manusia yang normal tidak akan melakukan perkara serupa ini.. bila akal sudah tidak waras, ini lah jadinya...

apakah akan jadi pada gadis yg berusia 17 tahun ini? didunia gelap masa depan.. di akhirat? Ya ALLAH, kau bukanlah pintu hati gadis ini untuk kembali ke jalan yg benar  Ya Allah...

andai kata si ibu tidak mengampun dosa anak ini, nauzubillah..sedangkan berbunyi 'uuhh' pada ibu pun dah berdosa, inikan cuba membunuh, mengelar leher si ibu...dunia akhir zaman ini, macam2 jadi, takut aku!

Saturday, April 21, 2012

Toyol Dara Pecah Rumah



SUBANG JAYA: Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit.
Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin. 
Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu.

“Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit,” katanya.

Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit.


Sumber : myMetro

sayang, umur masih muda, kemahiran ada, kelebihan Allah bagi tapi salah guna. bakat yang ada di sia-siakan dengan gejala tidak sihat.

harap adik insaf lah ye pasni~tak mau la buat kerja-kerja macam tu ei.. tumpukan pada pelajaran..kesian mak ayah adik~

Sunday, June 5, 2011

Seks Hobi Masa Lapang...

assalamualaikom

selamat pagi, selamat hari ahad dan
selamat bekerja untuk aku sendiri..huhu

terbaca aktikel Harian Metro yg bertajuk
'seks hobi masa lapang'

makin ganas dan pelik la remaja zaman sekarang ni..
series..ngeri kot seks dah jadi hobi..
gila ka pa..

mana perginya nilai2 murni insan yg bergelar manusia
lagi, yang beragama Islam, berbangsa Melayu..

terfikir gak, macam mana la ibubapa zaman sekarang
pantau anak2 mereka..sampaikan anak berzina 
dirumah sendiri pn tak tahu..
hmmmm..sedih, takot, ngeri semua ada..

dunia akhir zaman~

kredit pic to myMetro

aktikel 'seks hobi masa lapang' di Metro - Klik Sini