Showing posts with label reunion. Show all posts
Showing posts with label reunion. Show all posts

Wednesday, July 16, 2014

Iftar bersama ex-SKLM Lembah Klang


Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi kami dapat berkumpul berbuka puasa bersama. Cumanya ramai yang tidak dapat hadir kali ini, hanya segelintir sahaja. Apa pun tetap meriah juga. 

Berkumpul untuk iftar adalah aktiviti tahunan geng ex-SKLM. Masa ni lah dapat berkumpul, kukuhkan ukhwahfillah, berkongsi pengalaman hidup masing-masing. 

Kalau dulu datang membawa diri, kali ni ramai dah yang datang bawa 'handbag'. hehe. Bawa isteri/suami dan anak lah. (^_^) 

Destinasi iftar tahun ini di Red Card, Bandar Baru Bangi. Buffet yang disediakan di Red Card lebih berkonsepkan western. Cabonaranya terbaik! 4 kali aku ulang ambil. hehe. Tapi menunya agak sedikit dan tidak berbaloi dengan harganya iaitu RM40. Maaf ye Red Card, jujur ni... Makanan sedap dah tapi menunya jika dilebihkan, amatlah berbaloi. (^_^)

Iftar ex-SKLM yang lepas..








Sunday, July 21, 2013

Berbuka Puasa Bersama Ex-SKLM

Alhamdulillah, semalam 20.07.13 bersamaan 11 Ramadhan 1434 sekali lagi Angah dapat berkumpul bersama sahabat-sahabat sekolah rendah dulu. Moga ukhwah yang dah 20 tahun lebih ini berterusan hingga akhir hayat, In Sha Allah. Tahun lepas semua datang lenggang jer, tahun ni alhamdulillah dah bertambah ahli baru, ada yg datang bersama anak, termasuk lah Angah..hehe

Tahun ini kami berbuka di D'Hajar Cafe, Shah Alam. Dekat dengan Stadium Shah Alam je. Tak la susah nak cari jalan ke sana. Hidangan makanan disediakan dalam bentuk buffet. Harganya pun sangat berpatutan. Hanya RM29.99 jer, RM30 la senang citer.. RM29.99 tu harga psykologi je sebenarnya.. hehe. Pandai D'Hajar Cafe.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. (^_^)
 















Sunday, August 14, 2011

Geng SKLM UPSR 1998

malam tadi geng skolah rendah aku dulu buat majlis berbuka
Sekolah Kebangsaan Lubok Merbau, UPSR 1998
kitorg buat di Restoran Warisan, Dataran Merdeka
cantik Restoran Warisan ni..
makanan2 yg disediakan pun terbaik! sedap!

nah tgk pic ni..antara makanan yg menjadi pilihan aku..hehe
nk pilih semua xdaya den..banyak sgt pilihan..hehe

meja makan..aku yg tgh2 tu..eh nape byk tu..haha
beberapa kuih muih (^^,)
nasi minyak+sambal udang+sotong+ayam
ikan bakar+sup tulang+ketam+galai kawah
k.a.m.i

ada lagi yang xsempat snap! hehe
antaranya :
kambing salai+laksa+buah2an+cendol+abc+oren
eh..byknyer..hahaha..xper sekali sekala jer..lalala

Wednesday, August 25, 2010

Reunion kecik-kecik ~ (^_^)

assalamualaikom...

sabtu lepas, 21.08.2010 dak sekolah rendah aku dulu ajak berbuka puasa sama2..
kitorang berbuka di restoran ani sup utara di shah alam~

duLu aku skolah di sek keb Lubuk Merbau~ seLepas abis jer skolah rendah terus masuk skolah berasrama..jadinya lost contac la dengan member2 skolah rendah ni....yg rapat2 jer ada jugak yg dok berhubung lagi...tu pn 2 3 orang jer...yg lain ntah kemana pn xtau~ 

bila da jumpa balik macam ni..tengok muka pun xcam dah...haha..
padahal dulu rapat kot...
bayangkn lah dah 10, 11 tahun dah xjumpa..mahunya xcam muka..
amik masa sikit la nk ingat balik..hehehe...

singgah soLat asar~
singgah plaza alam sentral sbb awal lagi..
beLi game ps2..hehe
kawan2 yg layan ps2, boleh la pi beli
game kt situ..murah! 3game-rm10
jejak kasih! setelah 10tahun xberjumpa
nyum..nmyum..nyum..
peace bro (^_^)
en khairi dan en hilmi <--dia yg anjurkan..tQ!!!
en taufiq (series muka da lain..maaf ye amik masa nk cam..)
mula2 smpai aku wat xtau ja sbb aku ingtkn member suhaimi..hehehe
sembang-sembang
terima kasih pada yg anjurkan majlis berbuka ni..(^_^)
rupanya dok dekat2 ja kami semua ni..
cuma xtau...dan xda contac nombor..
sebbaik ada facebook..haha..dapat jumpa balik..
berfaedah jugak facebook ni..hehehehe