Showing posts with label sabar. Show all posts
Showing posts with label sabar. Show all posts

Sunday, November 3, 2013

Zayyan dan PS2



Rajin sangat lah sekarang ni anak teruna aku sorang ni mengemas. Ada saja benda yang nak dikemasnya. Huh! 

Video atas ni Zayyan tengah mengemas PS2. Nak pasangkan bagi main, belum sampai masanya untuk Zayyan main.. kalau dah pandai, boleh 'sparing' Winning Eleven atau PES dengan abah dia ni.. hehehe

Thursday, September 5, 2013

Buka mata hati...


Bila update apa-apa berkaitan keagamaan atau ilmiah, perkara pertama yang segelintir orang lakukan ialah tengok peribadi orang tu. Betul tak? Perkara ini yang biasa dan selalunya terjadi. Lepas tu mula lah mengumpat orang tu. Bajet bagus lah, alim kucing lah, poyo lah, dia pun teruk lagi nk post benda agama dan macam-macam lagilah perkara negetif. Ada juga yang terus melatah kononnya dituju kepada dia, padahal kongsikan benda ilmiah ini adalah satu ibadah.

Kadang-kadang rasa macam down sangat dengan kritikan dan tohmahan sebegitu. Betul tak? (^_^) Janganlah anggap semua kritikan yang dituju kepada anda sebagai suatu permusuhan atau kutukan, tetapi ambillah faedah yang terdapat didalam kritikan itu tanpa melihat maksud di pengkritik, kerana anda lebih memerlukan kritikan dari pujian. Ingat tu ye (muhasabah untuk diri aku juga). Ambil positif dan perbaiki diri kita sendiri.

Sama juga dalam hal memberi pendapat. Jangan terlalu ego dengan pendapat kita sendiri dalam apa jua masalah pun tapi bermusyawarahlah. Sebab apa aku ingat lagi kata salah sorang cerdik pandai "pendapat dua orang lebih kuat berbanding pendapat seorang,sebagaimana halnya lidi, bila ada segenggam lidi, susah untuk dipatahkan".

Gambar : Google Image




Saturday, August 24, 2013

Tolong 'kemas' Almari...


Alkisahnya aku terbangun lewat pagi tadi, kelam kabut sikit jadinya.. Terburu-buru mandi, solat, bersiap nk pi kerja. Aku kerja harini... Kelam kabut punya pasal, ambil baju dalam almari, lupa tutup pintu almari.. hehehe

Disebabkan pintu almari tidak ditutup, adalah orang yang nak tolong kemaskn almariku itu.. jadilah macam gambar bawah ni haaaaaa.. 






ibunya hantar gambar ni tadi..hehehe.. senyum saja tak perlu kata apa-apa  (^_^) 

Ibu!! tolong kemas ye, abah kerja ni..hehehehe




Thursday, March 15, 2012

Muhasabah Diri - Zuhud

1. Ertinya meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya.


2. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain Allah S.W.T.


3. Dunia ialah tiap-tiap perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan ianya sebagai tempat bercucuk-tanam ( berbuat kebaikan dan amalan soleh ) untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.


4. Setiap manusia berkehendak kepada beberapa perkara bagi meneruskan hidup yang mana manusia berkehendak kepada makanan , pakaian , tempat tinggal dan lain-lain lagi.


5. Oleh yang demikian, sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu ia untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
( zuhud orang awam ).



( Dipetik daripada - Hidup Bertaqwa Oleh Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Kamus
M / S 274 - 276 )





Wednesday, March 7, 2012

Apa Reaksi Anda?

assalamualaikum w.b.t

sebagai insan, hamba Allah di muka bumi ini,kita hanya merancang,
Dia yang menentukan segalanya, usaha, doa, tawakkal  (^^,)

apa reaksi anda jika situasi ini berlaku pada anda?


hehehe~(^^,)

baru je gelak-gelak nak makan aiskrim
sayangnya,hajat tak kesampaian...

Thursday, April 21, 2011

Adab dan Sabar

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Barang siapa tidak ada adab, bererti dia tidak ada ilmu. 
Barang siapa tidak ada kesabaran bererti dia tidak ada agama. 
Dan barang siapa tidak ada sifat warak,
 bererti dia tidak dengan Tuhannya - (Hasan Basri)

pagi2 ni jom musahab diri sikit..(^_^)
adab dan sabar..
dengar macam mudah jer kan?
tapi nk mengamalkannya xsemudah yg perkataannya..

memang dari kecik kot kita dah di ajar adab oleh org uta kitakn..macam2 org tua kita ajar utk jadi orang yg beradap ni..antaranya adab makan, adab dalam pergaulan, adab berbicara, adab bila pergi umah orang, macam2 lagi lah..
kadang-kadang tu benda tu simple je..
tp kesan amatlah mendalam..

sabar..
satu perkara yang amat amat besar makna dan kesannya..kesabaran punya miracle pergghh..superb! baik disisi manusia mahupun disisiNYA..kalau semua manusia tahu sabar,mesti la xdernya berlaku bunuh,penderaan,hon dikala jem! hehe
ye dak? ye la kan? (^_^)

kredit pic - www.darussyifa.org