Showing posts with label sembahyang. Show all posts
Showing posts with label sembahyang. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Bukan 'Part Time'






Solat itu wajib kecuali kau GILA/TIDAK WARAS dan wanita yg ada 'cuti wajib'  (^_^). Solatlah..masih belum terlambat selagi hayat dikandung badan. 



Wednesday, July 24, 2013

Kerana Tumit Kena Seksa Neraka...


Alhamdulillah berkesempatan dengar tazkirah tadi, meh Angah nak kongsi sikit. Penting ni, pasal tumit. Simple je kan? Pasal tumit tapi berat pelaksanaan dan kesannya.

Angah tak ingat apa hadis Nabi Muhammad yg Ustaz baca tadi, ia menyebut mengenai tumit. Manusia akan menerima azab seksa neraka sebab tumit kerana 2 perkara. Pertama amik wuduk tidak sempurna di kawasan tumit dan kedua tumit tidak sama semasa dalam saf solat.

Bab wuduk , dalam soal ini Nabi saw mengutuk mereka yang tidak sempurna wuduk. Maka sebaiknya kita umat Islam harus beringat antara satu sama lain kerana dalam soal yang kita anggap kecil atau remeh rupanya seksa dahsyat menanti kita. Doa minta berlindung daripada Allah hal yang tersebut.

Bila wuduk tidak sah, solat pun menjadi tidak sah. Jadi mari sama-sama kita sempurnakan wuduk kita. Jangan sekadar jirus je kaki, air memang rata tapi kemungkinan tidak kena pada rekahan tumit kita. Kulit kaki dan tumit kita tebal, ada yg merekah. Jadi kalau sekadar jirus, takut air tidak masuk celah2 rekahan tu. Bila jirus tu, usap la sampai rata.

Sama-sama kita perbaiki diri.. In Sha Allah (^_^)





Tuesday, July 23, 2013

Realiti, Aduh! Terasa Hati...



Angah jumpa kartun ni di Facebook. Terasa hati dengan kartun ni. hehehe. Takpe, muhasabah diri. Sedar atau tidak, kita selalu macam ni kan? kalau bab lain, berjam-jam pun tiada masalah. Tapi kalau bab ilmu, agama, solat, mengaji quran dan seangkatannya, sejam pun rasa lama sangat dah. Orang lain Angah taktau la kan, tapi diri sendiri ni, kadang-kadang pun macam tu juga.hehe

Lepak di warung sampai 2-3 jam, tiada masalah, tak rasa lama tau letih pun, tapi kalau dalam majlis ilmu 2-3 jam tu amatlah lama dan rasa panjangnya masa. ish..ish..ish..

Subhanallah, Ya Allah,Kau tetapkanlah iman didadaku, kekalkanlah imanku Ya Allah...



Wednesday, May 9, 2012

Sekejap Je Pun..Laju-laju Pun 6 Minit jeee..


tiada alasan untuk kita tidak solat...
tatap sekejap gambar di atas, 6 minit je da selesai..
6minit x 5waktu = 30 minit

setengah jam daripada 24jam...sehari kita amik masa 30 minit je ngadap Allah
takkan lah tak sempat kan? padahal Allah 24/7 ingat kt kita..
kita? 30minit sehari pun susah...


Thursday, April 5, 2012

Sahabatku...kembalikah kepada DIA


cerita ini untuk aku dan rakan2 semua amik iktibar ye...

sebulan yang lepas sahabat Mr.iZzo, Abu(bukan nama sebenar) call Mr.iZzo luahkan perasaan dia...
Abu kata di buntu, macam2 musibah dan ujian menimpa diri dia...dah macam2 cara dia buat tapi diri dia tetap tak tenang..ada je masalah datang..

abu  : izzo,tolong la aku...aku tak tau dah nak cerita kat sapa,aku tention,tertekan sangat ni.. kusut kepala aku..bla...bla....duit xde...bla..bla..bla..hati tak tenang......serabut memanjang...buat itu xkena buat ini xmenjadi...bla..bla..bla..

panjang lebarnyer lah plak kan..adalah dalam 10 minit abu meluahkan perasaannya..aku dengar je dan iye kn ajer..

abu  : dah macam2 aku buat sampai yang last ni pun xmenjadi gak

izzo  : kau buat aper yg last tu?

abu  : aku ada jumpa sorang bomoh ni...aku cerita kt dia masalah aku,pastu khadam(jin) bomoh tu kata aku jadi macam ni sebab tak sembahyang...dia suruh aku sembahyang...betol gak kata bomoh tu,aku lama dah tak solat izzo...lepas aku jumpa bomoh tu, aku dah tak tinggal solat izzo..5 waktu aku buat cukup tapi hati aku masih macam tu..hidup aku masih macam tu jugak..

izzo  : (diam seketika,aku ni pun tak la pandai sangat,apa nak cakap ni) hang dah salah ni Abu, cara hang ni salah Abu...

abu  : aku buat salah apa izzo? hg habaq(bgtau) la kat aku...

izzo  : hg islam lagi ka dak? (memulakan bicara setelah diam seketika)

abu  : aku islam da izzo, aku xmurtad lagi, hg cakap elok skit izzo, jahat2 aku pun aku islam lagi tau (nada sedikit marah)

izzo  : hg jangan marah aku..aku tanya jaa..hg tau rukun Islam?

abu  : hg ni pasai pa izzo? aku bukannya jahil sangat! (nada sedikit tinggi)

izzo  : (masih cool) kalau hg tau hg sebut kat aku satu persatu...

abu  : mengucap,solat,puasa,keluarkan zakat,tunai haji.. aku ingat la izzo..aku xjahil sangat la..

izzo  : ok..ok..hg jangan marah aku..aku tanya ja.. hg ulang balik yang no 2 apa dia?

abu  :  solat, sembahyang.. awat?

izzo  : ok, solat tu rukun islam, dah lama dah hg tau,benda tu pun dok ada dalam otak hg lama dah..solat tu rukun dan perintah tuhan..wajib buat dan xdak sebab untuk tinggal solat.. wajib! awat(kenapa) hg lama xbuat? awat hg xsolat tapi bila jin,bomoh tu kata hg xsolat baru hg nak buat? kat situ yg aku nampak tak kena dan silap hg abu.. hg utamakan perintah jin,bomoh dari perintah Allah, padahal dah lama dah Allah perintahkan untuk solat...

abu  : (diam tak berkata apa-apa)

izzo  : macam ni lah abu, nasihat aku, hg buat solat sunat taubat.. mohon keampunan pada Dia, mohon petunjuk Dia, kembalilah kepada Dia abu...jin syaitan ni takkan berhenti untuk sesatkn kita, ada peluang setan ni redah ja, janji kita sesat..memang hg da buat solat tak tinggal lepas jumpa bomoh tu tp hg buat sebab jin,bomoh tu suruh.. hg sedar tak? abu, sebagai kawan hg,apa aku cakap ni adalah asas,basic abu..kalau asas pun tak buat, macam mana yg lain..hg pi buat solat sunat taubat..kembalilah pada Allah..mohon dan dampa pada Dia.. insyaAllah,Dia akan pimpin hg abu..

izzo : (tiba2 aku terdengar seperti orang menangis) hg ok tak abu?

abu  : (dengan nada yg sebak) aku dengar izzo, aku sedar aku dah silap..aku lupa Dia..izzo, timakasih sedarkn aku..aku....aku.....(sebak dan teresak-esak)

izzo  : (sebak) hg kawan aku abu, aku sayang kawan2 aku..hg cuba buat dulu..lama dah cakap ni..nanti apa2hal hg telefon aku yaa..

abu  : tq din...

_________________________________________________________________

sebulan kemudian, iaitu hari ini, pagi tadi.... Mr.iZzo dapat satu panggilan lagi dari Abu...

abu  : assalamualaikum izzo

izzo  : waalaikumussalam..yaaa abu, apa habaq? sihat ka? lama menyepi?

abu  : aku sihat ja izzo, macam biasala, macam ni je laa..

izzo  : apa crita? ada mana ni?

abu  : aku ok ja izzo, alhamdulillah aku dah ok la ni..

izzo  : ok macam mn tu? (aku lupa yg pasal abu call haritu..hahaha)

abu  : lepas tepon hg haritu..aku pelan2 buat macam hg kata tu.. betoi la izzo, aku sesat, aku lalai sangat dulu..aku lupa Dia.. sekarang ni alhamdulillah aku normal balik, bisnes pun dah ok, hati aku tenang sangat izzo.. timakasih din...

izzo  : oooooo (baru teringat yg abu call bulan lepas tu) alhamdulillah abu, aku seronok dengar hg dak okey macam ni.. alhamdulillah.. hg free mai la rumah, boleh sembang2..

abu  : insyaAllah..nanti aku sampai kL aku call hg.. terima kasih banyak nooo izzo hg ingatkn aku dulu..

izzo  : ish..bukan aku, hg kena ucap syukur pd Dia, aku ni pun bukan betoi sangat..hehehe

abu  : tp hg punca, hg buat aku sedar...

izzo  : xdak hal la bro...tu masa hg, mana tau nanti masa aku, hg plak tegur aku.. biasala tu, hg buat salah aku tegur, nanti aku buat salah hg plak tegur aku..


_________________________________________________________________

apa-apa pun kembalilah kepada DIA, jangan lah lupa DIA, tunaikan lah solat kerana DIA, SOLAT ITU WAJIB!!!

Wednesday, February 29, 2012

Siapa Aku di Depan Tuhanku - Maghrib

Maghribnya
aku melihat warna malam 
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya 
mencari sisa-sisa keseronokan 
tidak terasa ruang masa yang singkat 
jalan yang bertongkat-tongkat 
ruginya bertingkat-tingkat apa aku di depan Tuhan ku. 


- sambung selepas isyak....akhir~